CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1773|Reply: 2

Macaulay Culkin dapat anak lelaki

[Copy link]
Post time 13-4-2021 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Macaulay Culkin dapat anak lelaki



CULKIN. FOTO IG Macaulay Culkin

Los Angeles: Bintang filem Home Alone, Macaulay Culkin, 40, dan pasangannya Brenda Song, 33, akhirnya dikurniakan anak.

Jurucakap pasangan itu mendedahkan bayi lelaki yang dinamakan Dakota itu dilahirkan pada 5 April lalu, namun baharu diumumkan hari ini.

Culkin memilih nama bersempena nama kakaknya, Dakota yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2008 ketika berusia 29 tahun.

Jurucakap itu berkata, bayi mereka sangat sihat dan ceria. Mereka juga dikhabarkan sangat teruja dengan kehadiran anggota baharu dalam keluarga itu.

Culkin dan Song mula bertemu pada 2019 sewaktu berada di lokasi penggambaran drama Changeland.

Culkin adalah pelakon kanak-kanak paling berjaya pada 1990-an terutama menerusi watak sebagai Kevin McCallister dalam siri filem Home Alone.

Culkin ketika ini terbabit dalam penggambaran siri ke-10 American Horror Story. Dia turut bergandingan dengan Sarah Paulson, Kathy Bates, Billie Lourd, Evan Peters dan Lily Rabe.

Sumber : https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 11:02 AM | Show all posts
dah 40 dia neh???apsal aku rasa umur dia lagi muda dari tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
serious la dah 40? rasa mcm baru jer tgok cite home alone tu.. gf dia brenda tu org siam.. tgok sheols berlakon dlm obsession di neflix ok la no bad lakonannya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.056476 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list