Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1500
View
16
Reply

Tak ada 'peminat' di sekolah beri kad raya, Azhan beli sendiri!

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-4-2021 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Tak ada 'peminat' di sekolah beri kad raya, Azhan beli sendiri!


Azhan Rani


Kuala Lumpur:  Gara-gara bengang dan geram apabila melihat abang dan kakaknya mendapat banyak kad raya di sekolah, pelakon Azhan Rani mengaku dia pernah membeli kad raya sendiri dan kemudian, dikirimkan ke alamat rumahnya.

Azhan, 45, yang berkongsi kenangan lucu berkenaan, berkata ketika itu dia masih bersekolah rendah. Ujarnya apabila Ramadan hingga menjelang Aidilfitri, dia sangat teruja dan ingin menerima kad ucapan hari raya sebagaimana abang dan kakaknya.

"Dulu apabila nak sambut hari raya, kebanyakan orang saya tengok suka hias rumah mereka dengan menggantung kad raya di pokok atau tampal kad raya itu di dinding dan ia memang nampak cantik.

"Jadi, saya pun teringin nak gantung kad raya sendiri di pokok juga. Apatah lagi, ketika itu di sekolah pula sesiapa lelaki kacak dan gadis cantik mesti akan dapat banyak kad raya dari peminat dalam kelas mereka atau kelas lain. Tapi, saya pula tak ada peminat.

"Di rumah, kakak dan abang, masing-masing asyik menayang kad raya mereka dan saya tengok pun 'stress'. Jadi, demi nak puaskan hati, saya beli kad raya sendiri dan pos ke rumah," katanya berkongsi cerita lama ketika kanak-kanak kepada Harian Metro.

Menurut Azhan, perasaannya sangat seronok ketika itu apabila melihat posmen datang rumah dan menyebut namanya pada kad raya yang dikirim berkenaan. Ujarnya, kenangan itu hingga kini tak dapat dilupakan.

"Bila saya ingat semula kenangan ini, memang kelakar sebab saya sanggup bertindak begitu, rasa macam seolah-olah ada peminat di sekolah. Pada hal, saya yang beli sendiri kad raya itu untuk puaskan hati.

"Apapun, mungkin ada juga orang lain buat macam saya yang sanggup bila kad raya sendiri ketika di sekolah dahulu. Cuma, sekarang keadaan dah berubah, apabila kad ucapan hari raya pun dikirim menerusi telefon.

"Kadang-kadang, rindu jugalah kenangan lama macam ini. Tapi, pada masa sama kita memang tak boleh menolak perkembangan teknologi yang berlaku apabila sekarang semuanya ada di hujung jari dan lebih mudah," katanya.

Terdahulu, Azhan yang cukup dikenali dengan watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur juga ada berkongsi cerita dia pernah hilang di Puduraya ketika keluar membeli-belah persiapan Aidilfitri bersama keluarganya, ketika masih kanak-kanak.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 18-4-2021 10:45 AM | Show all posts
loser nya ko ni hadap sangat nak ada orang bagi hadiah bagai? kad raya jah pon? boleh bagi kau kenyang ke kekdahnyer?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 10:46 AM | Show all posts
baiklah reward diri sendiri beli makanan sedap2 ke hapa berbaloi jugak boleh kenyang perut satu hari? takat kad raya sekeping tu jah pon ko nak jeles dengan abang kakak motipp? hujung2 ke tong sampah jua kad raya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 05:37 PM | Show all posts
Hapo lah.
Xde cite nak up tu, cite kad raya oklah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
rindu pulak zaman kad raya..pdhal iols dulu xde la rajin antar kad raya sgt..kekadang org antar, i tak balas pun..sbb dok tangguh nak pos, sudahnya smpi masuk raya..skrg rindu pulak bila teringat zaman kad raya..tapi sesekali je la rindu tu dtg..kalu kad raya still wujud, iols menten malas nak mengepos rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Abam yg sorg ni cpt sentap jugek.. So jgn kcau he olls okehh... Kang berjela die skolahkan kt ig
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
oh dia ada abang dan kakak? ingatkan anak tunggal.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dulu masa zaman persekolahan, memang banyak gila dapat kad raya. Entah dari sape sape entah.. yang iols balas cuma from kawan baik je. Kosser iols nak beratur beli setem semua.. pernah 1 time tu almost 100 keping. Haha.. pastu kakak kakak iols pergi gantung lak kad raya yang iols dapat untuk deco raya. Kad raya from secret admirer semua ada.. iols lak kena bahan time raya sebab ramai sangat peminat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
user.name replied at 18-4-2021 10:45 AM
loser nya ko ni hadap sangat nak ada orang bagi hadiah bagai? kad raya jah pon? boleh bagi kau kenya ...

Eh, zaman bebudak dulu, kad raya, kad krismas, is everything okeh!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sekarang setem  . 60 sen. dulu tahun 2003 setem blh guna 20sen yg xletak gam . 30 sen blh letak gam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 12:37 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 18-4-2021 06:00 PM
rindu pulak zaman kad raya..pdhal iols dulu xde la rajin antar kad raya sgt..kekadang org antar, i t ...

Di Shopee ada sahaja penjual kad raya.  Saya dah beli, saja nak pos kepada sepupu sepapat yang dah lebih setahun tak berjumpa.

Tapi kena cepat sebab banyak dah sold out.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 03:37 PM | Show all posts
masa skool dulu2..
part yang best bila dengar motor posmen kat depan rumah..
siap boleh differentiate bunyi motor biasa ngan motor posmen..
feeling dapat kad raya tuh..fuhhh...
paling bangga bile dapat kad raya from retis..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kad raya dulu is a thing.... hahaha. Tp lawak la pos lat diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 04:57 PM | Show all posts
Teringat pulak zaman sekolah rendah...asal dapat kad raya dr budak2 yg lebih muda...mesti ada pantun pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronok giler dpt kad raya fizikal..sampai skrg kalsu dpt kad fiziksl lg gumbira ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:13 AM | Show all posts
kad raya retis satu2nya meols dpt drpd Amy Mastura.. hihi..
dulu2 memang best kad raya ni.. rumah nampak lebih meriah dan mood raya bila hias dengan kad raya.. dulu tau2 ade bawah meja sekolah kad raya berkeping keping...
tak tau saper hantar pulak... ade sign je. ade yg boleh nampak nama n ade yg tak..

apepun azhan ni kena kurangkan fefeeling good2(lepas dapat award),
cepat sentap dan karangan defensive sekolahkan netizen di ig nya..
semenjak dia perangai gini, tambah pulak kes back up ali susun...
memang ramai yg whoareyous kan ajer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 19-4-2021 12:37 PM
Di Shopee ada sahaja penjual kad raya.  Saya dah beli, saja nak pos kepada sepupu sepapat yang dah ...

wahhh..taktau wujud lagi kad raya rupanya..Oraittt,tq chuols..i merempit ke shopee jap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list