CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1903|Reply: 4

Nabil Ahmad Mohon Diberi Kekuatan Berdakwah Kepada Rakan Artis

[Copy link]
Post time 19-4-2021 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Perubahan pengacara dan pelawak Nabil Ahmad yang kini berhijrah dengan mendekatkan diri kepada jalan Allah semakin diterima ramai.


Namun tidak kurang juga menganggap perubahan Nabil, 38, hanya bermusim memandangkan dia ditugaskan mengacara program keagamaan, N to N bersama rakan selebriti Neelofa Mohd Noor.


Menurut Nabil dia tidak dapat menutup mulut orang daripada berkata-kata namun meminta semua pihak mendoakan dia sentiasa istiqamah dengan penghijrahan tersebut.


  



"Saya hanya minta (netizen) terus doakan saya istiqamah sebab agama ini tidak bermusim. Kalau nak tahu, tawaran mengacarakan program agama ini datang selepas saya berhijrah.


"Kalau dia datang sebelum saya berhijrah, mungkin saya sendiri tak bersedia nak ambil job tersebut sebab bukan mudah nak kendalikan rancangan agama kalau kita tidak ada kefahaman tentang agama itu sendiri.


"Salah satu sebab saya setuju buat program ini kerana nak jumpa ustaz-ustaz hebat agar mereka dapat terus doakan saya istiqamah dalam penghijrahan. Penghijrahan saya bukan bermusim sebab setiap masa sebenarnya kita kena dekat dengan agama," katanya kepada mStar.


Nabil ditemui pada majlis pelancaran kempen Ramadan Raya Jakel 2021 yang berlangsung di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.




  



Tidak seperti kebiasaan selebriti yang sudah berhijrah pasti mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang seni, namun hal ini berlainan pula buat Nabil.


Nabil menganggap ia satu tanggungjawab buatnya untuk berdakwah kecil dalam kalangan rakan-rakan selebriti agar perkara itu dapat dikongsikan bersama mereka.


"Saya tiada persediaan untuk tinggalkan industri hiburan sebab saya ada sedikit rasa nak kawan-kawan artis tahu apa yang saya rasa (bila dah berhijrah).


"Saya minta Allah beri saya kekuatan untuk buat dakwah kecil di kalangan rakan-rakan selebriti. Mereka semua ini baik tapi tiada kejayaan kalau kita tidak ikut sunnah yang dianjurkan oleh Nabi.


"Saya bagi contoh Cristiano Ronaldo baik (suka berbuat amal) tapi selagi dia tak mengucap dua kalimah syahadah, tempat dia bukan di syurga," katanya.




Foto: The Star




Sementara itu berkongsikan tentang aktiviti Ramadannya pada kali ini, bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata dia memperlahankan kerjaya seni bagi memberikan fokus dalam beribadah sepanjang bulan mulia ini.


"Untuk bulan puasa, saya fokus mengaji, baca Al-Quran dan hadiri majlis-majlis agama serta meraikan anak-anak yatim sepanjang bulan ini. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 01:31 PM | Show all posts
Faktor umur

Ko pun da nak masuk 40 dah kena

kurangkan la terkinja2 melawak melagho tu

Senang citer Sedar diri
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada dua jenis manusia berubah. Pertama org lain yg nampak perubahan dia.. kedua dia sendiri bagi tau org dia dah berubah.. jadi pilihla mana satu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosan
MO yg samer
Harap retis stop tunggang agama
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Da berapa benang pasal Nabil dah 'berhijrah'!!!! Lebih baik diam2 je dari pong pang pong pang  pasal nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.099840 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list