CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2136|Reply: 6

[Tempatan] Tak mampu kawal SOP, penganjur sendiri mohon batal pasar malam

  [Copy link]
Post time 18-4-2021 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Tak terdaya kawal SOP, penganjur mohon batal pasar malam
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Tiada sebarang penutupan bazar Ramadan atau pasar di Perak yang diarahkan kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) disebabkan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, bagaimanapun terdapat satu pasar malam di daerah Manjung yang ditutup sendiri dengan kerelaan dan permohonan penganjurnya disebabkan ketidakmampuan mengawal SOP.

Beliau berkata, ia berikutan penganjur turut menganjurkan bazar Ramadan di tapak sama iaitu hanya bersebelahan pasar malam itu.

Menurutnya, penutupan pasar malam dibuat melalui hasil perbincangan penganjur dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

"Setakat ini kerajaan negeri masih tidak mengeluarkan sebarang arahan mengenai penutupan mana-mana bazar Ramadan, namun mengenai penutupan pasar malam yang dimaksudkan, penganjur itu sendiri yang memohon untuk menutup.

"Penganjuran bazar dan pasar itu adalah secara 'private lead' (bukan di bawah kelolaan PBT). Bagaimanapun bazar Ramadan yang dianjurkan penganjur yang sama di tapak itu juga tetap diteruskan.

"Ia kerana penganjur itu sendiri menyatakan ketidaksanggupannya meneruskan pasar malam sepanjang Ramadan ini atas dasar susah mengawal SOP kerana kepadatan pengunjung.

"Difahamkan pasar malam di situ lebih padat dengan pengunjung berbanding bazar Ramadan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, pihaknya kurang berpuas hati dengan tahap kepatuhan pengunjung terhadap SOP di bazar Ramadan dan Aidilfitri sekitar daerah Manjung.

Difahamkan pasar malam yang dimaksudkan ialah di Pusat Perniagaan Manjung Point berdekatan hospital swasta dan pasar raya besar di Manjung.

Dua mesej suara mengenai penutupan pasar malam terbabit turut tular di WhatsApp mengenai seorang lelaki dipercayai penganjur pasar malam dan bazar menasihatkan peniaga.

Lelaki berkenaan menyatakan hanya 200 individu saja dibenarkan memasuki bazar Ramadan dalam satu-satu masa yang mana kad giliran disediakan kepada pengunjung selain menyatakan pihaknya terpaksa membatalkan pasar malam buat sementara waktu.

Disiarkan pada: April 18, 2021 @ 3:33pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Definasi jelas ikut sop..yg terpakai kat psr mlm  ni camner??? Sb kat tempat aku..ada lg peniaga yg letak mask kat dagu...sambil berjual makanan.Aku..tak beli kat drng.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 05:27 PM | Show all posts
tang pasar malam, meniaga kecil2 tepi jalan bukan main keras
tindakan sop, denda bagai.

tang kilang2 gergasi, mall2 pasaraya besar, tokey2 tapak pembinaan dah berkluster2
pon masih bebas beroperasi.

kuarantin dgn darurat hanya atas nama je.  




Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 06:40 PM | Show all posts
pasar malam dah lama buka ada kluster tak?
nak sibuk hiruk pikuk gegak gempita mencipta kluster bazar ramadan

kerajaan dengan penganjur dengan netiJIN kaki viral....semua sama lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 06:42 PM | Show all posts
Lelaki berkenaan menyatakan hanya 200 individu saja dibenarkan memasuki bazar Ramadan dalam satu-satu masa


sbb tu semlm akak ckap dri korang buang masa buang duit bayar fee begolok begadai .. konfirm2 la jualan merudum
baik bukak dekat rumah2 masing tepi jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 08:03 PM | Show all posts
Skuau replied at 18-4-2021 04:18 PM
Definasi jelas ikut sop..yg terpakai kat psr mlm  ni camner??? Sb kat tempat aku..ada lg peniaga yg  ...

Betul, ramai yang masih degil and x ikut SOP sbb xde itam putih katenye.

BTW, the word is definisi, bukan definasi tau. Peace...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa tapak dekat aeon n giant ke. Situ memang selalu penuhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.488208 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list