CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1796|Reply: 1

Perlumbaan pecutan tarikan baru F1

[Copy link]
Post time 27-4-2021 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Perlumbaan pecutan tarikan baru F1



Paris: Formula Satu bersetuju dengan cadangan mewujudkan tiga perlumbaan pecutan pada hari Sabtu dengan mata kejuaraan diberikan kepada tiga pelumba terpantas.

Ia perubahan terkini bagi menambahkan lagi debaran di atas litar pada perlumbaan hujung minggu.

Grand Prix (GP) British di Silverstone, GP Itali di Monza dan GP Sao Paulo bakal menjadi venue untuk tiga perlumbaan pecutan itu.

Keputusan pelumbaan meliputi 100km itu akan menentukan petak Grand Prix yang akan kembali berlangsung dengan perlumbaan penuh seperti biasa pada Ahad.

Ketua Formula Satu, Stefano Domenicali berkata: "Kami gembira dengan peluang baharu ini yang boleh menarik minat penonton lebih teruja menonton perlumbaan hujung minggu tahun 2021.

"Menyaksikan pelumba bertarung selama tiga hari pasti memberi pengalaman menakjubkan dan saya yakin pelumba menghargainya.

''Saya juga gembira semua pasukan menyokong perlumbaan ini dan ia sebagai bukti usaha bersama kami menarik minat penonton dengan cara baharu namun tetap komited mengekalkan tradisi dalam sukan ini."

Presiden FIA, Jean Todt mengalu-alukan langkah terbaru F1 bagi memeriahkan lagi perlumbaan yang mendapat sokongan penuh 10 pasukan.

Katanya: "Saya bangga dengan F1 yang mencari kaedah baru bagi menambah daya tarikan perlumbaan pada hujung minggu. Ia akan menjadi kenyataan hasil kerjasama FIA, Formula Satu dan semua pasukan.''

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2021 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ok la....dh ada 'acara 100 m'...x la boring sgt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.274259 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list