CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2075|Reply: 4

[Sarawak] Sekolah di zon merah ditutup mulai esok

[Copy link]
Post time 17-4-2021 11:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-4-2021 04:55 AM

Penutupan sekolah diketahui selewatnya Isnin ini



Uggah pada sidang media harian COVID-19.


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan telah mengemukakan senarai nama sekolah dan pelajar yang dijangkiti COVID-19 kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, malah pihaknya juga telah mengemukakan cadangan penutupan sekolah kepada Pengarah Pendidikan Negeri.

“Kita sekarang sedang menunggu laporan daripada pihak JPN.

“Mungkin esok atau selewat-lewatnya Isnin ini kita akan mendapat jawapan berhubung perkara ini,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini hari ini.
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri menegaskan bukan semua sekolah di seluruh Sarawak ditutup.

Ia katanya, adalah bergantung kepada jumlah  jangkitan COVID-19 dan kita masih menyasarkan kepada beberapa tempat sahaja.
“Tempat-tempat lain yang statusnya kuning dan hijau operasi sekolah bersemuka patut terus berjalan,” ujarnya.
Semalam, satu kluster dilaporkan melibatkan sekolah melalui seorang guru iaitu kluster Jalan Disa Sibu.

Kluster Jalan Disa, Sibu adalah sebuah kluster komuniti yang telah dikesan melibatkan sebuah sekolah rendah agama di Jalan Disa, Sibu.

“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke- 21,347 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 28 yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Lanang pada 13 April lalu dan telah disahkan positif COVID-19,” ujarnya.

Menurutnya Uggah , indeks kes ini merupakan seorang guru di sekolah rendah tersebut telah mengalami gejala pada 9 April 2021.
“Kes pernah melakukan pergerakan rentas zon ke Daerah Kabong, Betong pada 31 Mac hingga  4 April 2021 yang lepas semasa cuti sekolah.

kredit : utusanborneo 17/04/2021






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang paling dasyat stakat ni 100+ kes dlm 1 skolah. Dah jadi kluster pun. Get ready kene siasat part sop, chairman sdmc ni pun dah sesiap warning

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 17-4-2021 11:30 PM
Yang paling dasyat stakat ni 100+ kes dlm 1 skolah. Dah jadi kluster pun. Get ready kene siasat part ...

Sekolah mana tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by belilies at 18-4-2021 12:19 AM
GigaMom replied at 17-4-2021 11:46 PM
Sekolah mana tu..


Dlm artikel atas ada nama tempat tu tambah smk kat depan UB.. swk sini. Iols nak share tepek laporan jabatan bencana negeri swk tp xdpt plop mlm ni tatau napa. So iols link fb ni, chuols cari yg kluster baharu no 3 dlm list ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2021 12:39 PM | Show all posts
Sekolah di zon merah ditutup mulai esok


KUCHING: Semua sekolah di zon merah (terjejas COVID-19) di Sarawak akan ditutup selama 14 hari bermula esok.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (gambar) berkata ia bagi mengekang penularan COVID-19 terutamanya melibatkan golongan pelajar dan guru.

"Kita nampak jangktian (COVID-19) di kawasan sekolah, boleh berjangkit kepada ibu bapa, atau ibu bapa kepada anak iaitu pelajar. Ada pula guru yang menjangkiti warga sekolah yang lain," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abang Johari menambah, demi kesihatan pelajar dan masyarakat di zon merah Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menutupkan sementara operasi semua sekolah di kawasan berkenaan.


Sejak beberapa hari lalu, beberapa kluster baharu COVID-19 di negeri ini membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah, dengan jumlah kes positif membabitkan warga sekolah.


kredit : utusanborneo 19/04/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056636 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list