CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2793|Reply: 20

[Tempatan] Udang galah diagih secara percuma pada asnaf di Jertih pada hari pertama Ramadan

  [Copy link]
Post time 13-4-2021 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Nikmati udang galah hari pertama Ramadan
Nurul Fatihah Sulaini - April 13, 2021 @ 3:19pm


Orang ramai mengambil udang galah percuma untuk di pejabat MUSZLEEM, Kampung PADANG Landak, Jertih, Besut, hari ini. - Foto NSTP/Nurul Fatihah Sulaini

JERTIH: Sebanyak 2,000 udang galah diagihkan secara percuma kepada orang ramai terutama golongan asnaf pada hari pertama Ramadan.

Pengurus Besar Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia (MUSZLEEM), Nor Hanis Abd Basir, berkata agihan kepada 200 keluarga menggunakan sistem kupon itu bertujuan menceriakan hari pertama puasa.

"Tidak semua orang mampu menikmati lauk udang galah terutama keluarga yang mempunyai ramai anak kerana harganya lebih mahal berbanding ikan atau ayam.

"Pengagihan udang galah ini menggunakan dana sumbangan orang ramai yang mula dikumpul melalui program jom kongsi udang 1 Ramadan sejak sebulan lalu melalui pelbagai saluran termasuk media sosial," katanya ketika ditemui di pejabat MUSZLEEM di Kampung Padang Landak, di sini hari ini.

Nor Hanis berkata, MUSZLEEM yang juga pertubuhan badan bukan kerajaan aktif menjalankan kerja kebajikan membabitkan pembinaan projek perigi wakaf di beberapa negara seperti Kemboja.

"Selain agihan udang galah percuma, kami juga turut menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma yang siap dibungkus untuk 100 orang penerima sepanjang Ramadan dan diagihkan bermula 5.30 petang setiap hari di depan pejabat MUSZLEEM.

"Usaha ini diharap dapat meringankan sedikit beban ahli keluarga yang masih terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 hingga menjejaskan punca pendapatan keluarga," katanya.

Sementara itu seorang penerima udang galah, Arif Fazilah Meli, 41, berkata, dia bersyukur kerana udang galah itu nanti akan dijadikan juadah utama untuk berbuka puasa.

"Saya bekerja sendiri mempunyai enam orang anak dan isteri tidak bekerja, memang terpaksa berjimat cermat untuk berbelanja barangan dapur.

"Bila ada pihak yang sudi mengagihkan sumbangan seperti ini sekurang-kurangnya kami dapat merasa lauk yang istimewa berbanding hari biasa," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah.. Aku pun x pernah makan lagi udang galah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi asnaf ni udang galah, beras bagi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur alhamdulillah...dapat jg dorang merasa.
kami sefamily jarang sangat mkn udang...mungkin setahun 1 kali..itu pun jika ada org buat kenduri atau ada org bagi.bBukan xmampu..cuma bukan fav dan anak2 alergi dgn udang..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 04:50 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-4-2021 03:44 PM
Bagi asnaf ni udang galah, beras bagi tak?

kau lah bagi beras.  takkan nak tunggu orang lain je.  serba tak kena lah cow ni. eeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 13-4-2021 04:50 PM
kau lah bagi beras.  takkan nak tunggu orang lain je.  serba tak kena lah cow ni. eeeeeeee

Salah ka aku ingatkan. Orang kaya ni kekadang lupa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2021 04:56 PM | Show all posts
Alhamdulillah dpt gak mereka merasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 05:01 PM | Show all posts
tah ramai yang datang tu mampu beli sendiri saja kiasu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-4-2021 03:41 PM
Wah.. Aku pun x pernah makan lagi udang galah.


Kesian Nye kau.

Meols baru melantak sorang2 Ahad lepas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-4-2021 04:54 PM
Salah ka aku ingatkan. Orang kaya ni kekadang lupa.

Tak payah lah.  RAmai orang jenis mcm awak ni. Komplen panjang. Serba tak kena.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnyaaa udang galah msk lemak cili api...tiberrr teringin plak kn
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 05:58 PM | Show all posts
Baguslah bersedekah kan amalan mulia terutama di bulan posa ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-4-2021 03:44 PM
Bagi asnaf ni udang galah, beras bagi tak?

Kdg diorg terlebih beras..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 13-4-2021 08:16 PM
Kdg diorg terlebih beras..

True. Personal experience memang pernah jumpa asnaf yang jujur cakap dorang prefer cash. Kita belikan beras supaya mudah. Contoh aku tu just to show how our understanding kdg2 boleh kelaut. Bukan tak boleh nak bagi benda mewah just pastikan yang basic tu dah cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-4-2021 06:47 AM
True. Personal experience memang pernah jumpa asnaf yang jujur cakap dorang prefer cash. Kita beli ...

Aku biasa dealing dgn diorg ni,tp org kita tetaplah suka bagi makanan.. Mgkn sbb benda nampak kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 10:50 AM | Show all posts
JERTIH: Sebanyak 2,000 udang galah diagihkan secara percuma kepada orang ramai terutama golongan asnaf pada hari pertama Ramadan.
Bulan Ramadan ajo...lain bulan meke tak makang udang galah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-4-2021 11:41 PM
Wah.. Aku pun x pernah makan lagi udang galah.

Jika suka makan kepala... Udang galah boleh jadi fav... Aku jenis tidak makan kepala... Prefer udang laut yang thick shelll .. Udang galah meat texture dan rasa seperti udang laut...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 14-4-2021 10:59 AM
Jika suka makan kepala... Udang galah boleh jadi fav... Aku jenis tidak makan kepala... Prefer uda ...

Hari tu ada plan nak beli nak masak sendiri.. Tapi aku pulak tak reti sangat masak udang galah.. Ada satu kedai kat foodpanda ada jual nasi kerabu udang galah.. Nanti nak cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 11:05 AM | Show all posts
bagi peluang anak2 yg xbiasa merasa udang galah, dapatlah rasa tambah2 berbuka puasa.

seronok lah mereka
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-4-2021 07:02 PM
Hari tu ada plan nak beli nak masak sendiri.. Tapi aku pulak tak reti sangat masak udang galah.. A ...

Cuba lah sedap...terer masak lebih baik masak sendiri incase depa masak tidak sedap.... Mantis juga sedap yang meat saja...masak butter salted egg mantis...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.102908 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list