CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8270|Reply: 50

[Tempatan] KL Menangis Lagi, Banjir Tenggelamkan KL - Lima jam hadap kesesakan lalu lintas

  [Copy link]
Post time 14-4-2021 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Lima jam hadap kesesakan lalu lintas
13 April 2021, 9:48 pm

PETALING JAYA – Orang ramai terpaksa mengharung kesesakan jalan raya hampir lima jam ekoran banjir kilat melanda ibu negara, lewat petang tadi.

Pekerja swasta, Nazrul Hafizi Zakaria, 34, berkata, dia keluar dari pejabat di Jalan Raja Chulan sekitar pukul 4.30 petang dan waktu itu hujan lebat mula turun.

“Kurang setengah jam, air mula naik memenuhi jalan raya menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Pada waktu itu saya cukup risau jika air terus naik dan menenggelamkan kereta. Nasib baik waktu itu air baru paras betis dan masih boleh dilalui,” ujarnya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Menurutnya, dia bersyukur kerana berjaya keluar dari laluan berkenaan walaupun mengambil masa begitu lama dan sekali lagi berdepan kesesakan yang teruk di Lebuh Raya Persekutuan.

“Bayangkan sekitar pukul 9 malam, baru saya tiba di rumah di Shah Alam dan dapat berbuka puasa.

“Kejadian hari ini lebih teruk berbanding semalam. Mana-mana jalan sesak kerana banyak kawasan yang dinaiki air,” ujarnya.

Terdahulu, kesesakan lalu lintas berlaku di sekitar ibu negara selepas beberapa lokasi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan sekitar pukul 4.30 petang tadi.

Antara laluan yang dinaiki air ialah Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala Bulatan Batu Caves, Jalan Cheras di Cheras Sentral ke bulatan Billion dan kedua-dua arah Jalan Maharajalela berhampiran Stesen Monorail Maharajalela dan Jalan Raja Chulan.

Selain itu, kawasan Cheras dan Ampang juga turut terjejas. Sumber : K! ONLINE

P/s - tengok kat IG sampai cermin menara maybank pecah sebab angin terlampau kuat. Kereta/motor habis berendam semalam. Gasakla tiap kali ujan je, banjir!

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt iols ni pung angin kuat btol
Terasa sejuk nya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam kat slgor pon hujàn lebat giler..dgn mak cik petir sabung menyabung...takutttt
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Prrffff KL...smart tunnel yg penuh dgn sampah sarap...KL darul sampah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt aku semalam lps subuh angin menderu deru, tp hujan 2titik kalau tk tgk fb tk taulah hazabnya org sblh kl kesian
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ofis aku pun kat Jalan Raja Chulan
Air mmg bertakung sekitar jalan di Bandaraya
Berdoa aku sambil memandu nak smpai sekolah anak - Alhamdullillah.. lewat 10 minit je
bila hujan kesian tengok bdk2 yg tunggu mak ayah sbb jln jem.. lagi2 bdk2 sekolah rendah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2021 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila lah KL ni nak betul2 bebas dari banjir kilat
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
kelmarin lagi KL hujan lebat. hb aku drive balik jarak kurang 20km, 2 jam.
alhamdulillah smlm dia naik motor, 1/2 jam smpi.
aku balik smlm jam 4pm. drive 20min. elok parking smpi rumah, hujan lebat, petir, kilat berdentum dentum. Mmg lain mcm KL hujan 2 hari ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 07:46 AM | Show all posts
aku semalam keluar office 4.45pm, sampai rumah 7pm. nasib baik dah order siap-siap food delivery untuk berbuka. dugaan dah 2 hari ni hujan lebat kat KL. Area jalan imbi n depan Times Square banjir, tapi aku redah je..Alhamdulillah lepas untuk kereta tinggi. Kereta rendah, memang sangkut
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg KL bila2 masa bleh jem
Nak pergi pun rasa mcm seram kalau parking basement lg la...
Bukan ape, kelantan kalau banjir selalu kena kutuk
Skrg, mana2 tempat pun blleh banjir tiba2
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 07:51 AM | Show all posts
kat Shamelin, Cheras, apartment tkt 5 bumbung habis tercabut, banjir dalam rumah, terpaksa pindah,
abes barang jahanam...
isnin..pokok tumbang hempap lrt.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 08:10 AM | Show all posts
semalam aku naik motor pun penat hadap jem. nk selit2 pun susah. dgn jalan basah ni. kawasan umah aku plak ribut da 2 hari berturut. dok tingkat tinggi2 pun seram. kilat sambar bumbung blok sebelah, melompat aku.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 08:21 AM | Show all posts
mmg scary smlm weh dgn kilat and petir. angin kuat plak tu. jem takyah ckp. stress lah kesimpulannya driving smlm.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 08:48 AM | Show all posts
kesiannya
semoga Allah permudahkan kehidupan kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah ya. 1st day puasa lagi dah diduga.. semoga dipermudahkan urusan semorang
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 09:02 AM | Show all posts
dugaan awal ramadhan, kesian kat mangsa2 yg terlibat. belah putrajaya smlm, hujan lebat gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2021 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya anak2 mereka ni..terpaksa buka puasa sendiri tanpa mak ayah...nasibla...xkeje kan ssh jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 09:36 AM | Show all posts
Takziah buat semua mangsa yang terlibat semalam samada kereta ditengelami air, bagunan rosak jugak para peniaga bazar Ramadhan yang perniagaan mereka teruk terjejas semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 10:01 AM | Show all posts
emang dah bertahun tahun permulaan ramadan al mubarak dihiasi dengan bala bencana setiap tahun
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kl nilai 4.45 - 7.30   hahha..dh rasa mcm blk kg..dengan komuter dh mask 3 hr problem..terpaksa drive...
#indahnyaWFH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.076582 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list