Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
11702
View
167
Reply

[Tempatan] Laksa basi dan bihun sup mahal antara pengalaman dikongsikan pengguna yang membeli juadah di bazar Ramadan.Tiada siapa paksa beli, kalau rasa mahal masak sendiri - Nik Mohd Kamaruzaman

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-4-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Laksa basi dan bihun sup mahal antara pengalaman dikongsikan pengguna yang membeli juadah di bazar Ramadan seperti dikongsikan di media sosial pada Rabu.
Menerusi laman Facebook Penduduk Batu Caves/ Selayang/ Gombak/ Rawang / Kepong/ Sentul memaparkan perkongsian seorang pengguna berkenaan pengalamannya membeli bihun sup yang dianggap mahal apabila isi bihun yang diletakkan hanya sedikit, tidak sampai separuh bekas.
"Kawasan Selayang, (harga) RM6... tahun ini nak pergi Makkah balik hari ke," tulis pengguna berkenaan berserta gambar makanan yang dibelinya, menurut laporan Sinar Harian hari ini.

Menerjah di ruangan komen, kebanyakan pengguna memberikan pelbagai pandangan berkenaan perkongsian tersebut antaranya pemilik akaun Facebook, Nik Mohd Kamaruzaman yang kurang senang dengan tindakan individu berkenaan menularkan perkara itu di media sosial.
"Tak ada orang paksa beli, (kalau) rasa mahal jangan beli, masak sendiri habis cerita, nak bising kenapa?" tulisnya di ruangan komen.
"Sebelum beli tak tanya dulu ke? Ke memang ada plan nak post dalam grup untuk mencari like?" tulis pengguna, Zulhilmi Ahmad Bustami.
Seorang lagi komentar, Lok Chee Wong meluahkan kebimbangan penularan gambar tersebut di media sosial bakal menjejaskan rezeki peniaga berkenaan.
"Banyak pilihan di bazar Ramadan. Orang berniaga bulan puasa ini terpaksa menyediakan makanan dengan perut lapar dan menahan kepanasan dan dahaga di dapur.

Oleh itu apa salahnya membayar lebih sedikit kepada peniaga tersebut. Ini bila viral di sosial media mesti ada yang akan bertanya 'beli di mana'?
"Kesianlah peniaga tersebut jika diboikot. Bulan puasa ini kita bukan saja menahan lapar dan dahaga, apa yang dicakap dan ditulis pun kena yang baik-baik. Apa pun selamat berbuka kepada yang berpuasa.
Dalam perkongsian sama, terdapat juga komentar yang memihak perkongsian pengadu dengan mengatakan harga RM6 bagi sebekas bihun sup itu dianggap mahal.
"Saya meniaga di bazar...kalau sikit macam ini melampau lah, Kalau saya jual RM3 saja," tulis Miera Deen.
"Silapnya orang Melayu ini asyik nak fikir positif saja sampai naik lemak peniaga-peniaga macam ini," tulis Irwan Transport.
Dalam pada itu, seorang wanita berkongsi gambar laksa dibelinya di salah satu bazar Ramadan di Sentul didakwanya sudah basi dalam grup Facebook Bandar Baru Sentul Food Delivery.
"Buat peniaga di bazar Ramadan, jangan aniaya orang berpuasa. Kesian pada kami, nak buka puasa makanan dah basi," tulis penguna berkenaan.
Perkongsian itu menarik komen pengguna yang turut berkongsikan pengalaman membeli juadah di bazar Ramadan tetapi bukan membeli makanan telah basi tetapi harganya yang mahal.
"Saya pun tadi beli murtabak ayam, murtabaknya nipis (sangat) harga RM6. Rasanya orang yang berniaga di bazar ini nak pergi Makkah balik hari agaknya, jual makanan tak ikhlas dalam bulan puasa," luahnya.

"Saya beli takoyaki, sos asing... sampai rumah tengok plastik sos dah terik, buka-buka bau masam. Sakit hati betul (lokasi) pasar Taman Melati," kongsi Puan Hajal Che Ahmed.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-siapa-paksa-beli-kalau-rasa-mahal-masak-sendiri-293411
IMG_20210415_153827.jpg

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 15-4-2021 03:47 PM | Show all posts
semoga dilanda puting beliung sepanjang remdan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:48 PM | Show all posts
pernah beli laksa..... husnuzon ingatkan bawang sekali dalam ada anak lipas
terus xmakan laksa 2-3 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah lama tak jejak pasar Ramadhan sebab tak percaya dgn penjual yg muncul tiba2 ni. Puncanya pada tahun 2008 iols terbeli makanan basi pada hari kedua puasa dan keesokannya ada juga terkena tapi dah lupa apa bendanya. Mmg iols percaya diaorang carry forward makanan yg tak laku semalamnya. Pendek kata dah berbelas tahun tak jejak dah, mmg serik.

Tapi kalau pasar malam, iols mmg pengunjung setia, sebab dah tahu peniaga punya track records. Tapi dalam puasa iols tetap tak pergilah juga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:53 PM | Show all posts
kat grup wassap smlm pun
aku dapat video beli 5 jenis lauk RM90
siap caption mcm tu lah
nak pegi Mekah balik hari tu
nak je aku jwb
tiap2 tahun kena tipu
msh lagi hadap?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm nak masak laksam pulak esk or lusa
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-4-2021 03:56 PM
Mcm nak masak laksam pulak esk or lusa

Leceh laksam ni..nak kena kukus.baik ang beli jer la.boleh layan game.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 04:10 PM | Show all posts
gua dah menyampah baca ayat ' pergi mekah balik hari'
asal terbeli mahal skit je bagi ayat tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap tahun kita akan baca komplen2 ni sampai ajm.
Beli makanan masa lapar memanglah semua nampak sedap. Padahal kau minum air secawan dah kenyang. Relax2 sudah. Makan je lah macam biasa... Tak payah nk bersungguh membeli kat bazar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 15-4-2021 04:05 PM
Leceh laksam ni..nak kena kukus.baik ang beli jer la.boleh layan game.

Muahahaha..mostly jual laksam kuah putih @ laksam versi Kelantan.. Aku suka kuah laksam versi kedah.. Kena boh kerisik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
c===8 replied at 15-4-2021 04:10 PM
gua dah menyampah baca ayat ' pergi mekah balik hari'
asal terbeli mahal skit je bagi ayat tu

Pi mekah balik hari tu cam balasan buruk kepada peniaga tu. duit tak berkat tak dpt jejak tanah haram. Tak sempat buat haji, kena dam lagi.. agaknyalah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 04:23 PM | Show all posts
bekas tinggi kau isi tak sampai separuh kot..
kalau nak bagi nampak banyak, guna bekas taufufa yang kecik tu..
jual rm4 ke rm5 pun orang tak komplen kalau bekas penuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 15-4-2021 03:47 PM
semoga dilanda puting beliung sepanjang remdan

x tahu aku nk aminkan ke tak sb aku geram jugak...

wpn aku bkn pembeli tegar juadah berbuka, tp aku terasa sb kedai yg aku biasa beli di waktu bkn bulan puasa tiba2 naik harga...

klu hari biasa blh jual rm3 tp bulan puasa jual rm4, alasan sb tukar senduk. tp bulan x puasa guna senduk lama...terasa korang ni kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 04:31 PM | Show all posts
Aku pernah keracunan ikan pindang di bazaar. Ingatkan rasa dia mmg macamtu, rupanya basi
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 05:08 PM | Show all posts
kaka dah pasang niat xnak shopping bazar .
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 15-4-2021 03:48 PM
pernah beli laksa..... husnuzon ingatkan bawang sekali dalam ada anak lipas
terus xmakan laksa 2-3  ...

Trauma betul tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 05:21 PM | Show all posts
"Tak ada orang paksa beli, (kalau) rasa mahal jangan beli, masak sendiri habis cerita, nak bising kenapa?" tulisnya di ruangan komen.
ayat bongkak padahal masa takleh meniaga n takde income, merempan kaw2...  bila orang tak membeli dah dengan peniaga2 ni, bising tak sokong melayu la, tak kesian diorang putus rezeki la...  palauto...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tiap2 tahun cerita sama je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga pun patut bertanggungjawap dengan kualiti makanan yg di jual. ..org membeli sbb keperluan ..janganlah cantas keperluan mrk sbg pembeli
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 15-4-2021 03:53 PM
kat grup wassap smlm pun
aku dapat video beli 5 jenis lauk RM90
siap caption mcm tu lah


yg bermakna....dh berapa taun ko berniaga..tak insop2 ...jugak ka???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list