CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4803|Reply: 31

[Tempatan] Kebenaran untuk perjalanan rentas negeri kini diperketat. Sebab: peningkatan ke

  [Copy link]
Post time 16-4-2021 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Kebenaran untuk perjalanan rentas negeri kini diperketat

https://www.malaysiakini.com/news/570882

Diterbitkan 15 Apr 2021, 8:51 pm


Polis kini semakin mengetatkan kebenaran untuk orang ramai melakukan perjalanan rentas negeri ketika jumlah kes baru Covid-19 menunjukkan peningkatan ketara.

Ia juga dibuat selepas timbul rasa tidak puas hati orang awam terhadap sesetengah pihak yang dipercayai menyalahgunakan kebenaran yang diberi pihak berkuasa untuk perjalanan seumpama itu.

Berdasarkan notis yang bertarikh hari ini dan dilihat di Balai Polis Bandar Presint 1 Putrajaya pihak berkuasa hanya memberikan kebenaran perjalanan rentas negeri untuk tiga keadaan saja.

Pertama kes-kes yang melibatkan kecemasan ke atas anggota keluarga terdekat seseorang pemohon dan mestilah disokong dengan dokumen berkaitan.

Kebenaran kedua diberikan untuk kes kematian, manakala yang ketiga membabitkan pasangan jarak jauh.

"Kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan bagi tujuan menghadiri majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri lain," kata notis yang dikeluarkan ketua polis balai berkenaan, ASP Azman Johari Rakhibi.

Ketetapan itu dikatakan datang daripada ketua polis negara dan berkuat kuasa pada hari ini.

Gambar berkenaan mula tular di media sosial sejak siang tadi.

Ketika dihubungi Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali mengesahkan notis tersebut dan arahan yang diberikan.

Untuk rekod perjalanan merentas negeri untuk tujuan pekerjaan setakat ini tidak memerlukan sebarang kebenaran polis namun pihak yang berkenaan mestilah membawa dokumen pengesahan daripada majikan atau dokumen sokongan.

Pada masa sama baru-baru ini timbul rasa tidak puas hati orang ramai apabila ada individu tertentu - termasuk personaliti terkenal - dilihat melakukan perjalanan rentas negeri tujuan seperti bercuti atau berbulan madu.

Apabila menjadi perhatian mereka mendakwa perjalanan itu dibuat atas urusan kerja dan setelah mendapat kebenaran syarikat berkaitan.

Semalam Majlis Keselamatan Negara memutuskan perjalanan rentas negeri dibenarkan untuk individu yang membawa tanggungan mereka memenuhi janji temu untuk vaksinasi Covid-19.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2021 09:03 AM | Show all posts
Then yang personaliti terkenal tu x kene ape2 kan?
Orang lain yang kene tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus..lain kali bodoh tuh smpn bnyk tau...ko dh dpt merentas jgn nk berjimba2 then upload kat fesbook...pasntuh x0yh nk canang dlm forrum ni..siap ckp pemalas nk g balai, dengkilah apalah...yg kita concern ialah rasa tanggungjawab masing2...dh tuh apa lagi gomen? Cakap xdee duit..samanlahhhh...masa pkp elok jer ko saman kan..buat benda sama..yg mana buktibterang2 menyalhguna merentas  tlg bg maximum terus 10k
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 09:20 AM | Show all posts
Boleh ketatkan... tapi, make sure la personaliti terkenal tu kena denda kaw kaw.. Ni dah berapa haribulan, masih tak ada news pun pasal denda dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 09:22 AM | Show all posts
dah tu bila nak denda kaum kerabat lopak tu hanat???
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
abes bile nk denda retis2 yg slhgunekan alasan rentas negeri tu? benda simple tp kemain lame btl nk amek tindakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2021 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
KAMI NAK. LOPAK CLAN PAKISTAN PERASAN ARYAN kena denda KAW2
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Meluat aku bila ketua polis buat alasan psal kes jahnpd tu kenapa tak terus bayar saman sedangkan marhein dan2 tu kena saman dia buat alasan yg marhein tu terus kena sama sebab polis ada ditempat kejadian nampak dan terus saman.dah tu yg jahnpd walau polis tak ada ditempat kejadian bukti bersepah dengan video sekali siap tuan punya badan pun upload kau tetap tak nampak?.mereka punya kesalahan orang lain pulak kena tanggung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2021 10:04 AM | Show all posts
nasib rakyat marhaien mcm nie laaa....kayangan buat hal...kita yang terima nasib nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya dari awal dah ketat seketatya. Macam anak azeez rahim tu sampai ke denmark just melawat mesin kononnya siap bawa entourage. Urgent ke biz trip tu? Macam ebit ke aprika. Yiddin dan menteri merata donia jgn cakaplah abuse position je semua tu. Bukan penting dan urgent pon.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi ada balai yg masih jual surat rentas negeri pada warga asing.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kami akur dgn kawalan ketat utk rentas negeri
TAPI  biarlah ada contoh dan teladan utk
Dijadikan garis panduan dan hukuman dan
Kompaun diberikan kepada jah Niqobis
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 16-4-2021 10:32 AM
Patutnya dari awal dah ketat seketatya. Macam anak azeez rahim tu sampai ke denmark just melawat mes ...

Azeez rahim tu menteri rentung tu ke
Lupalah. Anak dia tengok mesin apa sampai ke denmark?
Bukan anak2 dia bodoh ke sekolah x abes?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 01:02 PM | Show all posts
kes naik mencanak2 end up yg marhaien  yg stuck berbulan2 tak balik kg, tak berjalan merentas negeri jugak yg salah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 01:07 PM | Show all posts
Mengapa tiada rusuhan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 01:09 PM | Show all posts
Kapel Jabal Rahmah Malaysia ..... kawin dan berhoneymoooon  

KUALA LUMPUR: Neelofa, 32, memohon maaf atas insiden perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahannya, bulan lalu dan kontroversi rentas negeri pada kunjungannya ke Langkawi, baru-baru ini.
Melalui rakaman video berdurasi kira-kira dua minit kepada media, pengacara dan usahawan kontroversi itu mengaku kurang menjaga sensitiviti semua pihak dan terlepas pandang dalam banyak perkara.
"Kalau kita tengok, ada banyak versi cerita di luar sana berkenaan kedua-dua isu ini.
"Saya seikhlas hati memohon maaf atas segala kesalahan SOP yang dalam pengetahuan saya mahu pun di luar pengetahuan saya berkenaan kedua-dua isu ini," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
patut nya drpd dulu tak boleh attend majlis kahwin ni...dah ambik...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 01:36 PM | Show all posts
Dah masing2 aritu pakat menayang ada kabel ler hapa hadap jer le sekarang makin ketat
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 02:52 PM | Show all posts
eh pegi kompaun si batak2 bengap yang lapar like semua tu dulu boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2021 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
jenguk mak,ayah yg duduk berdua jer kat kampung...nun...boleh...tak???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.086457 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list