Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1058
View
11
Reply

[Dunia] Penumpang pengsan di Lapangan Terbang Heathrow selepas tujuh jam beratur menunggu untuk pemeriksaan Covid-19

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-4-2021 07:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 17-4-2021 12:01 AM

Penumpang pengsan selepas tujuh jam menunggu

https://www.utusan.com.my/luar-n ... tujuh-jam-menunggu/

Oleh HASIF IDRIS
16 April 2021, 6:19 pm


SEORANG penumpang terbaring atas lantai selepas pengsan menunggu selama tujuh jam di Lapangan Terbang Heathrow. -TWITTER

LONDON: Seorang penumpang dilaporkan pengsan selepas menunggu selama tujuh jam di pintu sempadan Lapangan Terbang Heathrow.

Lapor Metro, rakaman sebuah video menunjukkan seorang perempuan terbaring atas lantai dan dipantau oleh pegawai pasukan sempadan kawalan pasport dengan kelihatan ramai penumpang menunggu di belakang.

Pegawai eksekutif lapangan terbang berkata, situasi berada di luar kawalan selepas pengunjung perlu beratur lebih lama disebabkan pemeriksaan Covid-19.

Sementara itu, jurucakap bagi Kesatuan Perkhidmatan Imigresen memaklumkan tempoh masa beratur menjadi terlalu lama kerana pengunjung tidak lagi menggunakan eGates yang lebih cepat disebabkan arahan kerajaan supaya pegawai sempadan melakukan semakan 100 peratus mengikut kawalan Covid-19.

Ketua Pegawai Penyelesaian Heathrow, Chris Garton pula berkata, tempoh menunggu dalam beberapa hari kebelakangan ini menjadi dua hingga enam jam dan pihak polis terpaksa campur tangan.

Kami mula melihat gangguan terhadap beberapa penumpang yang tiba. Sekiranya anda perlu beratur selama dua atau tiga jam, itu bukan sesuatu yang anda ingin lakukan dan kami turut melibatkan pihak polis memberikan bantuan.

Apa yang berlaku adalah disebabkan semakan baharu yang diperkenalkan dengan 100 peratus dilakukan semakan terhadap setiap orang. Disebabkan itu, ia memberikan bebanan besar terhadap pegawai yang bekerja di bahagian sempadan, katanya.
Garton berkata, kekangan terhadap jumlah tenaga pegawai untuk memproses setiap dokumen penumpang di pintu sempadan selalu menjadi isu dan masalah itu bertambah buruk semasa pandemik berlaku.

Oleh itu, katanya, masalah itu boleh diselesaikan dengan memastikan kemasukan penumpang ke UK terjamin sebelum memulakan perjalanan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 17-4-2021 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya....mmg kalau berdiri lama kaki pun rasa sejuk ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Suan....bila la nak abis semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:45 AM | Show all posts
Dah tahu ramai2 macam tu dan akan ambil masa kenapa suruh mereka beratur kan lebih baik sedialan ruang menunggu dari ada yang pengsan akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Igtkn berita di klia
Rupanya dr 1st world country

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh LHR...time tadak covid pun punya lama beratur nak lepas imigresen..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:52 AM | Show all posts
lama :  45 minit.


7 jam?


wak kasi lepas 2 jam pon dah terbongkang kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Heathrow and Carthage airport should be avoided at all cost..fengsan dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 12:09 PM | Show all posts
7 jam lama tu......
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 04:27 PM | Show all posts
x agak-agak 7 jam beratur, buatlah sistem yang boleh menyantuni orang ramai terutama kepada warga emas dan kanak-kanak
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
7 jam beratur??? Mau tak pengsan org kalau tunggu lama mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 17-4-2021 08:25 AM
Oh LHR...time tadak covid pun punya lama beratur nak lepas imigresen..

Xpernah pulak iols kena beratur lama tiap kali pergi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list