CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1636|Reply: 5

[Tempatan] Doktor Arisman Wenge ulas individu Rebus Pelitup Muka Sebelum Memakainya Kerana

[Copy link]
Post time 13-4-2021 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KINI, pemakaian pelitup muka merupakan satu kewajipan terutamanya ketika berada di tempat awam yang sesak angkara penularan wabak Covid-19 yang boleh dijangkiti melalui titisan cecair.

Namun demikian, baru-baru ini, terdapat satu kisah tular yang mengatakan terdapat cacing halus pada pelitup muka sehingga menyebabkan seorang pemilik Facebook itu mengambil tindakan memasaknya sebelum memakainya.

Prihatin dengan keadaan itu, Pegawai Perubatan, Klinik Ajwa Shah Alam, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman melalui Facebook berkongsi pandangannya.


Dr Arisman Kata jangan sesekali basuh atau masak (rebus) pelitup muka jenis tiga lapisan itu.

“Apabila pelitup muka itu sudah basah, ia akan menganggu penapisan kuman atau zarah di lapisannya sehingga menyebabkan kesukaran bernafas apabila seseorang memakainya.

“Pada masa sama, ada kajian menunjukkan kecekapan penapisan atau filtration efficiency menjadi rendah iaitu di bawah 95 peratus,” beritahu Dr Arisman.

Memperincikan lebih lanjut, kata pegawai perubatan itu lagi, pelitup muka yang dibeli itu hanyalah untuk sekali guna sahaja (single use).

“Nak pakai untuk sehari boleh, tetapi bukan sampai dua atau tiga hari tau!,” tegasnya
Pada masa sama, ada sesetengah orang yang kurang berkemampuan sehingga terpaksa membasuh pelitup muka untuk menghilangkan kotoran. Namun, ia bukan cara terbaik.

Tindakan itu bukan sahaja tidak pemberi pelindungan kepada si pemakai, malah akan lebih memudaratkan,” ujarnya lagi.

Oleh itu, saranan Dr Arisman, kaedah lainnya, orang ramai boleh membeli pelitup muka jenis kain agar ia dapat dicuci dan dipakai semula.

Mengenai cacing yang terdapat pada pelitup muka pula, respons beliau, sejak 13 tahun dalam dunia perubatan, beliau belum pernah beliau menemui kes sebegitu. Pendek kata, ia sangat mengarut

Selain itu, pesannya lagi, tidak perlu menyembur alkohol pada pelitup muka kerana itu sangat bahaya.

Sebenarnya, sudah banyak kali saya kongsikan mengenai pelitup muka. Apa-apapun, belilah yang berkualiti dan pastikan isi didalamnya tidak kotor semasa membeli,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Geleng kepala aku tgk tahap kepekatan kebodohan yg rebus mask tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 08:09 AM | Show all posts
hahah takmo dengar cakap pakar buat guna kepala otak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 09:39 AM | Show all posts
masalahnya, ada ja yang percaya.
Pakat rebus mask ramai2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada jugak yang percaya video pak arab tu ya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 10:05 AM | Show all posts
Sabar ajalah tahap orang nak percaya ni macam-macam. Aneh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.384138 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list