CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1309|Reply: 3

[Sarawak] Covid-19 29/04/2021

[Copy link]
Post time 30-4-2021 12:11 PM | Show all posts |Read mode
522 kes baharu COVID-19 dengan dua kematian di Sarawak


KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 522 kes baharu COVID-19 dengan sebanyak 77 peratus kes tertumpu di Daerah Bintulu, Sibu, Kuching dan Kanowit.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan hari ini berkata, daripada jumlah itu daerah Bintulu merekodkan kes harian tertinggi iaitu 140 kes.
Sementara diikuti daerah Sibu (96), Miri (69), Kuching (58), Kanowit (40), Selangau (15), Sri Aman (15), Serian (13), Kapit (13), Mukah (9), Lundu (7), Song (6), Bukit Mabong (6), Pakan (5), Bau (5), Saratok (4), Betong (4), Sarikei (4), Matu (4), Julau (3), Daro (2), Samarahan (2), Tanjung Manis (1) dan Limbang (1) dan ia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 29,899 kes.
''Hari ini terdapat dua kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dan ia menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan di negeri ini meningkat kepada seramai 173 orang.

''Kematian ke-172 melibatkan wanita berusia 90 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri di rumah oleh ahli keluarga dan telah dibawa ke Hospital Kapit pada 26 April 2021.

''Saringan ujian rT-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID19 pada 26 April 2021 dan kes disahkan meninggal dunia pada 26 April 2021,'' katanya.
JPBNS berkata kes juga mempunyai sejarah strok dan penyakit darah tinggi dan kematian ini dikategorikan sebagai Brought In Dead (BID).
Manakala kematian ke-173 melibatkan wanita berusia 47 tahun yang telah dikesan positif rT-PCR COVID-19 pada 22 April 2021 hasil pengesanan aktif kes (ACD) di kawasan berisiko tinggi.
Katanya kes telah dimasukkan ke sebuah pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) dan kes secara tiba-tiba mengalami batuk kuat dan tidak sedarkan diri.
''Kes terus dirujuk ke Hospital Bintulu pada 28 April 2021 dan keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 28 April 2021.
''Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia,'' katanya.
Mengenai kes baharu hari ini jawatankuasa memaklumkan daripada 522 kes baharu yang dilaporkan, seramai 42 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
Manakala, seramai 453 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

kredit : utusan borneo 29/4/2021






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2021 12:14 PM | Show all posts
Lebih 80,000 telah divaksin COVID-19 di Sarawak




KUCHING: Sejumlah 86,491 individu seluruh Sarawak telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 setakat 28 April, kata Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing (gambar).


Daripada jumlah itu, 52,960 individu juga telah menerima dos kedua, katanya ketika dihubungi Borneo Post, hari ini.
Dr Chin berkata terdapat juga individu menolak vaksinasi dan juga mereka yang bersetuju untuk diberi vaksin tetapi gagal untuk tampil mendapatkan vaksin.
Beliau bagaimanapun katanya tidak mempunyai angka yang relevan mengenai perkara berkenaan.

Di Sarawak fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri telah bermula di Sibu pada 19 April.

Fasa ini, yang dijadualkan selesai pada 30 April adalah mensasarkan golongan berisiko tinggi iaitu mereka yang mempunyai penyakit kronik dan warga emas berumur lebih daripada 60 tahun.
Seramai 929,435 orang disasarkan untuk menerima vaksin bagi fasa ini.
Sebanyak 13 Pusat Vaksinasi telah ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan di bawah PICK yang dilancarkan pada penghujung Februari lepas.
Sarawak mensasarkan untuk memberikan suntikan vaksin kepada seluruh penduduknya menjelang Ogos tahun ini.

kredit : utusan borneo 29/04/2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 12:17 PM | Show all posts
Enam kluster COVID-19 baharu di Sarawak






KUCHING: Enam kluster jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini dengan tiga daripadanya di daerah Kuching dan masing-masing satu di Lundu, Bau dan Miri.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata tiga kluster di Kuching ialah Kluster Tabuan Jaya, Kluster Taman Pelita dan Kluster Tabuan Melayu.
Manakala tiga lagi kluster lain ialah Kluster Durin, Bau, Kluster Sileng Dayak, Lundu dan Kluster Sains Bakam, Miri.
“Kluster Tabuan Jaya dikesan melibatkan sebuah sekolah menengah di Tabuan Jaya dengan kes indeks merupakan pelajar lelaki berumur 16 tahun dari sekolah tersebut yang dikesan melalui saringan bergejala pada 16 April 2021.

“Kes mempunyai sejarah merentas zon balik ke Sri Aman sebelum masih ke asrama pada 5 April 2021.

“Sejumlah 252 individu disaring dimana 22 kes positif dalam kalangan pelajar dan kakitangan sekolah termasuk kes indeks, 225 kes negatif dan 5 kes menunggu keputusan makmal,” katanya.
Kluster Taman Pelita di Jalan Sultan Tengah di sini pula berpunca daripada satu majlis pengebumian pada 14 April 2021.
Kes indeks merupakan perempuan tempatan, 22, yang dikesan melalui saringan bergejala pada 21 April dan siasatan kes penambahan 5 kes positif daripada 82 individu yang disaring, 52 kes negatif dan 24 kes masih menunggu keputusan makmal.
Manakala Kluster Tabuan Melayu dikesan di Kampung Tabuan Melayu dengan indeks kes merupakan lelaki tempatan, 58, yang bekerja sebagai mekanik di sebuah syarikat tempatan di Bintulu.
Kes menjalani saringan pra perjalanan pada 15 April di Klinik Kesihatan Jalan Masjid dan mendapat jangkitan ketika berada di Bintulu antara 3 hingga 9 April dan menjangkiti ahli keluarga serta kontak di kampung.
Sejumlah 66 individu telah disaring dimana 5 kes didapati positif termasuk kes indeks, 52 kes negatif dan 9 kes masih menunggu keputusan ujian makmal.
“Kluster Durin pula melibatkan tempat kerja sebuah restoran makanan laut di Jalan Penghulu Durin, Bau.
“Indeks kes merupakan pekerja perempuan tempatan restoran tersebut berumur 32 tahun yang dikesan pada 15 April 2021 di Hospital Bau.
“Kes telah mendapat jangkitan dari komuniti di tempat kerja dan perebakan jangkitan berlaku melibatkan rakan sekerja dan ahli keluarga kes,” katanya menambah 96 individu disaring dimana 6 kes positif, 70 negatif dan 20 kes masih menunggu keputusan.
Kluster Sileng Dayak pula melibatkan kampung di Sileng Dayak dengan indeks kes merupakan lelaki tempatan, 46, yang dikesan pada 20 April 2021 di Hospital Lundu.
Perebakan jangkitan dipercayai bermula dalam kalangan ahli keluarga melalui perhimpunan keluarga sempena sambutan makan beras baru pada 19 April 2021.
Tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan dimana sejumlah 1,740 individu disaring, 72 kes positif, 1,454 kes negatif dan 214 kes masih menunggu keputusan.
Satu lagi kluster iaitu Kluster Sains Bakam melibatkan sekolah menengah di Jalan Bakam, Miri dengan indeks kes merupakan pelajar lelaki berumur 15 tahun dari sekolah tersebut yang dikesan pada 19 April 2021.
Perebakan kes jangkitan berlaku melalui aktiviti gotong royong pada 5 April 2021 dan melalui aktiviti solat terawih yang dianjurkan pihak sekolah.
Sejumlah 464 individu telah disaring, 17 kes positif termasuk kes indeks, 373 kes negatif dan 74 kes negatif.

kredit : utusan borneo 29/04/2021








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 12:20 PM | Show all posts
Lari dari hospital, lelaki positif COVID-19 didenda



KUCHING: Seorang pemuda yang disahkan positif COVID-19 pada 12 Mac lalu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah melarikan diri daripada Hospital Umum Sarawak (HUS) semasa menjalani pengasingan dan menerima rawatan.

Majistret Zaiton Anuar juga memerintahkan tertuduh, Mohd Azrul Azmi Rahduan, 22, untuk dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki bekerja sendiri itu didakwa telah melarikan diri dari wad kuarantin dan sedia maklum bahawa ia berkemungkinan akan menyebarkan wabak COVID-19 kepada orang lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada 13 Mac lalu, jam lebih kurang 1.30 petang di wad pengasingan penyakit berjangkit di tingkat pertama HUS, di sini.

Berdasarkan keterangan kes, tertuduh didapati positif COVID-19 setelah menjalani ujian swab pada 12 Mac lalu di Klinik Jalan Masjid dan seterusnya ditempatkan di sebuah wad.

Tertuduh bagaimanapun berpura-pura ke tandas pada hari kejadian dan melarikan diri melalui tingkap kecil di dalam tandas tersebut.

Hasil siasatan mendapati, isteri tertuduh menjumpai tertuduh di tepi jalan menghala ke rumah mereka terletak di Kampung Gita Laut, di sini.

Isteri tertuduh juga menyatakan bahawa tertuduh melarikan diri kerana rindukan anaknya.

Difahamkan, tertuduh menyerahkan diri kepada polis setelah dipujuk oleh isterinya.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.077052 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list