CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2726|Reply: 12

[Tempatan] Hadir program kementerian berkain pelikat, Tun M nafi telah sokong kerajaan.Tapi

[Copy link]
Post time 17-4-2021 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
AHLI Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan telah menjadi penyokong kerajaan selepas beliau hadir dalam satu majlis anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, dia hadir pada majlis yang turut dihadiri oleh menteri Datuk Dr. Abdul Latif kerana menghargai pihak swasta yang membantu penduduk Langkawi

Beliau menegaskan kehadirannya itu tidak mempunyai kaitan dengan politik dan masih berada di pihak pembangkang.

“Sebagai MP, saya hadir ke acara anjuran @kplb_gov bagi menghargai pihak swasta yg bersama bantu rakyat Langkawi melalui agensi Kerajaan.

Kehadiran saya tidak punyai kaitan politik sama sekali. Ini bukanlah bermakna saya sudah jadi penyokong Kerajaan. Saya masih dalam parti lawan,”ciap Dr. Mahathir di Twitter.

Perdana Menteri sebanyak dua kali itu hadir Majlis Penyerahan dan Penghargaan Rakan Strategik anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang berlangsung di perkarangan Majlid Al-Ehsan, Temoyong, Langkawi.

Jelas Dr. Mahathir sejak dahulu perjuangannya masih sama iaitu mahu menjayakan orang Melayu supaya tidak ketinggalan di negara mereka sendiri.

Sementara itu, Dr. Mahathir menegaskan, dia sentiasa berpegang dengan prinsip bahawa bantuan seharusnya tidak hanya sekada memberi wang secara percuma.

Namun sebaliknya,  mereka yang ketinggalan perlu diajar dan dibekalkan dengan kemahiran supaya mereka boleh berusaha untuk menjana pendapatan dengan kemahiran dan latihan yang diperoleh.

“Dengan itu mereka lebih bebas dan tidak terhutang budi atau terlalu bergantung kepada mana-mana pihak.

Saya berterima kasih kepada syarikat-syarikat yang berusaha bantu membangunkan dan atasi masalah di Langkawi ini apatah lagi ketika pulau pelancongan ini menghadapi kesan dari wabak Covid19,” kata Dr. Mahathir

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
walopun berkain pelikat, tetap nampak kemas & sopan... bole diterima...

takde la  cam ada sorg YB apa nama tu yg dtg majlis rasmi pakai suar pendek...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku mamak kutty ni dan ppbm ni berpisah tiada . Dan kehadirannya dalam blok pembangkang sebenarnya hanya lah untuk tujuan memecah belah kesatuan yg ada dalam pembangkang seterusnya menjadi master mind didalam game yg ada . Pru ke 15 bakal memperlihatkan warna kulit tua kutuk ini yg sebenar .
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh.. Aku ingat kan mmg Tun buat majlis berbuka posa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sudah2 la tu atok....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
eizarz replied at 18-4-2021 09:38 AM
sudah2 la tu atok....

Dulu pakai selipar bata. Kali ni pakai batik. Haha. Tggu atok berlakon menangis lagi sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Atok ni yg menganggap najib musuh ketat dia..najib tersnagatla jarnag mengutuk atok, itupun atok yg mula serang dia dulu.. cukup2 la atok, rakan baya2 atok dah lama mati..elokla habiskan sisa hidup beribadat dok atas sejadah bukannya sibuk hal dunia lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
betul ke musuh ketat?jangan2 elok je belakang tabir bff
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2021 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi Boboiboy Mukhriz tak diangkat UMNO, selagi itulah atokcow ijau bermusuh dengan bossku
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:17 AM | Show all posts
kalau mati sok apa la nak jadi dengan pejuwang kan hehe. menyesal tak sudah kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 18-4-2021 10:51 PM
Selagi Boboiboy Mukhriz tak diangkat UMNO, selagi itulah atokcow ijau bermusuh dengan bossku

Betol ..  itu sebablah tua kutuk ni marah sangat pada pasal najiblah punca boboi terbantut perjalanannya nak jadi PM . Kini atok terpaksa mengunnakan baki usia sakanya terjun semula dalam dunia politik .
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 11:50 AM | Show all posts
macang ni Oreng Melayu...pakaian oreng kito..tak lah nak pakai pejamas
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 18-4-2021 10:51 PM
Selagi Boboiboy Mukhriz tak diangkat UMNO, selagi itulah atokcow ijau bermusuh dengan bossku

Atokcow ijau, atukku alek bule ngastabe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.076389 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list