CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1893|Reply: 12

[Tempatan] #1, #3, Polis cadang Neelofa dan PU Riz dikenakan kompaun sebab langgar SOP. Jum

   Close [Copy link]
Post time 13-4-2021 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 13-4-2021 05:36 AM

Polis mahu Neelofa dikenakan kompaun

https://www.kosmo.com.my/2021/04 ... -dikenakan-kompaun/

Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI
13 April 2021, 1:19 pm


Tangkap layar gambar memaparkan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan selebriti itu baru-baru ini dilihat gagal mengikut SOP.

PETALING JAYA – Polis mencadangkan agar kompaun dikenakan terhadap pasangan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa dan suaminya, Haris Ismail susulan majlis perkahwinan mereka yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, bagaimanapun jumlah kompaun bergantung kepada keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

“Setakat ini kita sudah serahkan kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada beliau akan didakwa atau sebaliknya. Kita hanya beri cadangan agar beliau dikenakan kompaun,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sekeping gambar di media sosial memaparkan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan Neelofa gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga mendapat kecaman ramai.

Dalam majlis itu, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pendakwah bebas, Haris Ismail, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Susulan insiden itu, polis membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kemudiannya, pada 5 April lalu, Neelofa dan pasangannya itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan. -K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
I bet rm20k
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2021 01:34 PM | Show all posts
Polis cadang Neelofa, PU Riz dikompaun langgar SOP

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... kompaun-langgar-sop

Disiarkan pada: April 13, 2021 @ 12:10pm

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


SUASANA pada majlis perkahwinan Neelofa yang mengundang rasa tidak puas hati netizen

Kuala Lumpur: Kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali PU Riz sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya sudah mencadangkan supaya kompaun dikeluarkan terhadap pasangan terbabit.

"Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada didakwa atau sebaliknya dan kami sudah serahkan kertas siasatan.

"Polis memberi cadangan untuk dikompaun," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz.

Mohamad Zainal dipetik berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada 27 Mac lalu.

Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
We want justice
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut kepala yg dlm gambar cukupla.. satu kepala 10 ribu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 01:39 PM | Show all posts
sorang 10k pun ok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cadang abah kau...marhein xpayah cadang cadang heh..tgk picca naik motor sampai surat saman..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
10k x 200 tetamu. tapi bagi la diskaun 50% harga borong, bayar sejuta je la jah. celah gigi je pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadahny.. Kasi terus la kompaun
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk la sape menteri KDN..cam gampangg
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 02:17 PM | Show all posts
sabar le korang wei
kan polis dah siap kertas siasatan tu
skrg tugas pendakwaraya tetapkan jumlah kompaun
klu polis tk buat keje korang marah jugak
iols tak kisah berapa amaun kompaun, asalkan pengantin baru ni sedar diri jgn ingat bole buat sesuka ati sebab kabel besar
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 13-4-2021 02:17 PM
sabar le korang wei
kan polis dah siap kertas siasatan tu
skrg tugas pendakwaraya tetapkan jumlah  ...

Bila x faham konsep kertas siasatan, saman, kompaun...camni la jadi nye....
Polis bukak KS pun kena kecam....

Btw, bape banyak thread minah ni dr haritu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 11:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.468607 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list