CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12953|Reply: 104

[Tempatan] Di Jambatan Pulau Pinang: Isteri tetiba terjun kelaut, suami terjun untuk selama

  [Copy link]
Post time 17-4-2021 07:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 17-4-2021 12:39 AM

Pasangan suami isteri terjun laut, anak tahan kenderaan minta tolong

https://www.malaysiakini.com/news/571028

Bernama
Diterbitkan 16 Apr 2021, 9:58 pm



Seorang kanak-kanak lelaki bertindak menahan kenderaan di kilometer 1.0 Jambatan Pulau Pinang arah pulau, manakala ayahnya mempertaruhkan nyawa terjun ke laut untuk menyelamatkan ibunya dalam kejadian petang tadi.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, wanita berusia 45 tahun terbabit dipercayai terjun ke laut selepas motosikal ditunggang suaminya berhenti di tepi jambatan itu.

Si suami yang terkejut dengan tindakan isterinya kemudian bertindak terjun juga untuk menyelamatkan isterinya, manakala anak mereka berusia 10 tahun menahan kenderaan bagi meminta bantuan.

Beberapa penunggang motosikal yang melihat kejadian itu kemudian berhenti dan menghubungi pihak berkuasa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 4.40 petang yang memaklumkan insiden seorang wanita terjun ke laut.

Katanya sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba kami mendapati seorang wanita terjun berada dalam namun dia diselamatkan suaminya yang turut dan dibawa ke tiang 107 jambatan tersebut,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Katanya, pihak bomba kemudian turun ke situ menggunakan kaedah 'rappelling' sebelum memujuk dan menenangkan mangsa serta pasangan tersebut dibawa ke jeti Batu Uban menggunakan bot nelayan diiringi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad mengesahkan kejadian dan berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung punca wanita berkenaan bertindak sedemikian.

- Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Uikks..wife dia depress ke apa smpai cmtu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Cian nya Kat budak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti masa atas moto dok ugut2 nak terjun sampai panas telinga laki tu.

Memang hero la laki dia. Ko dah bukti kan ko memang jantan lepas tu boleh lah cerai kan bini tak guna tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Isteri kemurungankah?
Kesian anak mesti trauma
Pujian untuk suami yg terojun selamatkan isteri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2021 07:52 AM | Show all posts
Suami terjun Jambatan Pulau Pinang selamatkan isteri cuba bunuh diri

https://www.utusan.com.my/terkin ... ri-cuba-bunuh-diri/

Oleh KHUZAIRI ISMAIL
16 April 2021, 8:30 pm


SEORANG lelaki yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang untuk menyelamatkan isterinya dibawa oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat ke Jeti Batu Uban, Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.

GEORGETOWN: Seorang lelaki nekad terjun dari Jambatan Pulau Pinang di sini untuk menyelamatkan isterinya yang sebelumnya dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari jambatan itu.

Usaha lelaki berkenaan membuahkan hasil selepas dia berjaya menyelamatkan isterinya yang berusia 45 tahun itu dan menariknya ke tiang 107 jambatan tersebut.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 petang tadi di Kilometer 1.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau yang turut menyebabkan laluan kedua-dua arah di jambatan tersebut sesak.

Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian ancaman bunuh diri itu pukul 4.40 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.


KANAK-KANAK yang didakwa menahan penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang untuk memohon bantuan selepas ibu dan bapanya terjun ke laut dalam kejadian pukul 4 petang tadi.

Sebaik sahaja tiba di lokasi katanya, didapati wanita berkenaan sudah berjaya diselamatkan suaminya dan kedua-dua mereka berada di tiang 107 jambatan tersebut.

“Tindakan anggota adalah dengan turun ke bahagian bawah jambatan menggunakan kaedah ‘rappelling’ untuk memujuk dan menenangkan mangsa.

“Mangsa dan suaminya kemudian dibawa ke Jeti Batu Uban menggunakan bot nelayan dengan diiringi Polis Marin sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, operasi yang dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai itu tamat sepenuhnya pukul 6.18 petang tadi.

Terdahulu, tular media sosial berkenaan seorang kanak-kanak yang menahan penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang untuk memohon bantuan selepas mendakwa ibu dan bapanya terjun ke laut.

Menerusi dakwaan yang tular dalam media sosial itu, penunggang motosikal berkenaan kemudian menghubungi talian kecemasan namun tidak dapat dipastikan sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan pasangan suami isteri berkenaan. – UTUSAN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2021 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan lah Anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian anak, nasib tak hilang kedua ibu bapa.. Mak pun pendek akal tak fikir anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Adeh.. gado kot? Nasib laki ko pandai berenang kak oiiii.. kot jd apa2 trauma anak dok teringat2
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemurungan? Anak depa mesti trauma tgk mak terjun mcm tu tanpa sebab..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian ank jd saksi keje gila si mak
Diaorang badan kecik2 je npknya muat naik moto bertiga
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
pergh terrornya laki dia, x goysng trus ikut terjun skali...

klu dia x syg bini dia mesti dia biar je kan..

nsb ank x ikut trjun skali
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian anak trauma akibat perangai tak semenggah ibunya!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 17-4-2021 07:45 AM
Ni mesti masa atas moto dok ugut2 nak terjun sampai panas telinga laki tu.

Memang hero la laki d ...

apsal nk ceraikn pulak?....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
rasanya wife dia kemurungan tu.....

bdn pun kecik je..   

Alhamdulillh selamat semuanya ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2021 08:37 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 17-4-2021 12:49 AM

Suami selamatkan isteri terjun Jambatan Pulau Pinang

https://www.bharian.com.my/berit ... mbatan-pulau-pinang

Nur Izzati Mohamad - April 16, 2021 @ 8:28pm
bbhnews@bh.com.my


BUTTERWORTH: Seorang lelaki mempertaruhkan nyawanya bagi menyelamatkan isterinya yang bertindak terjun ke dalam laut di Kilometer 1, Jambatan Pulau Pinang di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, wanita berusia 45 tahun itu dipercayai memberhentikan kenderaannya di jambatan berkenaan, sebelum terjun meninggalkan suami dan anaknya yang sedang menunggang motosikal untuk mencarinya.

Bagaimanapun, suaminya yang terkejut dengan perbuatan isterinya itu turut terjun bagi menyelamatkan wanita itu sebelum menunggu pasukan menyelamat tiba.

Difahamkan, mangsa sebelum itu ada memberitahu suaminya yang dia mahu terjun ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang akibat mengalami masalah kesihatan.

Sebelum kejadian, suami mangsa yang baru pulang ke rumah mendapati mangsa sudah tiada, sebelum mencarinya di jambatan berkenaan bersama anak dengan menunggang motosikal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.40 petang berhubung insiden seorang wanita terjun ke dalam laut di jambatan berkenaan.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

"Sebaik tiba didapati seorang wanita terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang.

"Namun, mangsa diselamatkan suaminya yang turut terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan isterinya itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, anggota bomba kemudian turun ke kawasan wanita dan suaminya berada dengan menggunakan kaedah 'rappelling' sebelum memujuk dan menenangkan mangsa.

"Selepas itu, mangsa dan suaminya dibawa ke jeti Batu Uban menggunakan bot nelayan diiringi pasukan polis marin.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung punca wanita berkenaan bertindak sedemikian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 08:38 AM | Show all posts
Kejadian ni pasti akan sentiasa dalam minda anak tu hingga dewasa.  Mujur si ayah cepat bertindak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
b_n_c replied at 17-4-2021 08:24 AM
pergh terrornya laki dia, x goysng trus ikut terjun skali...

klu dia x syg bini dia mesti dia bia ...

U jump I jump la
Nasib baik bini dia kurus sgt tengok
Senang nak tarik ketepi
KLU gundu alamat tenggelam la
Btw kurus sgt bininya macam depress je
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 17-4-2021 08:37 AM
Suami selamatkan isteri terjun Jambatan Pulau Pinang

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/0 ...

Tak faham..si bininya tu pergi sendiri UTK terjunla
Sempat plak suaminya tggu moto bagai
Igt naik.moto bertiga pahtu tbe benti terus terjun
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 17-4-2021 07:52 AM
Suami terjun Jambatan Pulau Pinang selamatkan isteri cuba bunuh diri

https://www.utusan.com.my/te ...

kesiannya anak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.072616 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list