CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3609|Reply: 21

[Tempatan] PM seru hidupkan semula tulisan Jawi

  [Copy link]
Post time 12-4-2021 08:18 PM | Show all posts |Read mode
PM seru hidupkan semula tulisan Jawi

https://www.malaysiakini.com/news/570459

M Fakhrull Halim
Diterbitkan 12 Apr 2021, 8:12 pm



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengharapkan agar pelbagai pihak dapat memainkan peranan untuk menghidupkan semula penggunaan tulisan Jawi, termasuk pihak swasta seperti syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, penggunaan tulisan Jawi harus diperbanyak, termasuk di papan-papan tanda dan acara festival.

Dia turut berharap peranan mempromosikan Jawi dapat turut diambil institusi kerajaan di pelbagai kementerian.

"Saya berharap agar institusi-institusi utama seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kerajaan-kerajaan negeri dan NGO akan bersama mempromosi aspek budaya dan warisan melalui aksara Jawi kerana tentunya sebagai sebuah negara bangsa, kita tidak mahu kehilangan identiti.

"Dalam hal ini, semangat, roh serta perkembangan tulisan Jawi ini mesti sentiasa dihidupkan.

"Saya juga menyeru kepada syarikat-syarikat korporat terutamanya GLC, agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta kerajaan negeri agar memperbanyak penggunaan tulisan Jawi sama ada dalam segmen papan tanda, acara festival dan sebagainya," katanya.

Dia berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Buku Budi Asas Tamadun dan Pameran Jawi Jiwa Bangsa, Seni Tonggak Budaya di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) hari ini.

Buku Budi Asas Tamadun itu nukilan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim.

Dalam ucapannya sebelum itu, Rais mencadangkan agar Muhyiddin dapat memikirkan bagaimana anak-anak muda dapat kembali dididik dengan tulisan Jawi, bagi mengukuhkan rasa cinta terhadap seni Jawi yang katanya merupakan seni orang Melayu.



Sementara itu, Muhyiddin berkata tulisan Jawi sememangnya sudah sebati dalam pendidikan, sosiobudaya dan cara hidup orang Melayu semenjak Islam bertapak di Nusantara.

"Seperti yang dimaklum, Kementerian Pendidikan telah mula menggalakkan pembelajaran Jawi elektif bagi pelajar-pelajar yang berkelayakan tanpa paksa.

"Saya berpandangan bahawa setiap bangsa harus tidak mengabaikan elemen atau unsur-unsur warisan bangsanya.

"Di samping itu, dalam konteks masyarakat majmuk mereka yang punya minat dan keinginan untuk melibatkan diri dengan aspek seninya, budaya dan warisannya amat wajar dan adil jika kerajaan memberi galakan setimpal," jelas perdana menteri.

Oleh itu, kata Muhyiddin lagi, Pameran Jawi Jiwa Bangsa, Seni Tonggak Budaya anjuran Yayasan Budi itu merupakan langkah tepat dan perlu diluaskan ke seluruh negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by notM at 13-4-2021 03:31 AM

Mengade betul lah hai....habis tu bila kau nak hidupkan Tulisan Kawi, Tulisan Rencong, Tulisan segala bagai YG digunakan Melayu pada zaman sebelum kewujudan Melayu 300 tahun lepas?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:29 PM | Show all posts
for whaaatttt ???????????
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
menteri PH tanak turun pertahankan tanglung kat sekolah ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:50 PM | Show all posts
nak pru mula lah hidupkan jawi tarik undi melayu.

nak tarik undi cina naikkan tanglong.

maksudnya PRU xlama lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-4-2021 08:50 PM
nak pru mula lah hidupkan jawi tarik undi melayu.

nak tarik undi cina naikkan tanglong.

Bulan 9 nanti...
I dah mimpi malam tadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2021 10:08 PM | Show all posts
untuk apa kita bertemu.. jika hanya penuh derita.. kepiluan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 10:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:13 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:30 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 10:44 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang nak melompat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 bila dah nak pru pakat dok salak ni semua salah Dapig

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa seru2. Ingat ni jin ka?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.359072 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list