CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3024|Reply: 14

[Tempatan] Pemburuan Nicky Liow: Penduduk tuntut penjelasan polis rumah rosak akibat serbua

  [Copy link]
Post time 17-4-2021 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 17-4-2021 05:52 AM

Pemburuan Nicky Liow: Penduduk tuntut penjelasan polis rumah rosak akibat serbuan

https://www.malaysiakini.com/news/571052

Wong Kai Hui
Diterbitkan 17 Apr 2021, 11:09 am





Sejumlah 17 unit kondominium yang tidak berkaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee dipercayai dirosakkan polis dalam serbuan yang diadakan terhadapnya bulan lalu.

Penduduk Trigon Residence di Puchong, Selangor mendapati pintu rumah mereka dipecah masuk dan menuntut penjelasan serta pampasan daripada polis.

Tujuh daripada penduduk dan pemilik kondominium yang terjejas mengadakan sidang media semalam bagi membangkitkan perkara ini. Turut serta adalah ahli majlis dan wakil daripada DAP.

Menurut ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya George Yap Kok Weng, dipercayai 17 unit yang dipecah masuk tiada sebarang kaitan dengan Liow, atau lebih dikenali sebagai "Datuk Nicky".

"Sejumlah 22 pintu dipecahkan dan lima daripadanya ada kaitan dengan Liow. Baki 17 rumah juga disyaki oleh polis maka mereka juga pecah masuk (di unit tersebut)," katanya kepada Malaysiakini.



Seorang pemilik terjejas yang hanya mahu dikenali sebagai "Madam Saw" memaklumkan dia menyewakan unit miliknya.

Katanya, ketika seorang jiran memberitahunya berkenaan serbuan polis, penyewa bergegas pulang tetapi tidak sempat sampai ke rumah sebelum ia berlaku.

Apabila penyewa itu sampai ke sana, katanya lagi, dia melihat pintu masuk sudah rosak dan seorang anggota polis di dalam rumah.

"Ketika saya telefon penyewa saya, dia kata tiada di rumah. Dia cepat-cepat pulang dan sampai dalam masa 10 minit, tetapi pintu sudah pun pecah," katanya kepada Malaysiakini.

Saw membuat laporan polis berhubung perkara itu di balai polis Puchong Jaya pada 25 Mac lalu.

Menurut Yap, kesemua tujuh penyewa dan pemilik kondominium yang hadir ke sidang media juga telah membuat laporan polis.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay yang mengetuai siasatan, memberitahu Malaysiakini dia akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu hari ini.


Ayob Khan

Pada 21 Mac, New Straits Times memetik Ayob sebagai berkata, polis sedang mengesan Liow dan alamat terakhirnya adalah di Trigon Residence.

Pada hari sama, China Press melaporkan kira-kira 100 anggota polis mengepung kondominium itu sekurang-kurangnya selama 18 jam, bermula jam tujuh petang hari sebelumnya.

Tuntut penjelasan, pampasan

Sementara itu, pegawai kepada exco Selangor Ng Sze Han, Ong Chun Wei memberitahu Malaysiakini bahawa sejumlah pemilik kondominium hanya sedar bahawa unit mereka dipecah masuk beberapa hari selepas serbuan dilakukan.

Ini bermakna unit mereka dibiar terbuka sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, meskipun penduduk menghargai usaha polis membanteras jenayah, mereka juga mahukan penjelasan tentang prosedur operasi standard (SOP) serta sama ada ia dipatuhi atau pun tidak dalam serbuan itu.

Mereka juga mahu tahu sama ada sebarang pampasan akan diberikan oleh pihak polis.

“Sesetengahnya keliru sama ada mereka perlu baiki pintu atau tidak. Kalau mereka baiki sendiri, macam mana mereka nak buktikan pintu itu dibaiki (selepas serbuan) jika ada siasatan nanti?



“Sesetengah unit masih disewakan, jadi mustahil untuk biar pintu terbuka sahaja.

“Daripada gambaran penduduk, kami fikir SOP tidak jelas dan kami gesa polis untuk berjumpa dengan penduduk secepat mungkin bagi memberi penjelasan berkenaan SOP dan pampasan,” katanya.

Ong menganggarkan jumlah kerugian keseluruhan untuk pintu-pintu yang rosak adalah sekitar RM30,000.

Pada 9 April, 14 individu termasuk dua adik-beradik Liow didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang, dikenali sebagai “Geng Nicky”.

Mereka pada mulanya disiasat untuk dua kes Macau Scam tetapi polis dikatakan menemukan pelbagai lagi aktiviti jenayah lain termasuklah kesalahan dadah dan rasuah.

Liow dikehendaki polis susulan penangkapan 68 ahli kumpulannya dalam Op Pelican 3.0, yang dijalankan antara 20 hingga 28 Mac.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2021 01:50 PM | Show all posts
Serbuan ikut SOP polis – Ayob Khan

https://www.utusan.com.my/nasion ... op-polis-ayob-khan/

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
17 April 2021, 1:30 pm


AYOB KHAN MYDIN PITCHAY

JOHOR BAHRU: Serbuan dijalankan polis menerusi Op Pelican 3.0 di Trigon Residence Setiawalk, Puchong pada 20 dan 21 Mac lalu dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan itu mematuhi peruntukan undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Menurut beliau, dalam operasi berkenaan, sebanyak 70 serbuan dijalankan bagi mengesan dan menangkap ketua kumpulan dan anggota Geng Nicky.

“Pada 20 dan 21 Mac lalu, ‘Task Force’ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor disertai seramai 220 pegawai dan anggota serta Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4, Cheras telah menjalankan Op Pelican 3.0 di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

“Sebanyak 45 daripada 70 serbuan yang dibuat melibatkan unit kediaman kondominium di Trigon Residence Setiawalk, Puchong,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, dalam serbuan berkenaan, beberapa unit kondominium telah dimasuki dengan cara memecahkan tombol pintu sebelum digeledah.

“Penggeledahan unit-unit tersebut dibuat berdasarkan maklumat risikan dan atas sebab munasabah bagi mengesyaki suspek bersembunyi dan dokumen serta harta terlibat disimpan atau disembunyikan,” ujarnya.

Ayob Khan membuat kenyataan itu sebagai menjawab luahan beberapa penduduk berkaitan kerosakan yang berlaku di kediaman mereka semasa serbuan Op Pelican 3.0 seperti dilaporkan media, baru-baru ini.

Laporan tersebut memberitahu kira-kira 10 pemilik kediaman meluahkan rasa terkilan dengan tindakan polis yang didakwa telah merosakkan pintu kediaman mereka dalam operasi memberkas ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Salah seorang pemilik yang hanya mahu dikenali sebagai Wendy berkata, dia berasa kecewa apabila dimaklumkan perkara itu oleh pihak pengurusan sehari selepas serbuan dilakukan pihak berkuasa.

Katanya, sepatutnya pihak berkuasa memaklumkan terlebih dahulu kepada pemilik atau penyewa agar sebarang kerosakan dapat dielakkan.

“Kami harap polis dapat berikan penjelasan lanjut berkenaan perkara ini kepada semua pemilik kediaman yang terlibat,” katanya pada sidang akhbar di Trigon Residence Setiawalk di sini, semalam. – UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis kena ganti la kan...aritu kan baru serbu rumah dato yg belasah guard dpt berjuta cash n gold bar...boleh laa cover cost pecah pintu ni...lagipon kes berkait2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 02:16 PM | Show all posts
dulu dah cakap lenkali bagi salam... being friendly with bad intention
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni polis johor gi serbu Pucong dorang tak nak polis kontingen selangor datang menyebok. Boleh mcm tu? Atau ada hantu kat kontingen selangor?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 17-4-2021 02:44 PM

SOP ape ni kalo tak pake otak?  Hollywood pon tak buad lagi camni ape..  

Hello, kalo nak geledah rumah orang, ko mintak dia bukak pintu je.  Kalo dia civilian, bukan penjahat, konfem dia bukak pintu punye.  Yang bersalah tu yang takot nak bukak.  Pehtu ko poww la pintu dia.  Ape susah??  Dia nak terjun balcony ke?

Ke yang kene pecah ney sume yang kosong je?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 17-4-2021 02:25 PM
Ni polis johor gi serbu Pucong dorang tak nak polis kontingen selangor datang menyebok. Boleh mcm tu ...

Tertinggal keretapi ka
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng sendiri khuensampai johor kena turun..mesti team johor ala ala team dsp helmi gerak khas..serata negeri dia cover kes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya.. Ada kepanasan ya..aku tgg 2 lagi parti bakal join meroyan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 17-4-2021 02:25 PM
Ni polis johor gi serbu Pucong dorang tak nak polis kontingen selangor datang menyebok. Boleh mcm tu ...

heh heh heh...

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 04:10 PM | Show all posts
Semakin panas membara isu ini
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 04:22 PM | Show all posts
pintu je pun. snap gambar kemudian tukar sendiri jela. hanat cainis takde rasa nak bantu polis langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 17-4-2021 02:42 PM
SOP ape ni kalo tak pake otak?  Hollywood pon tak buad lagi camni ape..  

Hello, kalo nak geledah ...

Belom ade sesape jawab lagi soklan aku.  Aku nak tau, adekah polis2 bangse Johor ney pecah pintu & mendatangkan trauma kat baby, kanak2 & warge emas?  Tolong jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah penduduk tahu tu kaw penjenanyah duduk?
Byk kot kondo yg geng ni duduk
Report je polis pastu claim la ape lagi
Xyah nak kecoh2
Xkan polis nak bagi surat/notis pulak nak buat raid
Kondo mahal2 xkan xde maintenance yg follow up lepas rumah kena serbu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 04:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sah gengster ni Mca, sebab tu boleh dapat Dato Sri bagai. Sure lah geng Umno kan....kan ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.072763 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list