CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Punat_button

[Tempatan] Acryl Sani dilantik Ketua Polis Negara baharu

  [Copy link]
Post time 30-4-2021 11:57 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 30-4-2021 11:59 PM
izwan_izi replied at 30-4-2021 09:35 PM
apa pun..kita berharap la..IGP baru ni..

Good Cop for country and warganegara

dia dah tangkap wartawan yang kritik polis
aku rasa ramai lagi yang kena tangkap lepas naik IGP nih.


https://www.facebook.com/abbebul ... ts/4438249062870866

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2021 11:59 PM | Show all posts
https://www.facebook.com/100034714085455/videos/518591819307950/


Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 12:03 AM | Show all posts
apsal shortcut FB forum ni takde keluar apa2 pun?

sebelum ni ok jer.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni pakcik johanis sani or ayah johanis sani tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 1-5-2021 12:40 AM
supernaturalee replied at 30-4-2021 11:49 PM
Conversations ape yg reporter duk gali2 tny die tu
Mcm something wrong je
Klu x xde nye report ...


Kan haritu kecoh psl igp ckp ada kartel dlm pdrm yg cuba jatuhkan beliau,tapi menteri kdn si katak hamzah zainudin tu mati2 x mengaku..now dah kantoi perbualan dia yg campurtangan dlm lantikan pdrm.dia sendiri ngaku tu mmg suara dia..so dakwaan hamid bador ada kartel dlm pdrm tu mmg betul lah

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 12:17 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 1-5-2021 12:18 AM

Polis siasat kes pembaca berita TV

[size=0.8]Oleh Safeek Affendy Razali - April 30, 2021 @ 9:47pmsafeek@bh.com.my

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin




KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata tindakan pembaca berita itu telah menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguat kuasa terutama pasukan PDRM.

"Ini kerana tindakan yang dilakukan PDRM itu adalah berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi tujuan mengekang pandemik COVID-19," katanya kepada BH di Bukit Aman, semalam.

Acryl Sani mengulas insiden seorang pembaca berita yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika membaca laporan berita. Hingga kini kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Laporan berkenaan adalah berhubung kejadian seorang peniaga burger di Kelantan dikenakan kompaun RM50,000 kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Selain Seksyen 504 Kanun Keseksaan, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan lain, Acryl berharap segelintir pihak di negara ini untuk tidak menimbulkan isu fitnah dan kebencian terhadap pihak berkuasa khususnya melalui media sosial.


Acyl Sani menjelaskan anggota polis yang mengeluarkan kompaun hanya menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang.
- Foto NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN


Tindakan sedemikian sebenarnya akan menyebabkan keharmonian antara agensi penguat kuasa terutama pasukan polis dan masyarakat terhakis.
Katanya, masyarakat diminta untuk menghayati kembali prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang dipelajari sejak dari bangku persekolahan.

"Kita berharap supaya masyarakat di luar sana untuk tidak menyebarkan sebarang kenyataan yang tidak berasas di media sosial sehingga boleh menghakis keharmonian antara masyarakat dan agensi penguat kuasa.

"Saranan saya, sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan apa juga tindakan yang diambil oleh agensi penguat kuasa, sila majukan sebarang permasalahan yang dihadapi menggunakan saluran yang betul," katanya.

Polis dan masyarakat adalah saling memerlukan antara satu sama lain dan budaya menularkan perkara-perkara yang tidak berasas berhubung ketidakpuashatian terhadap agensi penguatkuasa semakin hari semakin membimbangkan.

"Saya perhatikan perkara ini seolah-olah menjadi satu 'trending' dan sekiranya tidak diatasi maka kita bimbang ia akan menghakis kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada pihak polis.

"Justeru saya minta kepada semua pihak untuk menggunakan saluran yang betul dan tidak cuba menyebarkan sesuatu perkara tidak berasas atau yang belum diketahui lagi asas kebenaran dan kesahihan maklumatnya," katanya.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/812489/polis-siasat-kes-pembaca-berita-tv?fbclid=IwAR3IRnuSCpbWaPzwVH8eVm6Oq6XSmHM2SV_a6qitXLRDNqKXEwJwXe38qIQ






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2021 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 1-5-2021 12:08 AM
Kan haritu kecoh psl igp ckp ada kartel dlm pdrm yg cuba jatuhkan beliau,tapi menteri kdn si kat ...

Ape nk jd ni

Tu yg die bising plk dlm press conference td tu ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 1-5-2021 12:05 AM
Dia ni pakcik johanis sani or ayah johanis sani tu ke?

Johanis who?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2021 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 1-5-2021 12:18 AM
Ape nk jd ni

Tu yg die bising plk dlm press conference td tu ye

Dah trending pun video pc tu kat utube dgn kecaman bertubi2 para netizen.padan muka..haritu kemain bongkak bgtau pangkat dia lagi tinggi drpd ketua polis negara

“SPP lebih tinggi daripada Ketua Polis Negara dan saya Pengerusi SPP,” kata Hamzah Zainudin




April 12, 2021 11:04 pm

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menafikan penglibatan beliau dalam urusan campur tangan pertukaran pegawai kanan polis.

Beliau berkata, sebarang urusan pertukaran pegawai kanan polis adalah keputusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).

“Saya tidak pernah mencampuri urusan polis, saya minta maaflah kalau ada orang yang mengatakan saya mencampurinya.

“Tapi ini jelas, kerana saya adalah pengerusi SPP kalau ada keputusan yang telah dikeluarkan adalah keputusan SPP, tapi itulah kadang-kadang keputusan ini ada khilafnya ada orang yang kadang-kadan menerima sesuatu keputusan itu dengan cara (maksud) lain,” katanya selepas hadir Program Wacana Meja Bulat bersama Menteri Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

Hamzah berkata demikian, ketika diminta mengulas mengenai isu campur tangan beliau dalam pertukaran pegawai kanan polis.

Apa yang paling penting keputusan itu harus dilihat sebagai keputusan SPP. Betullah saya Menteri, tetapi saya pengerusi SPP.

“Jadi keputusannya adalah keputusan majoriti dan saya sentiasa ikut keputusan majoriti. Daripada saya buat keputusan sendiri, saya rasa elok semua pihak memahami bahawa SPP adalah suruhanjaya yang paling tinggi, kerana ia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri,” katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 30-4-2021 09:48 PM
Tok akhril kata ugutan rap3 yang ain terima dari rakan sebaya tu cuma gurauan

Maruah dan martabat pompuan Melayu tu memang diletakkan ditapak kaki je
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik.. yeke. Aku tertinggal kapal
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
I terkagum dgn namA acryl tu je.hihi
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Babai at 1-5-2021 04:09 AM

Bulan 10 nanti IGP baru ni akan bersara. Lepas tu kasi Ayob Khan naik la terus. Tak payah la sambung kontrak pulak lepas tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 04:02 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 30-4-2021 11:57 PM
dia dah tangkap wartawan yang kritik polis
aku rasa ramai lagi yang kena tangkap lepas naik IG ...

Memang padan pun. Pembaca berita tu bongok sokong melulu peniaga penipu tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 04:05 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 30-4-2021 09:48 PM
Tok akhril kata ugutan rap3 yang ain terima dari rakan sebaya tu cuma gurauan

Ini memang tak sepatutnya berlaku. Memalukan la dia cakap macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 30-4-2021 11:57 PM
dia dah tangkap wartawan yang kritik polis
aku rasa ramai lagi yang kena tangkap lepas naik IG ...

Polis buat salah kiranya dillindungi la ya di bawah naungan ketua polis baru ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2021 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 1-5-2021 12:17 AM

iols setuju je amik tindakan kt pembaca berita tu. dh kenapa ko nk nk tokok tambah perception ko dlm berita. tugas ko baca berita je.terpulang pd penonton utk buat penilaian isi kandungan berita tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-5-2021 12:31 AM
Johanis who?

Bbnu dekat ig
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 30-4-2021 04:01 PM
Acryl tu bad ass bunyinya

Kakyung baca macam arcylic
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-4-2021 04:54 PM
Hari tu kena covid sampai masuk icu. Tak insaf lagi ke?

Masih tak muhasabah dan sedar diri
Tetap nak membongkak dan gilerrr kuasa!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.078983 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list