CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13169|Reply: 94

[Tempatan] Kesemua pelakon video ‘promosi judi’ diberkas. #37, Producer antara diberkas. #

  [Copy link]
Post time 17-4-2021 07:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 17-4-2021 10:20 AM

Kesemua pelakon video ‘promosi judi’ diberkas

https://www.kosmo.com.my/2021/04 ... mosi-judi-diberkas/

Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI
17 April 2021, 6:45 am


Tangkap layar video iklan berkenaan yang mempromosikan judi secara dalam talian dengan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan kesemua pelakon dalam iklan raya yang mempromosikan judi secara dalam talian sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai sudah diberkas polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pelakon-pelakon dalam video berkenaan ditahan di sekitar ibu negara.

“Kesemua pelakon dalam video promosi judi secara dalam talian itu sudah ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Mereka kini ditahan di lokap Dang Wangi dan akan direman hari ini untuk siasatan lanjut,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Jelasnya, Majistret Kuala Lumpur dijangka akan datang ke IPD Dang Wangi hari ini untuk meluluskan reman ke atas mereka bagi membolehkan polis meneruskan siasatan.

Terdahulu, satu iklan Hari Raya berdurasi 2 minit 1 saat tular di laman sosial hingga mengundang kecaman dan kemarahan netizen beragama Islam apabila mengeluarkan video mempromosikan aktiviti perjudian dengan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tambah mengejutkan, turut kelihatan dalam video itu adalah pelakon atau model dipercayai beragama Islam yang lengkap mengenakan pakaian tradisional baju kurung dan baju Melayu.

Berikutan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis berkaitan video tersebut telah dibuat.

Katanya, isi kandungan video itu didapati secara jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1955. – K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Umum sikit produksi Mana yang terlibat?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:23 AM | Show all posts
Terpaksalah mereka melupakan Hari Raya kali ini..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:29 AM | Show all posts
bodoh melantun...  hanya keras secebis duit...  siap ada yang pakai tudung dalam video tu...


but, catchy song tho...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok pelakon dah
Crew2 production, penulis lirik & lagu plak lps ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2021 08:40 AM | Show all posts
Tak kan masa dapat offer tak tahu iklan untuk apa jadi buta sebab duit baguslah dah kena angkut
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:51 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 08:51 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada yang try ‘tikam’ ke setakat ni? Kalau netizen tak mengamuk, kiranya halal jela iklan ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 09:54 AM | Show all posts
budak2 skrg asal kuar tv nak glamour. ilmu langsung takde. layak dibodohkan saja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kealpaan kerajaan lobai...dah ada darurat, kuasa tanpa batas pun maksiat tetap menular....
Takde nak tangkap dalang sebalik Gdbet tu ke???
Pengasas sugarbook pun dah didakwa, xkan towkay judi haram lepas gitew je????
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 10:10 AM | Show all posts
aik pelakon jer yg kena tangkap....
kompeni yg bagi duit buat video klip tu pulak....apa crita....

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
9 dragon camni jer dr jauh

tgk mulayu n islam di bodohkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa maksud 'cuci' dlm lagu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
user.name replied at 17-4-2021 08:51 AM

Ok bro...anda bodo ka diperbodohkan or memilih utk diperbodohkan..senangnya...konon2 tatau...mintak mahap...mcm gosip kt sebelah sana nun...hakak tu claim tak pandai bisnes...tp boleh plak matching bixsnes partners...
Pelik eh..belakon drama..tp tatau drama apa...belakon iklan tp tatau iklan apa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 17-4-2021 02:42 AM
Ok bro...anda bodo ka diperbodohkan or memilih utk diperbodohkan..senangnya...konon2 tatau...minta ...

Kannnn.. eventhough dah 70% then dia tahu kena sebut yg tak sepatutnya, kalau dia seoarang yg berpendirian patut dia blah je terus.. tapi nk juga continue. Kalo ada faktor terdesak dan di manipulasi, maybe itu sebab dia teruskan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:02 AM | Show all posts
buruknya nama website
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap sekali production team,pengarah video dan penerbit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon2 tu obviously memang tak tahu apa-apa pun, tengok rupa pun dah tahu, takkan saja-saja je nak timbulkan kemarahan orang. Sama macam model fashion show, bagi pakai apa pun pakai je. Jalan catwalk dekat majlis langgar SOP pun rilek jer catwalk, asalkan dapat duit. Lain kali buat background check betul-betul. Sebab banyak job tu deorang tak sebut pun untuk apa. Deorang sebut duit je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.321664 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list