CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48348|Reply: 458

Produk kena ciplak, Khairulaming frust sampai tak tidur malam

  [Copy link]
Post time 29-4-2021 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maxim at 30-4-2021 04:09 PM


NAMA Khairulaming sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.


Selain terkenal dengan video masakan sempoi dengan tagline 'Hey what's up guys', jejaka ini juga menjadi sebutan ramai kerana produk Sambal Nyet keluarannya yang laku keras!

Bayangkan, produk sambal jenama sendiri yang dilancarkannya pada Januari lalu laris terjual di platform Shopee sebanyak 10,000 botol dalam tempoh 54 minit sahaja!

Lebih menakjubkan, Khairulaming berjaya mencatat angka jualan Sambal Nyet sebanyak lebih RM1 juta dalam tempoh tiga bulan!

Dek kerana sambutan yang cukup hangat, ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan cuba menghasilkan dan menjual sambal palsu menggunakan nama Sambal Nyet.

Menulis di Twitter, Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut, apatah lagi sudah lebih 700 botol sambal palsunya terjual.



Perkongsian Khairulaming di Twitter mengenai tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menciplak sambalnya.

"Lately aku pelik kenapa ada customer DM aku cakap sambal berbuih tapi bila aku tengok gambar botol and postcard, ada macam something tak kena.

"Macam lain design dan rupa sambal. Dan kami kemudian mengenal pasti mereka membeli dari 'Masturaaliyah' yang mendakwa dirinya sebagai reseller.

"Aku baca review kat Shopee dia dan ramai bagi satu star sebab sambal basi, berair, pecah dan bau busuk. Untuk kumpul bukti, aku mintak kawan aku beli sambal ni dari dia dan memang betul ni sambal tipu," tulisnya.

Menurut Khairulaming, sambal palsu tersebut menggunakan nama dan label yang seakan sama dengan Sambal Nyet namun menerusi pemeriksaan teliti, terdapat beberapa ciri yang nyata berbeza daripada sambal original.




Perbezaan di antara Sambal Nyet asli (kiri) dengan sambal yang diciplak (kanan).


"Pertama, sticker yang dia guna ni basically sticker yang dia scan dari sticker original dan cetak balik. Kedua, postcard guna font tak sama.

"Ketiga, ni yang paling aku disgusted (jijik). Tekstur sambal langsung tak sama. Aku tak tahu apa dia letak tapi sambal ni bau minyak goreng ikan yang busuk dan cili dah macam keladak.

"Aku pun frust juga bila customer yang beli dengan reseller ni datang kat aku untuk minta refund sebab sambal basi. Apabila tanya nombor pesanan Shopee, baru mengaku beli dengan reseller.


"Aku sampai tak tidur malam frust dan cuba nak trace balik root cause kat mana silap aku," ujarnya.

Untuk mengelakkan kes yang sama berulang, Khairulaming menasihati orang ramai yang berhasrat untuk merasai Sambal Nyet agar berhati-hati dan tidak membeli produk tersebut daripada 'reseller'.

Tambahnya, dia sudah membuat laporan polis pada Rabu dan akan mengambil tindakan undang-undang selepas ini memandangkan tindakan tersebut boleh memberi kesan jangka panjang kepada perniagaannya.




Khairulaming menasihati orang ramai yang ingin mendapatkan sambalnya agar membeli daripada saluran yang sah.


"Oleh itu perhatian kepada Masturaaliyah (Heauty Legacy) yang bernombor telefon 019-682XXXX di alamat No XX Mutiara Anggerik, Jalan Tukul N15,40200 Shah Alam, this tweet is for you.

"Jangan la khianat orang macam ni, makan duit haram dengan menipu. Aku takut orang yang beli tu keracunan makanan makan benda mengarut macam ni.


"Sesiapa yang beli dari dia minta check balik sambal yang anda dapat. Aku merayu jangan beli dari reseller. Selagi beli dari reseller selagi tu orang macam ni akan wujud," katanya lagi.

Sehingga kini ciapan tersebut meraih lebih 42,000 retweet.

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2021 05:10 PM | Show all posts









This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam ni ke rupa Khairul Aming yang korang sebut2. Dok bayangkan dia ni kurus tinggi ha ha ha. Tak pernah tgk video dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 04:53 PM | Show all posts
retis keeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 29-4-2021 08:55 AM

Dah settle dah pun. Pompuan tu dtg minta maaf, byr balik kos & buat report polis. Hebat gak KA ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes dh setel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 29-4-2021 04:54 PM
Dah settle dah pun. Pompuan tu dtg minta maaf, byr balik kos & buat report polis. Hebat gak KA ni

beliau grad us...hebat tu mgkin x...tapi cerdik dan ikut cara sebetul nya...
bkn mcm claim harimau kentut
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak xpenah dpt beli sambal dia.. Nk tau jugak.. Ap rs dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2021 05:14 PM | Show all posts
aku pernah tgkkat shopee  reseller jual Sambal nyet harga RM56

gila punya harga

ni reseller yg sempat rembat sambal nyet ori lah  bukan jual yg ciplak

aku tak pernah dapat beli sambal sbb asyik sold out memanjang tp aku pelik bila ada org sanggup beli rega camtu

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 05:16 PM | Show all posts
mclaren replied at 29-4-2021 04:53 PM
Macam ni ke rupa Khairul Aming yang korang sebut2. Dok bayangkan dia ni kurus tinggi ha ha ha. Tak p ...

aku tgk gambar masa dia study di US dulu cute gak lah masa tu


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 29-4-2021 05:16 PM
aku tgk gambar masa dia study di US dulu cute gak lah masa tu


Brp umur dia ni...

Pernah bekerja makan gaji ke sebelum buka food biz? Single ke dah kahwin? Eh banyak pulak soalan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 05:21 PM | Show all posts
grad US rupanya.. patut la senonoh dari retis2 and instabodo2 melesia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 05:24 PM | Show all posts
kasihan kaka sarah82 kalau shopping kt lazada tiada sambal sedap, moga dia beralih ke shopee.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 05:26 PM | Show all posts
mclaren replied at 29-4-2021 05:18 PM
Brp umur dia ni...

Pernah bekerja makan gaji ke sebelum buka food biz? Single ke dah kahwin?  ...

aku baca dia ex Petronas

single

umur awal 30 an kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 29-4-2021 04:54 PM
Dah settle dah pun. Pompuan tu dtg minta maaf, byr balik kos & buat report polis. Hebat gak KA ni

KA terang2 tulis cakap nak saman..gelabah bubis la penipu tersebut..kelam kabut mintak maaf tapi bagus KA tak maafkan buta gitu je..at least ada tindakan siap report polis, video bagai

respect KA tak perlu viral marketing murahan bagai, straight to point, settle terus.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 29-4-2021 05:18 PM
Brp umur dia ni...

Pernah bekerja makan gaji ke sebelum buka food biz? Single ke dah kahwin?  ...

Kerje pet dlu sis,  die grad uni vanderbilt dlu. Belum kawen,  org sskjp hahaha. Umur die xsilap 30 ke 31 mcm tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw semedang sold out sambal die eh,  walaupun tercongok dpn shoppee. Last2 giv up lah aku,  xkuasa nk tgu pastu tibbah dh sold out.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
nipskacang replied at 29-4-2021 05:30 PM
Kerje pet dlu sis,  die grad uni vanderbilt dlu. Belum kawen,  org sskjp hahaha. Umur die xsilap 3 ...

Oh budak vandy ke.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2021 05:33 PM | Show all posts
MeghanK replied at 29-4-2021 05:28 PM
KA terang2 tulis cakap nak saman..gelabah bubis la penipu tersebut..kelam kabut mintak maaf tapi b ...

nsb baik la musim kene pakai mask so ada la alasan xnk bg nmpak muka x tau malu tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada org cakap sambal dia xsedap..manis..sib baik xbeli..i xske sambal manis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.117446 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list