View: 2359|Reply: 16
|
[Dunia]
Penumpang pengsan di Lapangan Terbang Heathrow selepas tujuh jam beratur menungg
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 17-4-2021 12:01 AM
Penumpang pengsan selepas tujuh jam menunggu
https://www.utusan.com.my/luar-n ... tujuh-jam-menunggu/
Oleh HASIF IDRIS
16 April 2021, 6:19 pm
SEORANG penumpang terbaring atas lantai selepas pengsan menunggu selama tujuh jam di Lapangan Terbang Heathrow. -TWITTER
LONDON: Seorang penumpang dilaporkan pengsan selepas menunggu selama tujuh jam di pintu sempadan Lapangan Terbang Heathrow.
Lapor Metro, rakaman sebuah video menunjukkan seorang perempuan terbaring atas lantai dan dipantau oleh pegawai pasukan sempadan kawalan pasport dengan kelihatan ramai penumpang menunggu di belakang.
Pegawai eksekutif lapangan terbang berkata, situasi berada di luar kawalan selepas pengunjung perlu beratur lebih lama disebabkan pemeriksaan Covid-19.
Sementara itu, jurucakap bagi Kesatuan Perkhidmatan Imigresen memaklumkan tempoh masa beratur menjadi terlalu lama kerana pengunjung tidak lagi menggunakan eGates yang lebih cepat disebabkan arahan kerajaan supaya pegawai sempadan melakukan semakan 100 peratus mengikut kawalan Covid-19.
Ketua Pegawai Penyelesaian Heathrow, Chris Garton pula berkata, tempoh menunggu dalam beberapa hari kebelakangan ini menjadi dua hingga enam jam dan pihak polis terpaksa campur tangan.
“Kami mula melihat gangguan terhadap beberapa penumpang yang tiba. Sekiranya anda perlu beratur selama dua atau tiga jam, itu bukan sesuatu yang anda ingin lakukan dan kami turut melibatkan pihak polis memberikan bantuan.
“Apa yang berlaku adalah disebabkan semakan baharu yang diperkenalkan dengan 100 peratus dilakukan semakan terhadap setiap orang. Disebabkan itu, ia memberikan bebanan besar terhadap pegawai yang bekerja di bahagian sempadan,” katanya.
Garton berkata, kekangan terhadap jumlah tenaga pegawai untuk memproses setiap dokumen penumpang di pintu sempadan selalu menjadi isu dan masalah itu bertambah buruk semasa pandemik berlaku.
Oleh itu, katanya, masalah itu boleh diselesaikan dengan memastikan kemasukan penumpang ke UK terjamin sebelum memulakan perjalanan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya....mmg kalau berdiri lama kaki pun rasa sejuk .. |
|
|
|
|
|
|
|
Suan....bila la nak abis semua ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tahu ramai2 macam tu dan akan ambil masa kenapa suruh mereka beratur kan lebih baik sedialan ruang menunggu dari ada yang pengsan akhirnya |
|
|
|
|
|
|
|
Igtkn berita di klia
Rupanya dr 1st world country
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh LHR...time tadak covid pun punya lama beratur nak lepas imigresen.. |
|
|
|
|
|
|
|
lama : 45 minit.
7 jam?
wak kasi lepas 2 jam pon dah terbongkang kot |
|
|
|
|
|
|
|
Heathrow and Carthage airport should be avoided at all cost..fengsan dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
x agak-agak 7 jam beratur, buatlah sistem yang boleh menyantuni orang ramai terutama kepada warga emas dan kanak-kanak |
|
|
|
|
|
|
|
7 jam beratur??? Mau tak pengsan org kalau tunggu lama mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
newyork replied at 17-4-2021 08:25 AM
Oh LHR...time tadak covid pun punya lama beratur nak lepas imigresen..
Xpernah pulak iols kena beratur lama tiap kali pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
makan minum takde, if ada pun mahal
mahal macam mana - mahal lah
1 coke dan sandwich sampai RM50 enggit.
jika ada 4 orang anak? |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi pasal covid china ni jd mcm ni…hangin betul…harap2 xde la pkp apa semua balik…tix dh beli weiii..hotel pun dh book….adoi sedih betul…sbnrnye xlama pun beratur sblm2 ni… |
|
|
|
|
|
|
|
7 jam kalau drive dari KL dah sampai Kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
Patut dorg sediakan sistem bernombor..so boleh duduk dulu sementara nk tunggu lama lagi berjam2...mana2 dah hampir giliran tu boleh start beratur... |
|
|
|
|
|
|
|
Itu iols ckp mamat yg tengking ground crew Batik Air tu tak kena lagi mcm ni. Delay tapi x yah berdiri beratur boleh tidur atas kerusi aircon and still boleh keluar dr departure lounge. Kalau kena kat airport2 mcm ni tak tau lah sawan terus agaknya dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|