View: 6558|Reply: 70
|
[Tempatan]
Rentas negeri ketika Aidilfitri boleh cetus gelombang keempat
[Copy link]
|
|
Rentas negeri ketika Aidilfitri boleh cetus gelombang keempat
Suraya Roslan
Kuala Lumpur: Pembukaan sempadan untuk merentas negeri ketika Aidilfitri boleh mencetuskan gelombang keempat di negara ini selepas peningkatan kes baharu Covid-19 mencecah 2,000 sehari.
Pakar Epidemiologi dan Ketua Jabatan Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan berkata, perkara itu dibuktikan apabila tercetusnya kluster di Terengganu yang dibawa hasil rentas negeri dari Sabah untuk menghadiri kenduri perkahwinan.
"Kluster ini sudah menjangkiti ramai orang disebabkan perkumpulan tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
"Sememangnya majlis yang diadakan tidak mematuhi SOP dan kita juga tidak boleh kembali semula kepada kehidupan normal sebelum pandemik," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, kebenaran merentas negeri untuk sambutan Aidilfitri boleh mencetuskan gelombang keempat di negara ini.
"Pandangan saya kalau tengok keadaan semasa, sebelum ini kita pernah mencapai angka selesa di bawah 100 kes, kemudian kita buka sempadan negeri menyebabkan kes naik terus.
"Dalam keadaan sekarang jika kita buka sempadan sedangkan kes melebihi 2,000 sehari, saya rasa tak betullah.
"Saya tidak rasa kerajaan akan membenarkan rentas negeri untuk Aidilfitri," katanya.
Dr Mohd Rohaizat berkata, jika adanya pematuhan SOP tidak akan ada jangkitan sebesar itu malah jika ada pastinya paling minimum.
"Kita dah faham wabak Covid-19 ini macam mana dan apa langkah yang perlu kita elak untuk kena.
"Kerajaan sudah menggariskan SOP tertentu, apa yang penting sekarang semua pihak perlu mematuhi SOP dan sekarang kita seolah-olah terlupa mengenai norma baharu.
"Ambang gelombang keempat ini kita tengok banyak disebabkan kluster baharu wujud akibat kenduri dan majlis umum," katanya.
Menurutnya, orang ramai seharusnya tidak menyalahgunakan kelonggaran diberikan kerajaan apabila kes turun.
"Malah saya rasa tiada keperluan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan untuk kali ketiga kerana kita sudah nampak kesan besar yang berlaku kepada ekonomi dan kehidupan untuk dua PKP sebelum ini.
"Apa yang perlu kita lakukan hanyalah patuh SOP, jangan terlampau selesa dan jaga diri sendiri sementara Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sedang berjalan ketika ini," katanya.
Disiarkan pada: April 17, 2021 @ 2:17pm
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah namanya kenduri tu x rentas negeri pun boleh tercetus kluster gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Habis tu forever gini lah semata2 tak nak angka naik? Bangang... |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat kita degil, inilah yang jadi masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok sahaja kes sekarang , semakin meningkat walaupun program vaksin sudah mula dilaksanakan |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh
nasib baik aku terkecuali.... i have a plan |
|
|
|
|
|
|
|
raya aji xbleh..sbb disambut gilang gemilang di pata timo... klu dihalang gedebe la ambo
hasilnya kini sskjp denge puak bersetubuh semakin kamceng kini
|
|
|
|
|
|
|
|
Vaksin pon tetap kena.. Last2 kapitalis yg untung.. Tempat aku ni 2 org doktor yg complete 2 doses pon positif.. Ni duk dengar2 kena dose ke 3 plak.. Kah3x.. Katanye ada vaksin pon bkn kebal.. Setakat nk kurangkan simptom.. What de hell |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 17-4-2021 04:05 PM
raya aji xbleh..sbb disambut gilang gemilang di pata timo... klu dihalang gedebe la ambo
hasilnya ...
Mana ada sama jah... Kita balik nk semeleh lembu jah |
|
|
|
|
|
|
|
Akak rela dicucuk vaksin dos ke tiga tiap2 tahun asalkan bagi akak USD1mill setiap kali nak vaksin akak... |
|
|
|
|
|
|
|
Takpayah la semua ni
Murung dah xlleh balik kg ni
Semua org ada tanggungjwab nk dilunaskan |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai bila la nak tahan rakyat mcm ni?? Yg kayangan boleh lak merayap ke sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Ya lah..susah sungguh .nak nak pasangan pjj..nak senggama pon kena mintak kebenaran kan tak pasal pasal tahun depan byk kes cerai....ngikut perangai tok laki serina yg terabai zahir batin dek bini pjj |
|
|
|
|
|
|
|
bagi je la rentas negeri tapi majlis sosial haramkan dulu. gara2 sibuk nak berkenduri, padahnya nak blk kg jenguk makayah pun x lepas skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
selagi pengkhianat tak ditumbangkan mmg kita berdepan
gelombang ke4 ke5 ke6 dan seterusnya sbb setiap gelombang
muncul setiapkali nyawa pengkhianat hampir tiba penghujungnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aidilfitri je sibuk nak balik kampung.hari lain kalut nak pegi makan angin. Apa kata dah settle masalah covid ni pindah je kerja duduk kat kampung tu. |
|
|
|
|
|
|
|
adm7 replied at 17-4-2021 04:50 PM
Aidilfitri je sibuk nak balik kampung.hari lain kalut nak pegi makan angin. Apa kata dah settle masa ...
uols sorang je kot camtu iols tak aidilfitri pon balik jenguk mak ayah..uols selama nya duk satu rumah satu famili ke |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu gelombang pru nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pelik ni.. Kata sblm ni pun x blh merentas sana sini.. Tp elok je org duk merentas sana sini.. Yg blk kg elok je blk kg.. Pd aku la lps ni kalo krjn bg merentas kesana kesini kita semua jgn la p happy merentas sana sini.. Holiday sana sini.. Dpt merentas nye kejap.. Lps tu duk berkurung nye lama.. Kita duk je rumah.. Sampai dah btl2 pulih br la kita keluar ber holiday sana sini.. Br ssh sikit angka tu nk capai ribu2.. Ni msh 1k dah p hurey2 holiday sana sini.. Mmg la meroket ke bintang angka nye.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|