CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1547|Reply: 13

[Tempatan] Peningkatan berterusan kes COVID-19 petanda menuju gelombang keempat

[Copy link]
Post time 17-4-2021 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Peningkatan berterusan kes COVID-19 petanda menuju gelombang keempat

https://www.bharian.com.my/berit ... u-gelombang-keempat

Zanariah Abd Mutalib - April 16, 2021 @ 5:25pm
zanariah_mutalib@bh.com.my


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah kes dan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 seluruh negara menunjukkan Malaysia sedang menuju gelombang keempat COVID-19.

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, berkata kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terutama di bazar Ramadan mungkin akan membawa pertambahan kes lagi.

Beliau berkata, keadaan itu mungkin akan bertambah buruk dengan varian virus baharu yang sudah masuk ke negara ini terutama varian Afrika Selatan dan UK B.1.17.

"Apa yang berlaku ketika ini mungkin akan membawa kita kepada gelombang keempat terutama jumlah kes harian melebihi 2,000 kes seperti semalam, selepas beberapa bulan.

"Selain itu, jika sebelum ini kes sembuh harian melebihi kes baharu, namun ia berlaku sebaliknya sejak kebelakangan ini.

"Sama ada kita benar-benar sudah memasuki gelombang keempat, biarlah Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengumumkannya, namun petunjuk ketika ini menunjukkan kita seakan-akan menuju gelombang keempat COVID-19.

"Jika kes harian dan Rt terus meningkat pada hari mendatang, kita perlu terima hakikat kita sedang berdepan gelombang keempat," katanya kepada BH, hari ini.

Yahya berkata, undang-undang dan SOP sedia ada sudah mencukupi dalam usaha mengekang penularan kes, dan majoriti masyarakat faham serta sedaya upaya mematuhinya.

"Bagaimanapun, kegagalan mematuhi SOP ini akan menyumbang kepada kenaikan kes terutama ketika ini sebahagian masyarakat tidak patuh SOP apabila ke bazar Ramadan. Ini sangat membimbangkan.

"Justeru, pendidikan dan kempen kesedaran mesti diteruskan walaupun masyarakat sudah tidak mampu mendengarnya, namun ia perlu dilakukan supaya peringatan dapat diberikan secara berterusan serta konsisten," katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata negara akan memasuki gelombang keempat jika tiada langkah diambil untuk mengawal penularan kes.

"Kita akan memasuki gelombang keempat jika nilai Rt terus meningkat, yang menunjukkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 semakin tinggi.

"Jika nilai Rt 1.27, maka satu kes akan menyebarkan kepada 1.27 orang. Sasaran kita Rt kurang daripada 0.5 dan lebih baik jika ia kosong," katanya.

Ditanya langkah boleh diambil kerajaan ketika ini bagi mengawal penularan kes, Dr Sharifa Ezat, berkata jumlah pengunjung ke bazar Ramadan perlu dihadkan, selain mengehadkan sesuatu perhimpunan kepada 50 orang dan bilangan pekerja hadir secara fizikal dikurangkan kepada 50 peratus.

"Saringan ke atas populasi risiko rendah seperti sekolah dan tempat kerja digalakkan. Bayaran mungkin boleh disubsidi kerajaan atau bayaran dikenakan dengan kos rendah.

"Galakkan juga perniagaan secara dalam talian atau pembungkusan bagi mengurangkan berhimpun di kedai.

"Kempen pengambilan vaksin perlu dipergiat termasuk di kampung bagi mendaftar penerima vaksin kerana ada rakyat tidak menggunakan aplikasi MySejahtera atau tiada data telefon bimbit bagi memuat turun aplikasi itu," katanya.

Beliau berkata, rentas negeri masih belum boleh dibenarkan bagi menghalang penularan kes, selain pematuhan SOP ketat.

Hari ini, sebanyak 2,551 kes positif baharu COVID-19 direkodkan, kali kedua melepasi angka 2,000 selepas merekodkan 2,148 kes, semalam.

Sebelum ini, kali terakhir jumlah kes direkodkan melebihi 2,000 adalah pada 5 Mac lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi apa lagi solution yang kerajaan boleh fikir? Pkp tanpa penghujung? RM340bn pun dah habis belanja. So what now pm?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 09:36 AM | Show all posts
Malas nak cakap apa dah pasal covid ni... hancur betul sistem kekeluargaaan dan kehidupan kita sebab benda ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 10:47 AM | Show all posts
so lets panic






again



kkm & sinar babian sila buat poll lagi... musti dari 97% skrg dpt 99.854677384% nak pkp
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Raykat dah kena gelabah tetek ke tak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 17-4-2021 10:50 AM
Raykat dah kena gelabah tetek ke tak ni?

Ignore aje...kan nk sambut raya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2021 10:57 AM | Show all posts
Darurat kena sambung lg la lps ni..hooraay
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 17-4-2021 10:54 AM
Ignore aje...kan nk sambut raya

Mana buleh sambut raya dekat Korea sis, raya cina pun tak bagi balik kampung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 17-4-2021 11:02 AM
Mana buleh sambut raya dekat Korea sis, raya cina pun tak bagi balik kampung

Iols raya dlm hutan kt cni jerr
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:09 AM | Show all posts
punyalah org marah..sampaikan data dari kkm pun kena maki.org dah  start x percaya mana dtg nya nombor2 tetiba mencanak .kluster mana?kuarantine kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:18 AM | Show all posts
Disebabkan usaha - usaha yg dibuat sekarang dah bocor, kena buat undang2 baru seperti pastikan yang boleh ke bazaar ramadan dan pelepasan lain dah kena vaksin dua kali. Setakat nak seru ikut sop sekarang ini tak berkesan kerana tak dapat diikut sepanjang masa oleh semua orang kerana pelbagai alasan individu spt keselesaan, merasa pasti tak kena etc.. kalau pun ini gagal, sekurang-kurangnya kita da faham vaksin mana yang tak berfungsi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namieamuro at 17-4-2021 11:51 AM

so pkp blk? pkp 2.0 pn gagal. darurat gagal. nk bg hulur bantuan lg, duit dh abes. sume bermule dr PRN sabah. dh elok kes menurun. 1 angka je. sbb masing2 gile kuase, SOP tah kemane, kuarantin tah kemane.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts


'Menteri perlu umum KPI, bukan jadi tukang umum Covid-19 saja'
Diterbitkan 15 Apr 2021, 9:04 pm

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berpandangan adalah lebih baik sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan indeks prestasi utama (KPI) menteri-menterinya dalam melaksanakan tugas, berbanding sekadar  dilihat sebagai “tukang umum” sahaja ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Bekas menteri belia dan sukan itu memberi contoh laporan berita di mana Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob memberi amaran akan terdapat gelombang keempat Covid-19 di negara ini.

“Tapi, apa yang lebih penting untuk kerajaan PN lakukan adalah umumkan KPI setiap menteri yang bertanggungjawab dalam hal Covid-19 sebab sehingga hari ini, kerajaan PN bergerak tanpa meletakkan sebarang bentuk KPI untuk rakyat nilai dan pantau.

“Contohnya dalam hal Covid-19, kerajaan PN sepatutnya umum apakah KPI atau prestasi yang kerajaan akan capai.

“Selepas umum darurat, PKP 2.0, kita masih tidak merasa perubahan yang baik kepada jumlah kes Covid-19.

“Malah, menteri umum pula akan ada gelombang keempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Syed Saddiq yang juga pengasas bersama Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) turut memberi contoh peranan menteri “tukang umum” berhubung pengumuman jumlah kes harian setiap hari, jumlah kluster baru dan lama, serta jenis-jenis perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan di kawasan-kawasan tertentu.

“Selepas PKP2.0, apakah prestasi kita? Apa yang menteri kesihatan sudah buat dan capai?

“Apa yang timbalan-timbalan menteri kesihatan laksanakan sampai berkesan? Apa yang Menteri Pertahanan Ismail Sabri yang bertanggungjawab kepada Majlis Keselamatan Negara dah berjaya siapkan?

“Ini semua tidak pernah diumumkan. Prestasi dan pencapaian setiap orang adalah hal yang normal dibuat di mana-mana organisasi,” katanya.

Tambah Syed Saddiq, setakat ini, KPI yang pernah diumumkan kerajaan hanyalah sasaran pelaksanaan vaksinasi sehingga 80 peratus jumlah populasi penduduk negara kita.

“Jika ada pengumuman KPI sebegini, barulah rakyat boleh nilai prestasi menteri dan kerajaan PN,” katanya.

Untuk rekod, Khairy Jamaluddin merupakan menteri yang bertanggungjawab untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Kalau Menteri Ismail Sabri hanya mahu umum akan ada gelombang keempat Covid-19, ini bukan agenda bergerak ke hadapan yang rakyat mahu dan pinta.

“Jangan hanya jadi 'tukang umum' tetapi prestasi dan pencapaian pun tidak pernah dinilai,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 01:03 PM | Show all posts
namieamuro replied at 17-4-2021 11:49 AM
so pkp blk? pkp 2.0 pn gagal. darurat gagal. nk bg hulur bantuan lg, duit dh abes. sume bermule dr P ...

masih percaya lagi semua berasal dari prn sabah?
3th wave berlaku hampir seluruh negara2 yg ada.. dan hampir serentak

punca prn sabah?




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.634922 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list