CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5404|Reply: 38

[Tempatan] Buku sekarang susah nak jual, pengguna beralih ke buku digital

  [Copy link]
Post time 17-4-2021 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Walau sukar menjual, tidak semua pengusaha buku ‘indie’ mahu tutup kedai
Ahmad Mustakim Zulkifli
Apr 17, 2021 9:00 AM

Bangunan berwarna perang Menara Majestic di Petaling Jaya menempatkan sebuah ruang kecil istimewa berukuran 270 kaki persegi yang penuh dengan buku.

Ruang kecil yang dinamakan The Bibliophile Bookshop, adalah sebuah kedai kebanggaan dan juga kegembiraan seorang pemuda, J Kiridaren.

Bukan sekadar itu, ia juga dianggap sebagai satu kerja gila sebetulnya.

Mana tidaknya, Kiridaren membuka kedai bukunya pada Julai lalu, pada saat perniagaan mulai beralih ke dalam talian, selain pandemik Covid-19 yang menukar ekonomi negara kepada keadaan lebih buruk.

“Saya mula siarkan ulasan saya tentang buku-buku yang saya baca di Facebook. Ia membuat orang mula bertanya kepada saya di mana mereka boleh beli buku-buku itu,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Secara beransur-ansur, saya terlibat dalam industri buku, mulai dari membeli dan menjual buku terpakai sehinggalah bekerja di kedai buku, dan akhirnya mengusahakan kedai milik sendiri.”

Dia mengakui ramai peminat buku terkejut ketika mendengarnya membuka kedai buku fizikal pada waktu yang penuh ketidatentuan ini, namun dia percaya dengan nilai dan premis fizikal.

“Ramai pemain industri buku mengelak untuk membuka kedai fizikal kerana ingin kurangkan kos. Tetapi saya percaya sebuah kedai buku memiliki nilai yang lebih besar. Ia adalah ruang untuk pembaca dan penulis bertemu, dan ruang untuk membincangkan buku,” katanya.

“Budaya buku seperti ini wujud di kedai buku.”

Kiridaren juga yakin kewujudan kedai juga dapat membantu penjenamaan.

Katanya, walaupun kedai dalam talian boleh menjual buku dengan lebih murah, orang ramai yang gemar membeli buku akan terus mencari ruang bagi merehatkan minda dan dan membiarkan fikiran mereka mengembara dan meneroka.

Walaupun optimis dengan usaha yang dilakukan, Kiridaren berkata dia dan pengusaha kedai buku independen lain masih menghadapi masalah dengan penerbit yang membekalkan buku kepada mereka.

“Dulu, para penerbit cari kedai buku, tetapi sekarang mereka ingin dapatkan margin yang lebih tinggi untuk perniagaan mereka, jadi mereka jual buku sendiri atau upah ejen pemasaran mereka sendiri.

“Penerbit malahan mengurangkan margin kami dari 40% menjadi 25%.”

Bagi menampung margin yang berkurang itu, Bibliophile Bookshop turut sama menerbitkan buku sebagai tawaran lain kepada pelanggan.

Antara buku yang diterbitkan termasuk karya terjemahan “The Prince” karangan Niccolo Michaevelli, “The Alchemist” karya Paulo Coelho, dan “The Art of War” yang ditulis Sun Tzu.

Kiridaren yakin kedai buku fizikal akan kembali mendapat tempat setidaknya selepas pandemik yang melanda negara ketika ini berakhir.

Pemuda ini kini memiliki sebuah gudang buku terpakai, dan sebuah kafe buku.

Dalam pada itu, masalah sama turut dihadapi Gerakbudaya, sebuah kedai buku yang terkenal dengan jualan dan penerbitan buku alternatif.

Pengasasnya, Chong Ton Sin, memberitahu MalaysiaNow jualan kedainya menurun sejak 2016.

“Kami hadapi masa sukar pada tahun 2017. Kemudian pada 2018, kami berjaya bangkit disebabkan pilihan raya umum, orang ramai mencari buku berkaitan politik. Namun sejak 2019 dan ke depan, kami sekali lagi berdepan waktu sukar.

“Penerbit berkata mereka tidak lagi menerbitkan buku dalam jumlah yang banyak kerana tidak dapat menjualnya. Atau alasan lainnya, mereka tidak cukup wang untuk mencetak. Sekiranya tidak ada buku, bagaimana anda nak jual?”

Dengan jumlah pembekal, buku dan jualan yang semakin berkurangan, Gerakbudaya tidak mempunyai pilihan selain mengurangkan kos.

Syarikat itu terpaksa mengurangkan kakitangan dan mengambil langkah mengurangkan kos lain seperti memotong gaji pekerja.

Kedai buku Chong juga turut terjejas dengan penerbit bebas seperti Fixi dan Dubook, yang pada awalnya mendapat sambutan hebat industri buku, namun kini operasi kedua-dua syarikat itu juga semakin perlahan.

“Jualan buku mereka menurun. Mereka beritahu saya permintaan kini semakin perlahan. Saya fikir kualiti buku mereka yang merosot,” katanya.
Kedai buku Gerakbudaya menjual dan menerbitkan buku-buku alternatif di Petaling Jaya.

Menurut Chong, perintah kawalan pergerakan (PKP) adalah tamparan hebat terhadap perniagaan pengusaha buku. Pameran buku tidak lagi hidup, banyak syarikat tidak dapat keluar dan menjual buku mereka.

“Semua perkara ini menjadikan keadaan lebih buruk. Bagaimanapun, PKP ada kelebihannya, jualan kami dalam talian meningkat.

“Namun kami harap semuanya akan jadi lebih baik. Kami harap dapat menerbitkan dan menjual lebih banyak buku. Kami melakukan semua ini untuk generasi muda.”

Chong berkata, rakyat Malaysia masih membaca, namun buku fizikal tidak lagi menjadi pilihan utama.

Hal ini terjadi selepas kerana buku digital semakin mudah diperolehi dan boleh dibaca di skrin telefon pintar pembaca.

Dalam pada itu, ketika kedai buku bergelut dengan pelbagai cabaran, e-buku pula semakin mendapat tempat di Malaysia.

Faiz Al-Shahab, pengarah urusan e-Sentral, platform e-book Malaysia, memberitahu MalaysiaNow jualan e-buku semakin meningkat pada tahun 2016, tahun yang sama Chong mencatat penurunan jualan di Gerakbudaya.

“Ketika kami mulakan perniagaan pada tahun 2011, ramai orang anggap kami platform e-dagang di mana anda beli buku dan ia kemudian diposkan ke rumah anda.

“Kami ambil sedikit masa untuk orang ramai menyedari kami adalah platform e-buku, di mana pengguna boleh muat turun buku yang mereka ingin baca melalui aplikasi kami,” katanya.

Sewaktu pandemik melanda negara, keadaan itu banyak membantu syarikat.

Jualan e-buku e-Sentral melonjak sehingga empat kali ganda dalam tempoh sebulan sepanjang PKP tahun lalu.

“Ini merupakan titik tolak bagi industri e-buku di Malaysia. Kami bahkan mendaftarkan 25,000 pengguna baru dalam masa sehari sewaktu PKP,” katanya. e-Sentral kini memiliki 650,000 pengguna.

Walaupun kebanyakan e-buku yang dijual melalui platformnya dalam bahasa Inggeris.

Beliau berkata e-buku yang paling laris adalah novel-novel berbahasa Melayu.

“Namun, kadang-kadang kami lihat wujud juga peningkatan permintaan untuk buku bergenre bukan fiksyen dan lebih serius.

“Ia bergantung dengan apa yang berlaku waktu itu. Sebagai contoh, buku-buku tentang perdana menteri Singapura yang pertama Lee Kuan Yew meningkat jualannya ketika beliau meninggal dunia,” katanya.

Apa pun pilihan yang ada, sama ada buku yang fizikal atau digital, nampaknya warga Malaysia masih lagi membeli buku.

Hal ini sudah pasti menjadi khabar baik bagi mereka yang berada dalam perniagaan buku dan pembacaan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lavendernovella at 17-4-2021 06:21 PM

Lalu jer tapi tak tau pulak ada kedai buku dalam tu. Dekat dengan McD PJ oldtown.

iol sendiri bukan tak minat membaca, minat jer, cuma bajet lari. Dan iol percaya ramai jer rakyat malaysia suka membaca, cuma kekangan kewangan menjadikan buku2 hanya mampu tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka lg baca buku fizikal dr baca kat screen
cuma mana ada lg dah org nak beli buku kat kedai
kedai yg aku biasa gi ni pun dah takda jual buku
baik jual online je mcm Bekazon
org nak beli pun senang

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang laku sekarang cuma buku fizikal berkaitan sekolah je
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 17-4-2021 06:26 PM
aku suka lg baca buku fizikal dr baca kat screen
cuma mana ada lg dah org nak beli buku kat kedai  ...

Akak lagi suka audiobook, dengar suara jah dan tidak memedihkan mata
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
xminat buku digital sbb i suka kumpul buku. tp buku sekarang mahal tu yg kdang nk bli pun bkira. skrng byk bli buku preloved yg org dah lama khatam i bru dpt baca. hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak cari buku lama dan rare boleh cari kat IG balaibukuraya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pinjam buku online kt perpustakaan negara, tapi masih beli buku fizikal tapi x bca habis pun
plg terbaru beli time ramadan ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru tengok website the bibliophile bookshop ni. Menarik juga koleksi bukunya. Jenis buku2 yg susah nak jumpa kt tempat lain. Nnti aku nak pergilah kefai buku ni kat majestic tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-4-2021 09:06 PM
Nak cari buku lama dan rare boleh cari kat IG balaibukuraya

Ok @ sharlenetexas. Nnti saya tengok koleksi buku kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
fatinandreanna replied at 17-4-2021 11:47 PM
Ok @ sharlenetexas. Nnti saya tengok koleksi buku kat situ.

Harga pun boleh tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk diri sendiri da kurg spend beli buku. Tp utk anak byk beli buku. Buku abc, colours, first word. Sbb takut dia teraddict dgn on screen je. Jd kena la spare juga duit utk belian buku. Untung je boleh claim tax utk belian buku
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:59 PM | Show all posts
tahun lepas, dua kotak besar  buku2 novel wife aku dan sekotak buku aku habis dimamah anai2.. termenung kejap aku... rasa nak nangis...
Sekarang ni untuk bacaan santai, aku beli buku fizikal.. untuk buku2 level tinggi, lebih baik ebook.. tak rasa sangat kalau buku rosak. hilang.. walaupun kurang feel, tapi tak jahanam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2021 12:42 AM | Show all posts
rumah aku
almari berkaca - khusus utk koleksi buku2 lama aku
almari tertutup - bini punya pakaian

dah lama tak beli buku cetakan

dlm notebook pun berlambak e-book

dulu gomen bagi insentif boleh tolak cukai bagi belian buku RM1,000
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-4-2021 11:49 PM
Harga pun boleh tahan.


Mmg betul harganya boleh tahan @ sharlenetexas. Koleksi buku di balaibukuraya ni banyak rare jugakla. Mostly tahun 80an ke bawah. Ada juka saya nampak buku Marina Yusof berlatarbelakang Semangat46. Rasanya budak2 90an keatas taktaupun siapa Marina Yusof ni dlm politik tanah air. Paling2 diorng mungkin tau oh tu mum Ida Nerina. Ada satu lagi buku ni harga 1k tulisan jawi terbitan 1932. Tak ingat dah tajuk & masih available/sold out. Yg ni mmg  tempat utk collector lah.  Terutama utk yg ingin tahu perkembangan peradaban tanah melayu dr sebelum dan lepas merdeka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 17-4-2021 08:17 PM
Akak lagi suka audiobook, dengar suara jah dan tidak memedihkan mata

owh saya tak tahu audiobook ni mcm mana
belum pernah try lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2021 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols still stick to hardcopy book. Digital ni lain sikit..menganggu pun ada. Jgn2 bukan buku yg anak2 ni buka klu dlm benyuk digital...hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 18-4-2021 08:36 AM
Iols still stick to hardcopy book. Digital ni lain sikit..menganggu pun ada. Jgn2 bukan buku yg anak ...

Suruh anak-anak mengulangkaji buku digital PDF  Permata Yang Hilang
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur ada Kindle app dekat iPad dan Google Pelir Store
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
fatinandreanna replied at 18-4-2021 01:51 AM
Mmg betul harganya boleh tahan @ sharlenetexas. Koleksi buku di balaibukuraya ni banyak rare jug ...

Adik ida nerina mati eksiden langgar pokok pernah masuk paper.

Iols pernah beli satu buku je dulu dgn balaibukuraya. Ada duit lebih boleh tambah koleksi. Tengah cari koleksi Tidurlah Intan.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.431115 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list