Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
11431
View
145
Reply

[Tempatan] Tan Sri Hamid Bador Pecah Lobang Perihal Sebenar Muntri Ape Nama Entah

[Copy link]

Author: tumpanglalu74    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-4-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by tumpanglalu74 at 1-5-2021 04:20 PM


https://youtu.be/jIGfY7RU7AA

Screenshot_2021-04-30-20-56-04-69.jpg

KUALA LUMPUR: Jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) perlu diterajui oleh golongan profesional dan bukannya ahli politik, tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Dalam sidang media hari-hari terakhirnya memegang jawatan tersebut, Abdul Hamid berkata, orang politik cenderung untuk menggunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi kepentingan politik dan perkara itu perlu dihentikan.

Malah, beliau mengakui tidak senang dengan tindakan campur tangan Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hamzah Zainudi menyebabkan beliau mempunyai hubungan yang tidak baik dengannya.

"Ini yang patut dihindarkan (campur tangan), tidak boleh seseorang menteri campur urusan kawal selia PDRM.

"Beliau hanya dberikan kuasa untuk tetapkan dasar... apakah hala tuju pasukan, adakah pasukan ini pincang ataupun pasukan ini ada masalah.

"Itu peranan dan tanggugjawab beliau (sebagai Pengerusi SPP), bukannya tentukan siapa CPO (Ketua Polis Negeri) siapa pengarah, peranan beliau sebagai Pengerusi SPP ada hadnya," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini pada Jumaat.

Kata beliau, tindakan ahli politik yang dilihat cuba menguasai SPP dan PDRM akan menyukarkan tugas Ketua Polis Negara dalam mengawal selia PDRM.

Abdul Hamid mendedahkan mengenai campur tangan itu beberapa jam selepas Hamzah mengakui, rakaman audio perbualan mengenai kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam PDRM yang tular sejak beberapa hari lalu merupakan suara beliau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 30-4-2021 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 30-4-2021 09:33 PM


https://youtu.be/r20QMGL5qDA
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:23 PM | Show all posts
bukan ke ada rumour yang tahanan SPRM kena lepas macam tu je. lepas tu orang petik nama dia. so betul lah rumour tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by GigaMom at 30-4-2021 10:55 PM

POlis DiRaja
Tentera DiRaja
Tapi kuasa bawah ahli politik

Sepatutnya ahli2 politik ni kedudukan dia lebih rendah dari jwtn tertinggi setiap jabatan kerajaan.
Sebab ahli politik ni bukan jawatan tetap
Bila2 masa boleh bertukar

Tiba2 naik sebab sokongan sesama mereka sahaja
Bukan spt anggota kerajaan yg berkhidmat dari bawah, dh berpuluh tahun baru naik pangkat.
Naik pangkat ikut kelayakan, ikut akademik, ikut sumbangan.

Alih2 duduk bawah ahli politik
Ada yg lepasan spm
Ada degree x btauliah
Ada yg naik sebab keluarga banyak duit

Jadi menteri dalam tempoh singkat
Jadi menteri dijabatan tertentu bukan bidang kepakaran
Jadi menteri sebab menang pilihan raya
Jadi menteri sebab ada kekosongan dan sokongan dalam politik

Alih2 jadi ketua bidang terjun pembuat keputusan dalam jabatan yg dh ada orang tertinggi yg kerja berpuluh tahun tadi

Harap Malaysiaku masih ada cahaya dihujung terowong
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-4-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 30-4-2021 10:47 PM
Tolong laa buat sesuatu. Gelap masa depan negara ku tercinta


https://youtu.be/T2DCS6985Y4

#DAK
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 30-4-2021 10:54 PM
POlis DiRaja
Tentera DiRaja
Tapi kuasa bawah ahli politik

Setiap pembentukan negara dah jelas ada 3 bidang satu kehakiman dua eksekutif tiga pelaksananaan... polia duduk bawah pelaksana dan menteri duk bawah eksekutip.... masing2 ada had kuasa yg masing2 ada limit tak leh cereboh... betul laa ex igp ni cakap mmg kalu org politik duk main campur tangan kerja polis mmg serabut laa polis nak buat keeja
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 1-5-2021 09:26 PM

Sbb tu kalo menteri katak pengkhianat sembang jgn pecaya..ujung2 kebenaran terserlah jua..betul lah dakwaan ex igp mmg wujud kartel dlm pdrm..

Msia bakal melingkup bila menteri2 hamjad mcm hamzah zainudin,abahcow&Co yg perintah negara ni.

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 06:39 AM | Show all posts
kerabuBiru replied at 30-4-2021 11:08 PM
Setiap pembentukan negara dah jelas ada 3 bidang satu kehakiman dua eksekutif tiga pelaksananaan.. ...

Seperation of power betul ada 3 Legislature, executive dan judiciary. Legislature ya. Bukan legislative. Lain maksudnya.
Maksud legislature ialah the parliament ie dewan rakyat dan dewan negara
Maksud executive ialah the gov. Which consist of ydpa, pm, ministers dan jugak perkhidmatan awam yg lain yg melaksana kerja.
Maksud judiciary ialah kehakiman atau courts. Fed courd etc

Selain dr 3 ni, dalam federal level, ada institusi lain macam polis, agc, land council dan lain2.
Jadi, polis ni termasuk dalam kategori executive iaitu perlaksana undang2. Dan home minister mmg dilantik sebagai chairman komisyen polis.

Ni budak2 law mmg belajar lah dalam fed consti law. Tahun 2 ke 3. Tak ingat. Lama dah.

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 1-5-2021 12:57 AM
true..tak boleh ke rakyat bersatu hati utk hapuskan kebiasaan menteri2 bahlol ni diangkat dr kalan ...

Mungkin sudah tiba masanya
Jawatan menteri diambil alih oleh org2 tertinggi dijabatan masing2

Cth: selepas ketua pengarah pelajaran naik jadi menteri pelajaran. Ketua pengarah setiap negeri masing2 bersaing sesama sendiri. Boleh guna mereka sebagai calon dalam pilihanraya. Selepas menang dh tahu dah dia yg akan jadi menteri KPM.

Bgitu juga jwtn tertinggi dalam pdrm,tentera yg akan bsaing jadi menteri dalam negeri.

Xdelah berulang mimpi ngeri dapat menteri lulusan kulinari jaga keselamatan negara.

Masing2 dh tahu bidang tugas. Bukan baru nak belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Percaya lahhh tanpa tokmid , x mungkin  tokayub dgn ezanee menyerlah dan dipuji puja oleh netizen.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-5-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 1-5-2021 01:03 AM
Sbb tu kalo menteri tebok atap sembang jgn pecaya..ujung2 kebenaran terserlah jua..mmg ada kartel dl ...

IMG-20210501-WA0024.jpg

Jeng3...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-5-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
getarsukma replied at 30-4-2021 09:28 PM
Pakcik tu mmg antara yg terpaling... Out u go.. tgk kalau IGP baru berani game dia..


https://youtu.be/qY2sDnnoa6Q

Genuinely hepi for Acryl bunyinye tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya beberapa org dlm polis yg berani lantang, memang tak kemana lah. Hakikatnya dlm polis ni memang dah membudayakan duit pun. Nak naik pangkat ko bodek lah boss ko dgn duit, belanja main golf sampai ke Indon. Belanja itu ini, bagi hadiah mahal2, collect dr anak2 buah yg anggota yg gaji bape sen lah sangat. Anak buah tak cukup duit, pau lah keje nye.
Ini dah jadik budaya dlm polis.
Siapa yg keje lurus betul xda hanky panky memang sampai pencenlah tak naik pangkat.
Siap cakap dlm polis akademik tak penting, PR yg lagi penting.
Siapa yg ada dlm polis jelah tahu politik keje melobi pangkat ni. Yang keje betul akan tertindas. Yang keje sambil2 ade duit tepi ni lah yg selalu laju je naik pangkat walaupun keje half day. Halfday lagi main golf main basikal. Halal haram keberkatan rezeki mmg tolak tepi jelah diorg ni.
Lepas TS Hamid bersara ni, tengoklah Dato Ayub, Nik Ezanee yg lantang2 ni kemana nasib mereka. Sebab org mcm ni tak di favour pun among bosses pdrm & pak2 menteri juga.
Susahlah nk betulkan kalau dah jadik darah daging mereka. Bukan semua tp yg sikit yg berintegriti tu pun memang kene palam dinafikan hak mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2021 01:13 PM | Show all posts
Umno pula gesa tubuh RCI siasat dakwaan Hamid Bador
Oleh MALAYSIA DATELINE / May 1, 2021


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat segala dakwaan terbuka yang dibuat oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador semalam.

Katanya, RCI perlu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut kerana PDRM adalah agensi penguatkuasa paling penting dan kritikal untuk negara.

TS Hamid Bador membuat dakwaan terbuka. Dia tuduh Hamzah Zainuddin campur tangan kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai yang bermasalah.

Dia juga buat banyak tuduhan lain. Termasuk isu katak yang dikaitkan dengan rasuah.

Hamzah Zainuddin pula tidak menafikan audio mirip suara beliau adalah tulen. Isu pokok yang perlu diselesaikan ialah tuduhan IGP dan butiran dalam audio tersebut, kata beliau menerusi Facebooknya.

Puad juga berkata, siasatan itu mesti didokong kuat oleh pegawai yang profesional dan berintegriti barulah keadilan dan keselamatan terjamin.

Bagaimanapun, Hamid Bador yang mendakwa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Hamzah dicemari oleh unsur politik, maka kredibiliti PDRM turut tercemar.

Apa maksud Hamid Bador, Bahaya sekarang ini. Dia (Hamzah) bawa mesin pengorek buat jalan baru ke?
Apa yang bahaya? Segerakan RCI. Segerakan sidang parlimen, desak beliau.


Semalam, Hamid Bador mendedahkan wujudnya kepincangan apabila Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, menyalahgunakan kedudukannya untuk campurtangan dalam urusan polis.di dalam pasukan PDRM.

Hamid juga membayangkan SPP yang dipengerusikan Hamzah dicemari unsur politik.

Sebelum itu, Hamzah mengumumkan Hamid akan bersara 3 Mei sebagai Ketua Polis Negara dan jawatan itu akan diambil alih oleh timbalannya, Acryl Sani Abdullah Sani.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Panas.                    
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamzah Zainuddin tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongkar lg
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 30-4-2021 09:13 PM
Hamzah Zainuddin tersenyum sinis

Pakcik tu mmg antara yg terpaling... Out u go.. tgk kalau IGP baru berani game dia..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kena covid pun masih celaka lagi si amjad ni.arkitek beli katak.selain jemin, amjad patut dberi fokus.org kuat abhcow ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:30 PM | Show all posts
Aik tiap kali perkara yang sama jugak berlaku

Dah bersara baru nak cerita panjang lebar, nak bongkar

"Saya yg buat itu, ini"


Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:30 PM | Show all posts

hak eleh.... reserve2 pulak, mcm chop parking pakai tuala wanita

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:31 PM | Show all posts
123456 replied at 30-4-2021 09:30 PM
Aik tiap kali perkara yang sama jugak berlaku

Dah bersara baru nak cerita panjang lebar, nak bong ...

tak kisahlah, janji bongkar

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-4-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aliaskotonggo replied at 30-4-2021 09:30 PM
hak eleh.... reserve2 pulak, mcm chop parking pakai tuala wanita

Bini kau ke yang chop parking aritu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tan sri hamid ni kira kali kedua pencen la kn. huntong le boleh 2 kali pencen.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:45 PM | Show all posts
dah dah la tu badol

jo lo jadi beruang sajat jadi kucing?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:48 PM | Show all posts
Edited by Aliaskotonggo at 30-4-2021 09:49 PM
tumpanglalu74 replied at 30-4-2021 09:36 PM
Bini kau ke yang chop parking aritu tu?

bukan bini aku. Tapi menengok cara ko chop topik ni, besar kemungkinan bini kau yg chop parking tu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-4-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aliaskotonggo replied at 30-4-2021 09:48 PM
bukan bini aku.Tapi menengok cara ko reserved thread ni besar kemungkinan bini kau pakai tuala wan ...

Bini aku pake tampon..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak serik2 lagi masuk icu kena covid orang tua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 09:52 PM | Show all posts

sejujurnya aku dan aku percaya org lain pun tak hengen nak tau bini kau pakai apa pun kat bawah tu, takyah beriya sangat cerita kat sini ok
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-4-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aliaskotonggo replied at 30-4-2021 09:52 PM
sejujurnya aku dan aku percaya org lain pun tak hengen nak tau bini kau pakai apa pun kat bawah tu ...

Engkau yang sebut dulu.  Bukan aku..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 10:18 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 30-4-2021 10:14 PM
Engkau yang sebut dulu.  Bukan aku..

kahkahkah...eh, aku sebut tuala wanita je ye, yg ko sampai bukak cerita bini kau buat apa? malu la sikit, satu malaysia baca ni...
baik ko kosentret thread yg kau bukak ni, kalau tak sia2 je chop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list