CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1370|Reply: 1

[Sarawak] Sekolah di zon merah di Sarawak hanya dibuka semula 14 Jun

[Copy link]
Post time 29-4-2021 08:01 AM | Show all posts |Read mode



KUCHING: Lebih daripada 1,000 sekolah di zon Merah COVID-19 di Sarawak yang ditutup sejak 20 April dan hanya akan dibuka semula pada 14 Jun ini, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong.


Menurut Manyin, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menyatakan keputusan untuk terus menutup sekolah kerana hanya tinggal lima hari lagi sesi persekolahan sebelum sekolah memulakan cuti Hari Raya Aidilfitri, iaitu dari 8 hingga 16 Mei.
Katanya para pelajar sepatutnya kembali ke kelas pada 3 Mei ini selepas diarahkan tutup selama dua minggu oleh kerajaan negeri bagi membendung rantaian jangkitan COVID-19 di sekolah-sekolah khasnya di kawasan Zon Merah.
Beliau memberitahu keputusan itu dibuat Radzi semasa mesyuarat secara dalam talian pada Selasa, yang juga dihadiri Timbalan Ketua Menteri juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Radzi turut membuat pengumuman pada Isnin (26 April) bahawa pengajaran dan pembelajaran akan diadakan dalam talian selama dua minggu selepas cuti Hari Raya iaitu dari 17 hingga 28 Mei.

Ia kemudian disusuli cuti pertengahan selama dua minggu pada hari berikutnya iaitu 29 Mei dan bermakna sekolah yang terjejas di Zon Merah di negeri ini akan ditutup sehingga 13 Jun.
Sehubungan itu kata Manyin, ia akan menjadi cuti panjang kepada 372,433 pelajar dan 30,435 guru di 863 sekolah rendah dan 146 sekolah menengah yang ditutup.
"Semasa cuti panjang ini, kementerian saya akan bertemu dengan Jabatan Pendidikan Negeri, JPBNS dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk membincangkan apa langkah wajar seterusnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau memberitahu langkah seterusnya adalah dengan mengikuti senarai panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah disediakan tetapi disesuaikan dengan keadaan di Sarawak.
Mengulas mengenai perbincangan dengan Radzi, Manyin mengatakan KPM telah menyarankan agar Sarawak mempertimbangkan untuk menerapkan dasar menutup sekolah sekurang-kurangnya dua hari apabila satu kes positif dilaporkan.
"Sementara kita tidak mahu mengambil risiko dan menutup semua sekolah di kawasan zon merah walaupun tiada kes jangkitan dilaporkan di sekolah, KPM terus mengamalkan dasar bahawa jika ada satu kes positif dilaporkan, sekolah perlu ditutup selama sekurang-kurangnya dua hari.
"Itu garis panduan yang mereka (KPM) mahu kita pertimbangkan," katanya sambil menjelaskan satu hari diperlukan untuk melakukan sanitasi serta menilai keadaan.
Penutupan juga bergantung kepada laporan daripada pegawai Kesihatan Daerah.
Manyin memberitahu Radzi meminta Sarawak untuk mempertimbangkan dasar KPM sebagai langkah seterusnya selepas 28 Mei, kerana beliau bimbang mengenai penutupan sekolah terlalu panjang di kawasan kes jangkitan tinggi, dimana pelajar mungkin ketinggalan pelajaran sehingga setahun.
Meskipun Sarawak telah menjelaskan peningkatan kes semakin teruk jika sekolah tidak ditutup, Manyin berkata apa yang dinyatakan Radzi adalah benar kerana beliau prihatin terhadap penutupan sekolah yang lama menjejaskan pendidikan pelajar.

kredit : utusan borneo 28/04/2021


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2021 08:03 AM | Show all posts
Penutupan sesi persekolahan bersemuka dilanjut ke 10 Mei



KUCHING: Penutupan institusi pendidikan awam dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk sekolah antarabangsa di negeri ini dilanjutkan untuk tempoh tujuh hari lagi sehingga 10 Mei.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata keputusan ini dicapai selepas perbincangan dengan KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).

Keputusan ini katanya adalah susulan daripada pengumuman sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada 26 April lepas.

“Selepas JPBNS mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan KPM serta JPNS, maka persetujuan dicapai untuk melanjutkan tempoh penutupan institusi pendidikan di bawah KPM dan semua institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM termasuk sekolah antarabangsa seperti yang diumumkan pada 19 April 2021 mulai 4 hingga 10 Mei 2021.

“Dalam tempoh tersebut kaedah PdPR masih diteruskan seperti yang dilaksanakan sebelum ini dan pelajar tingkatan enam yang sedang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 3 (Gantian) dibenarkan hadir ke sekolah sehingga 27 Mei 2021,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan pembinaan Hidroelektrik Baleh, Putai, Kapit mulai 26 April hingga 23 Mei 2021.

Manakala PKPD dilanjutkan bagi empat lokaliti iaitu Rh Japam, Sg Lemayong dan Rh Johnson, Sg Rian, Jalan Pakan dan Rh Junis, Sg Kelupu di Bintangor, Sarikei (27 April hingga 10 Mei 2021) dan Rh Bajak, Nanga Semawang di Julau (28 April hingga 4 Mei 2021).

kredit : utusan borneo 28/04/2021
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.790067 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list