CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 999|Reply: 0

[Sarawak] Tiga kluster baharu, dua libatkan sekolah

[Copy link]
Post time 17-4-2021 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Tiga kluster baharu, dua libatkan sekolah



KUCHING: Tiga kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini dengan satu daripadanya dikesan melibatkan sebuah sekolah rendah agama di Jalan Disa, Sibu.


Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media hari ini berkata tiga kluster baharu ini ialah Kluster Jalan Disa dan Kluster Jalan Ding Lik Kwong di Sibu dan Kluster Ulu Balingian di Selangau.
“Kluster Jalan Disa adalah sebuah kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah sekolah rendah  agama di Jalan Disa, Sibu.
“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-21,347 yang merupakan perempuan tempatan berumur 28 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Lanang pada 13 April 2021 dan disahkan positif pada 14 April 2021.
“Kes yang bertugas sebagai guru di sekolah tersebut telah mengalami gejala pada 9 April 2021 dan pernah melakukan pergerakan rentas zon ke Daerah Kabong dan Betong  pada 31 Mac hingga 4 April 2021 yang lepas semasa cuti sekolah,” katanya.

Seramai 199 individu telah disaring dimana 20 kes didapati positif manakala 179 kes lagi didapati negatif.
Uggah yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menambah, bagi Kluster Jalan Ding Lik Kwong pula, ia merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah syarikat perindustrian perkayuan di Teku Sibu.
Kes indeks kepada kluster ini dikesan melalui saringan individu bergejala pada 12 April 2021 dan didapati positif pada 13 April 2021.
Kes katanya yang merupakan perempuan tempatan berumur 28 tahun merupakan pembantu tadbir di syarikat tersebut dan pernah melakukan pergerakan merentas zon pada 1 hingga 4 April di Daerah Sarikei.
Seramai 43 individu telah disaring dimana 16 kes didapati positif dan  27 kes negatif saringan pertama.
Satu lagi kluster iaitu Kluster Ulu Balingian pula, adalah kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah sekolah menengah dan kediaman penduduk di Ulu Balingian, Selangau.
Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-23,111 yang merupakan pelajar sekolah terbabit berumur 16 tahun yang didapati positif pada 16 April 2021.
Hasil siasatan lanjut dan pengesanan kes secara aktif dan saringan ke atas 200 individu mendapati 101 kes positif termasuk kes indeks dan 99 kes negatif saringan pertama.
Uggah turut memaklumkan Daerah Selangau telah bertukar status kepada status Merah daripada Jingga setelah merekodkan 128 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.
Manakala Daerah Betong dan Asajaya telah bertukar status kepada Jingga daripada Kuning setelah masing-masing merekodkan sejumlah 22 dan 21 kes dalam tempoh 14 hari lepas.
Daerah Bau pula kembali berstatus Kuning daripada Jingga setelah mencatatkan 12 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

kredit : utusanborneo 17/04/2021


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.059911 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list