CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1350|Reply: 4

Mora tempelak sikap pemain TFC

[Copy link]
Post time 27-4-2021 11:07 AM | Show all posts |Read mode

MORA mendakwa pemain-pemain TFC sengaja membazirkan masa untuk mengganggu rentak JDT.

Mora tempelak sikap pemain TFC

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas skuad kendaliannya tewas buat pertama kali pada musim ini di tangan Terengganu FC (TFC) sekali gus rekod tanpa kalah mereka sejak 2019 lebur.

Tersentak dengan kekalahan itu, Mora tampil menempelak pasukan lawan yang disifatkan tiada semangat kesukanan apabila menggunakan pelbagai helah untuk menewaskan JDT.

“Setelah memperoleh gol, mereka menggunakan pelbagai helah termasuk taktik membazir masa dan menjatuhkan diri di atas padang. Saya rasa itu arahan diterima pemain lawan setelah mereka sedar tidak mampu mengekang asakan JDT.

“Saya tak suka dengan stra-tegi seperti itu, ia merosakkan ke-indahan perlawanan bola sepak. Mereka tidak menunjukkan semangat kesukanan yang sebenar dan ini boleh fahami apabila mereka tak mampu menyaingi JDT.

“Penjaga gol lawan rebah lima kali disebabkan mengalami kekejangan. Bagaimana dia boleh mengalami kekejangan sedangkan dia tidak banyak bergerak sepanjang perlawanan, ini tidak masuk akal,” katanya.

Kali terakhir pasukan Harimau Selatan itu tewas adalah ketika ditundukkan Petaling Jaya City FC 0-1 dalam perlawanan Liga Super di tempat sendiri pada 16 Julai 2019.

Pengendali kelahiran Mexico itu berkata, taktikal pasukan pelawat yang banyak bertahan di kawasan sendiri menyukarkan skuad Harimau Selatan mendapatkan jaringan selain ketumpulan penyudah.

“Kami kalah kepada pasukan yang bertahan sepanjang perlawanan dengan 11 pemain berada di kawasan mereka sendiri. Ini menyukarkan kami untuk mencipta gerakan.

“Bagaimanapun, kita masih mampu mencipta peluang, namun tiada sentuhan penyudah yang baik untuk melakukan jari-ngan,” jelasnya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
nada berbeza antara kalah dan menang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu dunia main mcm tu mora oii.. Bila team ko ketinggalan ko ckp mcm tu. Bila team ko leading, ko buat mcm tu x pe plak.. Dgn fairplay haram x de..  Ko lupa ke mcm mana team ko lewatkan permainan time lawan sabah utk piala fa/malaysia?? Sampaikan izham termizi si goalkeeper x semena mena bukak kasut tanpa sebab, so x bleh nk ikat balik sbb pkai glove,  then mnta pertahan tolong ikat.. Tu mcm gampang pny gameplay ke mora??

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang team lain main mcm final bila lawan jdt.. Tapi lain pulak jadinya bila lawan tfc baru ni, smpaikan farizal marlias pon trun utk corner.. Sapa yg main mcm final ni??  Hahaha..... Jdt noob..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 01:04 PM | Show all posts
Ni namanya sembang kencang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.128661 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list