CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3609|Reply: 16

[Tempatan] Tragedi petang bulan Ramadan : Pemain bola maut dipanah petir

[Copy link]
Post time 18-4-2021 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Pemain bola maut dipanah petir
Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my


Yu Kim (dalam bulatan) disahkan maut serta-merta di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan HKL yang bergegas tiba selepas menerima panggilan kecemasan.

Kuala Lumpur: Seorang pemain pertahanan bola sepak maut dipanah petir dalam satu perlawanan persahabatan veteran antara pasukan UK Lion dan Harimau Division di Padang Bola Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa, Seksyen 5, Wangsa Maju, dekat sini, petang tadi.

Menceritakan detik getir itu, pengadil perlawanan berkenaan Asmadi Shawal Ahmad, 49, berkata dalam kejadian jam 5.22 petang itu, mangsa Lim Yu Kim, 52, berasal dari Sungai Buloh disahkan maut serta-merta di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang tiba selepas menerima panggilan kecemasan.

"Jam 5.05 petang sepak mula permainan. Ketika itu hujan renyai-renyai. Saya tengok jam saya kira-kira 17 minit permainan, tiba-tiba satu panahan petir yang kuat menembak ke arah pagar tinggi pelindung padang yang dibina supaya bola tidak terlepas di kawasan perumahan berdekatan.

"Serpihan petir itu kemudiannya terus menuju tepat ke arah dada mangsa yang menyebabkan kematian serta-merta. Panahan itu menyebabkan jersi dipakai mangsa turut koyak terbakar.

"Dalam pada itu, saya sebagai pengadil tengah yang berada di padang dan lima pemain lain turut rasa gegaran di otak. Paramedik HKL yang datang ke lokasi turut melakukan pemeriksaan terhadap kami termasuk keadaan badan, oksigen serta jantung.

"Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius. Nyarislah petir itu tidak panah secara langsung di padang, jika tidak mungkin saya juga arwah (meninggal dunia)," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, anggaran jarak antara pagar dipanah petir dengan pemain yang meninggal dunia berkenaan adalah kira-kira 50 meter.

Menurutnya, polis sudah membawa mayat mangsa ke HKL untuk bedah siasat manakala lima pemain lain dan seorang pengadil iaitu dirinya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Semua tujuh orang yang terjejas akibat panahan petir. Saya dan enam pemain termasuk si mati. Ini kejadian pertama seumpamanya berlaku dalam hampir 10 tahun karier saya sebagai pengadil," katanya.

Menurutnya, pihak hospital memberitahu jika mereka alami kesan sampingan seperti sukar bernafas, sakit kepala, jantung dan sebagainya, perlu semula ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Kapten (PA) Mazran Mohamed, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.48 petang tadi.

Susulan itu, katanya, seramai 10 anggota serta pegawai menaiki dua kenderaan APM dikejarkan ke lokasi kejadian.

Disiarkan pada: April 17, 2021 @ 9:34pm


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya musim sekarang ni... Hujan renyai pun petir kuat. Matahari terik pun ada bunyi guruh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 05:42 PM | Show all posts
Kalau askar time hujan ni sangat disiplin..rintik2 terus benti latihan masuk kemah. Takut kejadian macamni berlaku dlm pengawasan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2  tengok gambar ingat Cina je, Melayu pun ada. Rajin bersukan tengah2 cuaca tak menentu ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah

bulan pose pun larat lg jd pengadil main bola petang2 hebat
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 06:34 PM | Show all posts
Bulan2 posa musim Covid ni pun gigih nak buat perlawanan persahabatan dah kenapa.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah diucapkan pada keluarga mangsa
Xsangka masih ada match di musin covid, ujan dan di bualan puasa pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni ramai je posa2 pun bersukan..
Training bola, jog, ride beskal santai..
Tp ptg2 la.. nak dekat2 berbuka ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2021 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah. musim skrng mmg cuaca xmnentu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgh musim hujan/kilat tak payah la gatal nak main kat kwsn lapang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah uncle.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim skrg tak menentu. I takot betul.
Langit gelap betul.
Ujan baru nak mula.
Tp guruh dah berdentum

Nak buang sampah kt tong besar, tp lokasi bwh pokok.
Nak amek brg dlm kete, park tepi pokok.
I tawakal je amek brg.
Buang smpah tak beraniii
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
RIP. Kesian pd family dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
First sight of lightning/sound of thunder - seek immediate shelter
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 11:37 AM | Show all posts
Takziah pada keluarga uncle. Musim2 hujan ni takpayah la main bola kat padang nun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la petang tu area KL langit gelap.. hujan renyai2. Guruh kilat. Terkejut time drive nmpak kilat menyambar. Mcm org ambik gambar pakai flash. Xsangka ada yg mati sbb tu..
Salam takziah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.073687 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list