CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2959|Reply: 18

[Dunia] Lepas 13 tahun kahwin, suami baru tahu status isterinya dulu bukan anak dara tap

[Copy link]
Post time 21-4-2021 07:41 AM | Show all posts |Read mode
Suami tertipu isteri bukan anak dara
Agensi 40 mins ago

Jakarta: Seorang suami di Makassar tertipu apabila isteri yang dinikahinya 13 tahun lalu bukanlah wanita bujang, sebaliknya pernah berkahwin.

Pada permulaan perkenalan antara Yulian Aprianto, isterinya mengakui belum pernah berkahwin.

Namun rahsia yang disimpan kemas wanita itu lebih sedekad lalu akhirnya terbongkar dan ia mengundang kemarahan si suami.

Detiknews melaporkan, disebabkan berasa tertipu, Yulian nekad menuntut ganti rugi sebanyak 5 bilion rupiah (kira-kira RM1.4 juta) daripada isterinya.

Pasangan itu bernikah pada 2006 dan perbelanjaan perkahwinan ditanggung sepenuhnya oleh Yulian.

Malah, dia turut membiayai kos pendidikan isterinya sehingga wanita itu bergelar doktor.

Wanita itu dikatakan pernah bernikah dengan seorang lelaki bernama Saiye Hanafi pada 1996 iaitu 10 tahun sebelum bernikah dengan Yulian.

Ketika perkenalan, isteri Yulian mengakui masih perawan dan tidak berterus-terang mengenai statusnya.

Yulian juga berasa tertipu dan malu dengan pembohongan yang dilakukan isterinya.

Menurut laporan itu, pasangan itu pada mulanya diperkenalkan ibu saudara sebelum mereka bercinta selama tiga bulan.

Ketika itu, Yulian berada di Jakarta, sementara isterinya di Makassar.

Malah, keluarga wanita itu turut bersubahat kerana tidak menceritakan secara jujur status wanita itu pada awal perkenalan mereka.

Selain itu, keluarga wanita itu juga memberikan keterangan palsu dalam buku akuan pernikahan.

Hakim, Hartoni Pancono yang mengadili kes tuntutan itu mendapati wanita terbabit bersalah kerana memberi keterangan palsu dan dihukum penjara.

"Tertuduh didapati bersalah dan dihukum penjara selama sebulan sembilan hari," kata Hartono dalam penghakimannya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 indon nie
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Hah
Elok lah
Pengajaran buat penipu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
So dapat tak pampasan tu?
Lepas isteri dipenjara, dia dapat pampasan, apa langkah seterusnya? Cerai ke?

Cerita tak lengkap...sinetron baru
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Baper rega tusyen nak jadi doktor?

Malah, dia turut membiayai kos pendidikan isterinya sehingga wanita itu bergelar doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 01:13 PM | Show all posts
Tak hairan kalau kes macam ni pun ada je di tanahair mungkin tak diviralkan je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemana laki dia tak tau bini janda ke ank dara
Masa belum kawin ye la, sedia maklum, bkn bleh cek or test drive
Ni dah kawin 13 tahun br tau tu cemana
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruna ke lelakinya masa kawin tu? Teruna lah kot, kalo tak, mesti dia tau yang isteri dia pernah menjadi isteri sebelum tu.

Kesian pulak kena tipu hidup2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 01:43 PM | Show all posts
sukacactus replied at 21-4-2021 01:36 PM
Cemana laki dia tak tau bini janda ke ank dara
Masa belum kawin ye la, sedia maklum, bkn bleh cek o ...

lelaki tu jenis lurus, pstu sangka baik
kdg2 tkde darah, mgkin pnah cedera masa muda gtu

lagipun famili pmpn tu pn menipu, ptut sumbat skali famili pmpn tu dlm jail
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 02:29 PM | Show all posts
kan ada rawatan pulihkan dara
refer mak bidan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 21-4-2021 01:43 PM
lelaki tu jenis lurus, pstu sangka baik
kdg2 tkde darah, mgkin pnah cedera masa muda gtu


Isshhh! Kesian plak kat si suami
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
terus...bapak yang pilih...janda atau perawan....ngapain lue???
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cost medical course kt indon 200-250k ya..with compounding interest, logik la dia tuntut 1.3juta. Tinggal spenda la wife nk membayor haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak bc.. Tp x kan x de efect.. Kan org kata bila dah kn tebuk dah jd lobos..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 11:42 PM | Show all posts
akibat terlalu obsessed dengan status 'dara' sehinggakan malu mengaku janda macam keji sangat. Mungkin rupa pun tak seberapa kalau macam Angelina Jolie lapan kali janda pun laku ja.

Pompuan tu stands a better chance to be accepted kalau mengaku dari awal walau pun risiko tu ada. Kantoi selepas 13 tahun bila cinta pun dah suam2 kuku sendiri mau ingatlah.

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Janda berhias kot
Pnh bernikah tp belum disetubuhi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2021 02:05 AM | Show all posts
hahahaha makassar... negara asal usul kebanggaan bugis di kepaulauan miskin sana...
berita2 pelik ni mesti dari sana...

ni mesti tak buat ritual pola buka rumah animisme bugis kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 02:08 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-4-2021 03:42 PM
akibat terlalu obsessed dengan status 'dara' sehinggakan malu mengaku janda macam keji sangat. Mungk ...

mungkin sebab pompuan tu muka jongos bugis...
tu yang suami dia marah kot.

dah la sana tu miskin semiskinnya dari malaysia ni dan dari jakarta, sekali labur2 dapat pompuan tak suci,
lepastu jongos dan tak lawa pakej keturunan bugis pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 11:34 PM | Show all posts
bilangan andartu di indonesia lebih tinggi dari malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.075798 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list