CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6997|Reply: 76

[Tempatan] Dituduh sebar kristian,MP Bukit Mertajam nak saman pensyarah UUM

[Copy link]
Post time 21-4-2021 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 21-4-2021 11:58 AM




MP Bukit Mertajam ambil tindakan undang-undang terhadap pensyarah UUM
malaysiadateline.com
Oleh SURI LAILA / April 20, 2021

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff atas tuduhan fitnah.

Sim berkata, beliau mengakui amat terkesan dengan fitnah dan tohmahan berhubung bantuannya yang menghadiahkan sebuah motosikal kepada seorang pemuda ‘rider’ Foodpanda baru-baru ini.

Menurutnya, tuduhan tersebut bukan sahaja merosakkan imejnya sebagai seorang Ahli Parlimen, malah ia jelas bertujuan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama dalam masyarakat.


“Walaupun diminta oleh orang ramai untuk mengambil tindakan, saya tidak buat apa-apa. Namun, beliau pula tidak berhenti-henti membuat tuduhan yang tidak berasas.

“Beliau dengan tanpa rasa kesal juga mencabar saya mengambil tindakan saman terhadap diri beliau.

“Justeru, demi kemaslahatan masyarakat Malaysia dan sebagai teladan kepada semua agar menjaga keharmonian kaum di negara ini, saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Kamarul Zaman Yusoff dan pihak lain yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Sebelum ini kecoh apabila Kamarul memberi peringatan kepada umat Islam supaya berhati-hati menerima bantuan daripada “mubaligh Kristian”

Ia susulan tindakan Sim yang membantu seorang pemuda dengan menghadiahkan sebuah motosikal dan menjadi tular di media sosial.

Sim sebelum ini turut melahirkan rasa sedih kerana apa yang dilakukannya itu dijadikan isu perkauman dan agama susulan tindakan Kamarul.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 10:52 AM | Show all posts
Prof kangkung UUM ni takde keje lain ke...asyik duk komen pasal benda politik jer dari dulu...g la mengajar, buat research yang berguna ker.... sia2 kerajaan duk bayar gaji
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 10:52 AM | Show all posts
Edited by Abahmung at 21-4-2021 01:03 PM



Mengapa perlu api-apikan sentimen kaum, agama di saat rakyat sedang susah?
Malaysiadateline.com
Oleh NASUHA RAHMAN/April 19, 2021

Mengapa perlu mengapi-apikan sentimen kaum dan agama, soal Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim apabila bantuan yang beliau sampaikan kepada rakyat di kawasannya cuba dikaitkan dengan isu perkauman.

Menurut Ahli Parlimen DAP itu, rakyat sudah susah dan cukup merana kerana COVID-19 sehinggakan ramai yang hilang pekerjaan, gaji dipotong malah ada perniagaan sudah ‘gulung tikar’.

“Dulu mereka kecam Dato’ Lee Chong Wei kerana menderma laptop kepada anak-anak orang susah melalui program anjuran pejabat saya, sekarang ada yang nak heret isu kaum dan agama dalam soal kebajikan.

“Orang politik yang sudah ada kuasa, mengapa masih mahu membakar negara dengan isu kaum dan agama? Mengapa mereka bersungguh-sungguh nak pecah-belahkan rakyat Malaysia?” soal beliau.

Tugas sebagai wakil rakyat bagi Steven Sim dia perlu membantu rakyat susah tanpa mengira kaum dan agama.

“Kadang kala, orang susah luar kawasan datang, saya tak sampai hati nak tolak, saya bantu juga sedaya upaya setakat yang mampu.

“Saya bantu bukan kerana saya hebat atau kaya – ramai lagi yang jauh lebih hebat dan pandai daripada saya.

“Jauh sekali keluarga saya boleh dianggap sebagai kaya. Tapi semua ini saya buat demi menunaikan amanah berat yang telah diberi,” ujarnya.

Beliau sedih apabila ada tuduhan mengatakan beliau hanya membantu Cina sahaja, Melayu sahaja.

“Sungguh sedih mengapa masih ada pandangan begini. Orang yang saya bantu, ada Cina, Melayu, India bahkan saya tak pernah tanya orang yang dibantu itu kaum apa, agama apa, parti politik apa,” katanya.

Apa yang menyedihkan lagi ada yang mengatakan beliau mempunyai agenda agama yang mengaitkan agama yang dianutinya.

“Mengapa perlu libatkan agama saya? Bagiku agamaku, bagimu, agamamu. Harapan saya ialah, yang Islam jadi Muslim yang lebih baik, yang Kristian jadi Kristian yang lebih baik, yang Buddha jadi Buddha yang lebih baik, yang Hindu jadi Hindu yang lebih baik, kita semua jadi manusia yang lebih baik, nescaya Malaysiaku aman sentosa,” katanya melalui facebook.


Fitnah dan cemuhan yang dilemparkan kepadanya tidak sekali-kali menyekat khidmat beliau kepada masyarakat.

“Saya tetap akan bantu semua tak kira kaum dan agama. Ini ikrar saya dulu semasa dipilih sebagai wakil rakyat.

“Kalau saya gagal, saya tidak berani berdepan rakyat nanti. Lagi menggerunkan, kalau saya gagal, saya akan terkelu di depan Tuhan yang akan menyoal segala perilaku atas amanah yang dipertanggungjawabkan,” katanya.

Semenjak Steven Sim menyantuni seorang ibu tunggal Melayu Islam dengan menyediakan sebuah rumah yang selesa selepas dihalau keluar rumah kerana tidak membayar sewa, beliau mendapat perhatian ramai malah ada yang memuji tindakan drastik beliau menolong ibu tunggal terbabit.

Bukan itu sahaja, beliau turut membeli sebuah motorsikal kepada seorang pemuda Foodpanda berbangsa Melayu yang sebelumnya hanya berbasikal.

Ekoran itu ada pihak telah membanding-bandingkan bantuan yang diberikan Steven Sim dengan bantuan yang diberikan oleh Ahli Parlimen berbangsa Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mende ni terpulang kpd penerima...kalo ada 'rasa was2'...xyh la terima..untuk elakkan 'kontroversi'.Kalo rasa orng yg bg tu ikhlas..amik dan ucapkan timekasih...tanpa perlu menyentuh kaki dia().
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 11:06 AM | Show all posts
Wayang opera cina memang gitu

bila tersepit je guna mahkamah

padahal nak play victim je

sama je semua cina DAP
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib laa aku tak jumpa lagi bangsa cina buat grabfood ngan basikal...maksud aku bangsa cina yang muda mudi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2021 11:10 AM | Show all posts
dizekni replied at 21-4-2021 11:06 AM
Wayang opera cina memang gitu

bila tersepit je guna mahkamah

masa cina dapig tabur 30 ringek e-wallet dulu kenapa tak timbul isu kristianisasi??
masing2 berebut je balun.


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 11:11 AM | Show all posts
mikasa replied at 21-4-2021 11:08 AM
Nasib laa aku tak jumpa lagi bangsa cina buat grabfood ngan basikal...maksud aku bangsa cina yang mu ...

motor ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 21-4-2021 11:08 AM
Nasib laa aku tak jumpa lagi bangsa cina buat grabfood ngan basikal...maksud aku bangsa cina yang mu ...

Sbb BBNU kaum suci pemalas nak mampos.. bukan aku cakap, makbapak depa yg just merungut..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 11:15 AM | Show all posts
Kita tunggu siapa pulak Melayu yang jadi mangsa opera cina DAP

rara dah

adik grab kayuh beskal dah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun gambar2 nya stok posing2 feeling candid pun , namun bagi i dia dah buat benda yg baik dgn membantu org susah. Patut di puji.
Untuk nak tuduh itu dan ini amatla tak wajar melainkan ade bukti , saksi dan pengakuan dr org yg terima bantuan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 22-4-2021 08:23 AM

Propesor hamPAS ke ni..patutla research ipta kat msia ni x ke mana sbb kualiti prof sampah sebegini..mcm dah xde keje lain selain memecahbelahkan masyarakat..org camni x layak panggil prof,buat malu kaum profesor jah

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi la bukti lenkali..tu memg keja mp..dia buat keja dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 12:17 PM | Show all posts
mikasa replied at 21-4-2021 11:08 AM
Nasib laa aku tak jumpa lagi bangsa cina buat grabfood ngan basikal...maksud aku bangsa cina yang mu ...

Area setapak byk je yg rider grabfood guna basikal atau skuter kecik tu..x kira bangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tolong salah..x tolong salah.
bila yg tolong bangsa lain..jadi isu
bila bangsa lain x tolong pn jadi isu..
mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa tuduhan tanpa asas dan tak henti2 tu?


“Walaupun diminta oleh orang ramai untuk mengambil tindakan, saya tidak buat apa-apa. Namun, beliau pula tidak berhenti-henti membuat tuduhan yang tidak berasas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 21-4-2021 11:06 AM
Wayang opera cina memang gitu

bila tersepit je guna mahkamah

Kalau begitu Bumiputra Melayu Islam yg.terima bantuan tu bersubahat juga lah, sebab ikut berlakun wayang opera Cina Dapig kuminis
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanpa dia sedari, prof. Kamarul ni turut menghina bangsa Melayu Bumiputra Islam,  sebab murahan sangat sanggup terima apa saja dari gerakan Kristianisasi ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 12:36 PM | Show all posts
sudah memang tugas dia sebagai MP......jadi sepatutnya  dia goyang kaki..kumpul harta ..cam gitu sja ka?..sikit sikit guna agama untuk menjatuhkan orang lain....hati busuk
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 21-4-2021 11:08 AM
Nasib laa aku tak jumpa lagi bangsa cina buat grabfood ngan basikal...maksud aku bangsa cina yang mu ...

Area i ada food panda budak cina bawa basikal... Melayu yg tak pernah jumpa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.070230 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list