CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2077|Reply: 12

[Tempatan] Batal bazar Ramadan: Kelantan beri saguhati kepada peniaga terjejas

[Copy link]
Post time 13-4-2021 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 13-4-2021 05:55 PM

Batal bazar Ramadan: Kelantan beri saguhati kepada peniaga terjejas

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta sebagai saguhati kepada 2,500 peniaga yang terkesan akibat pembatalan bazar Ramadan di negeri ini.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, seramai 2,500 peniaga yang berdaftar di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri akan menerima manfaat tersebut dalam waktu terdekat.

“Kita cukup memahami bahawa setiap kali musim Ramadan, bazar Ramadan merupakan punca kepada peniaga kecil. Kita sudah menjangkakan kerugian akan dialami mereka kerana tidak meneruskan bazar ini.

"Kita cukup faham, ada sesetengah peniaga sudah beli barang. Oleh itu, saguhati ini diberikan atas kesusahan mereka. Kita berharap dengan sedikit pemberian ini dapat meringankan beban mereka,” katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Selasa.

Izani berkata, pembatalan bazar Ramadan tersebut dilakukan secara drastik kerana keadaan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 yang tidak stabil di negeri ini serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Jelasnya, kerajaan juga bimbang sekiranya jumlah kes Covid-19 berterusan yang berkemungkinan besar akan menyebabkan Kelantan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Keputusan untuk melaksanakan PKP atau PKP Bersyarat (PKPB) adalah daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jabatan Kesihatan Negeri akan memberikan laporan kepada MKN.

“Jika keadaan semakin tidak terkawal, kapasiti hospital tidak cukup dan sebagainya, dari situlah keputusan untuk melaksanakan PKP akan diputuskan oleh MKN, dan bukan kerajaan negeri.

“Cuma satu sahaja saya minta, kerjasama seluruh rakyat untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP). Ini kerana jika kes meningkat, kita berada dalam PKP, rakyat akan susah.

Kerajaan juga akan susah dan ekonomi akan kembali merudum. “Walaupun kita hanya membatalkan bazar Ramadan, namun peniaga lain juga mestilah mematuhi peraturan ditetapkan. Semua pihak kena patuh," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... da-peniaga-terjejas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2021 05:59 PM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 13-4-2021 06:07 PM

1,500000/2500=600
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 13-4-2021 05:59 PM
1,500000/2500=

6 rat jer...ok la tu dr takde langsung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2021 06:07 PM | Show all posts
MissYouSayang replied at 13-4-2021 06:04 PM
6 rat jer...ok la tu dr takde langsung

Sukur la dari x dpt ape2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Setelah usha pasar ramadhan td, sesungguhnya iols bersetuju dgn tindakan batalkan bazar romdan.. Sekor2 mcm tak penah gi pasar, berangkut laki bini anak2 kecik bersesak2 mcm xde pape.. Social distancing ke laut.. Perketat SOP? Haram jah.. Penguatkuasa td pun dok kat kerusi main fon.. Tak kuasa nak kawal2 bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetap tak berani nak pergi... gilalah nk bersesak dgn manusia. Cari bala je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2021 06:46 PM | Show all posts
alamat pru akan datang pas kelantan jadi pembangkang. biar membangun sikit macam ganu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni gosip kata 200 kes.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 05:17 PM | Show all posts

Dah keluar dah, Kelantan 226 kes............
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kene PKP dah pun kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Maka eloklah dibatalkan bazar kelantan tu...sahih 226 kes..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 11:32 AM | Show all posts
Dah dekat nak Undi ni...
keno bagi gulo gulo dulu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Perinfah ikut ajaran suchi namun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.129402 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list