CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17269|Reply: 78

[Tempatan] DAP dulu ekstrem, sekarang tak semua begitu, DAP berubah menjadi lebih moderat

  [Copy link]
Post time 17-4-2021 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Dr M: DAP dulu ekstrem, sekarang tak semua begitu

https://www.malaysiakini.com/news/571033

Hariz Mohd

Diterbitkan 17 Apr 2021, 8:10 am
Dikemaskini 8:10 am



WAWANCARA | DAP dahulu memang pernah menjadi parti ekstrem dengan tuntutan yang terlalu berkiblatkan orang Cina, tetapi kini, kata Dr Mahathir Mohamad, tidak semua ahlinya bersikap sebegitu lagi.

Bercakap dalam wawancara bersama Malaysiakini pada Rabu, bekas perdana menteri itu menekankan bahawa ada sebahagian ahli DAP masih “sangat ekstrem”, sehingga tidak mahu bertolak ansur dan menyesuaikan diri dengan orang lain.

“Seperti biasa, dalam parti politik, ada yang ekstrem, ada yang moderat. Jadi ada di kalangan orang DAP ni, macam Ramasamy, Ronnie Liu apa semua, sangat ekstrem. Tak mahu accommodate (bertolak ansur, menyesuaikan diri) langsung.

“Lepas tu (ada yang) kata pula, kita baik dengan orang Melayu nak guna untuk kepentingan mereka, bila dah dapat, kita boleh ketepikan dia orang.

“Dalam ucapan dia buat dalam bahasa Cina. Jadi kita tak faham bahasa Cina, tapi ada orang yang faham. Orang bagitahulah apa yang dia kata. Jadi, (itu) ekstrem.

“Yang tak ekstrem, tak ekstremlah,” kata Mahathir.

Dia merujuk kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy dan ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu.

Ucapan yang dimaksudkan Mahathir itu pula dipercayai merujuk kepada ucapan bekas ahli DAP Hew Kuan Yau, yang pada 2016 menggesa pengundi Cina di Sarawak untuk menyokong calon Melayu DAP supaya calon itu boleh “merosakkan orang Melayu”.

Pejabat Mahathir meminta wawancara diadakan bagi menjelaskan berkenaan kenyataannya, apabila pengerusi penaja Pejuang itu baru-baru ini menggambarkan DAP sebagai "ada kalanya ekstrem".

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita tentang sama ada Umno boleh bekerjasama dengan DAP. Kedua-dua parti itu merupakan seterus sejak berpuluh tahun lamanya.

"Saya telah bekerjasama dengan DAP dan parti itu ada kala ekstrem tapi kita boleh bersama-sama dengan mereka,” Mahathir dipetik sebagai berkata.

Kenyataannya itu mengguris hati pemimpin DAP termasuklah setiausaha agungnya Lim Guan Eng yang menyifatkan kenyataan Mahathir terhadap DAP itu sebagai "salah, tidak berasas dan mengelirukan."


DAP dah berubah

Menurut Mahathir, DAP sebelum ini pernah membuat kenyataan-kenyataan yang mengguris hati orang Melayu.

Menurutnya, ini termasuklah apabila parti itu menentang dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu orang Melayu, contohnya Dasar Ekonomi Baru dan hak keistimewaan terhadap orang Melayu dan Bumiputera.

“Kita nak samakan kedudukan orang di Malaysia ni, iaitu kita dapati sekarang ini, ada bangsa yang kaya, ada yang miskin.

“Jadi kita dapati orang Melayu rata-rata miskin. Yang orang Cina pun ada miskin, tapi orang Melayu tak ada kebolehan untuk nak maju. Jadi kita buat DEB.

“Mereka kecam DEB, seolah-olah nak kekalkan orang Melayu miskin, kerana mereka nak gunakan merit untuk bantuan. Jadi, penuntut Melayu tak boleh dapat biasiswa (kalau) ikut apa yang mereka nak,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, parti itu sudah berubah menjadi lebih moderat dan terbuka terhadap orang Melayu.

Pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Guan Eng juga, kata Mahathir, sudah berubah berbanding dulu.

“Ya, mereka nampak berubahlah. Dulu ekstrem. Dulu masa dulu, saya tahu semasa saya jadi perdana menteri (keempat), mereka agak ekstrem.

“Tetapi sekarang ini DAP sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu, mereka tak boleh menang. Jadi mereka buka DAP kepada orang Melayu. Orang India memang ada lah.

“Dan Melayu pun ada. Dan kita dapati, dengan kerana itu, nampak dia moderat sikit,” katanya lagi.

Mahathir memberikan contoh bagaimana kerjasamanya dengan DAP dan PKR pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu, yang menyaksikan kejayaan mereka mendapatkan sokongan undi orang Melayu.
Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 81 Users voted
6.80% (10)
23.81% (35)
23.81% (35)
4.76% (7)
0.68% (1)
40.14% (59)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak maki
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 10:23 AM | Show all posts
Mudah nya mulayu n islam di perbodohkan

1. Bodygad puasa

2. Iklan judi raya

Also in politics

Janji tabur duit
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 10:44 AM | Show all posts
wah hebat juga dakyah rora kpd atok the legend living
tapi kalau taknak tgk parti melayu islam bgaduh mmg kne undi dapig
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 10:49 AM | Show all posts
Edited by alesandra at 17-4-2021 10:52 AM

mkini neh baik la tumpukan isu2 rakyat yg maha penting neh dari melayan  saka tua neh,takde pekdah langsung.org tgh marah pasal harga barang naik,pasal pandemik dll.saka tua neh bukan peduli pun rakyat tgh marah ,runsing skrg
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
That's why DAP harus sedar konsep equality tak bole pakai kat Malaysia. Camna nak bantu org melayu yg serba ketinggalan dlm semua bidang??? Dengan cara meritokrasi??? Nonsense.

Org bole consider DAP lagi, kalau parti tu berani offer counterproposal pada DEB. Kalau tak ada apa2 active policy nak rungkai masalah penguasaan ekonomi org Melayu, tapi dok asyik suruh dismantle DEB terlebih dahulu, org Melayu mana yg minat nak pertaruhkan sokong????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman ahli politik dgn rakyat tak sama la Tok...pendapat kita dalam isu ni.....amat berbeza sekali.Maaf yer....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama je. Bila lge buat press release dlm bahasa cina masa dia jadi menteri kewangan, itu antara perkara yg i tk boleh nak tolerate. Apa kejadahnya bgtau ada wartawan akhbar cina tak paham melayu/english. Dah kata bahasa melayu bahasa rasmi malaysia, kalau tak pandai bahasa melayu padahal warganegara malaysia, baik berambus dok tanah besar cina sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by notM at 17-4-2021 11:27 AM
tagas replied at 17-4-2021 10:23 AM
Mudah nya mulayu n islam di perbodohkan

1. Bodygad puasa


Mulayu memang bodoh zaman berzaman

Kalau diorg rajin kerja ...takda la bergantung harap pada politik sampai kena tindas.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sembang la hang, cuba dapat pegang kuasa tengokkkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku memasing ada kumpulan ekstream . Yg melayu ekstream melayu , yg cina ekstream cina . Yg india gitu jugak . Janji hidup perlu ada persefahaman . Hal2 agama jangan usik .
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 17-4-2021 11:27 AM
Bagi aku memasing ada kumpulan ekstream . Yg melayu ekstream melayu , yg cina ekstream cina . Yg ind ...


Bugis pun extreme.

Tapi fahaman Ugama tak perlu sebarkan..waima Islam sekali pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mimpi la dap nk duk dlm kabinet lagi, 22 bulan yg bersejarah sila ceritakan pada anak cucu dap pap ya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
notM replied at 17-4-2021 11:27 AM
Bugis pun extreme.

Tapi fahaman Ugama tak perlu sebarkan..waima Islam sekali pun

Rasanya Islam ni tak pernah memaksa ..  tak macam kristian kat sabah srawak . Diberi bantuan makan sikit2 terus paksa convert agama .
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
syaz_lina replied at 17-4-2021 11:29 AM
Mimpi la dap nk duk dlm kabinet lagi, 22 bulan yg bersejarah sila ceritakan pada anak cucu dap pap y ...

Elok DAP ni pasal rakyat beri tumpuan . Banyak aduan diberi fokus tak macan gomen nowdays langaung tak boleh diharap . Menteri tido .
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku puji satu Dap ni dorang ni aktif rekrut anak2 muda & wanita ke depan, jadi calon pilihanraya banding dengan Umno & Bersatu apatah lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 17-4-2021 11:34 AM
Rasanya Islam ni tak pernah memaksa ..  tak macam kristian kat sabah srawak . Diberi bantuan makan ...

Tak sebut paksa memaksa....just jangan sebarkan fahaman tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dh hilang kuase, jd la baik. bile berkuasa, nmpk taring masing2
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
22 bulan mimpi ngeri... ingat org boleh lupa ke.. sorry
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
TT memang tak reti buat option poll.

Ko bagi option agree 1 pastu option x agree 5 then ko bagi max 3 vote? Tau lah poll forum ja tapi jgn lah sampah sangat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 1.282552 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list