View: 15525|Reply: 152
|
[Tempatan]
Kasih seorang ibu, wanita tawar gaji kepada mana2 gadis yang sanggup mengahwini
[Copy link]
|
|
Wanita sanggup bayar gaji bakal menantu
Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Pelakon Z (bukan nama sebenar) sedia membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin dan menjaga, mengurus serta membahagiakan anak kembarnya yang juga penghidap autisme, Muhammad Raizal Azrai, 25, atau Azal.
Z*, 51, berkata, ia selepas Azal pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin.
Kembarnya, Muhammad Razil Azrai atau Azil juga menghidap autisme.
"Kalau ada orang boleh jaga dan bahagiakan dia, saya sanggup menggajikannya setiap bulan. Sekarang susah nak dapat orang yang ikhlas. Manalah tahu orang tu tak nak 'free' saja. Ditambah dengan keadaan anak saya yang macam ini, adakah yang sanggup?
"Dia memang nak kahwin dan pernah cakap mengenainya. Sebelum ini ada wanita Indonesia dan cantik orangnya. Namun, sebab dia pakai tudung, Azal tak nak. Dia kata perempuan kalau sudah tua baru pakai tudung.
"Namun, saya jelaskan kepadanya kenapa wanita Islam dewasa kena pakai tudung. Tapi, dia cakap nanti sudah tua barulah pakai dan dia bandingkan pula dengan saya. Saya terdiam dan tak boleh nak cakap apa. Kadang-kadang perjalanan itu sendiri yang akan mengubah kita," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Z*, Azal menghidap autisme tahap sederhana berbanding Azil yang perlu mengambil ubat.
"Azal dalam kategori autisme tahap sederhana. Jadi, dia boleh buat sama saja seperti orang lain. Saya sanggup pergi melamar orang itu jika ada yang betul-betul nak dengan dia. Kadang-kadang kalau anak kita dengan kita, kita nak orang itu fokus pada anak kita.
"Kita kena berkorban juga untuk orang yang sanggup berkorban untuk anak kita. Bagi saya itu tak salah kalau bagi dia gaji sekali pun sebab dia pun nak ada kehidupan dan nak beli apa dia mahukan. Azal juga sudah ada gaji dan caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Saya nak dia ada persediaan untuk masa depan dia," katanya.
Disiarkan pada: Mei 1, 2021 @ 2:38pm
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Errr tapi boleh ke kahwin kalau anak tu autisme?
Takut tengok si kembar bila mengamuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sume slh zz. Yg pergi bw kenduri..tgk video.. Ig etc.. Now dia dh teringin n minta.. Nasib ko la zz.. Dr bg ubat.. Ko degil xnk follow.. |
|
|
|
|
|
|
|
Btw kisah ni dh ada. Katup jela smbung bng sedia ada |
|
|
|
|
|
|
|
Ye La
Pompuan kalo belom tuwe bawah pon boleh freehair ape..
Nostalgia porno awal 90an. Rimbun2an ZZ (bukan nama sebenar)..
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ade kiesahnye dlm board gosip retis |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo da smpi bayar gaji bulan2 bkn wife namanya tu mak cik, tu namanya bibik. Yp bibik tade la buat keje smpi atas katil. Bibik punya wokrking hours pun sama mcm keje opis. Weekend and public holiday x keje. Blh? |
|
|
|
|
|
|
|
realitinya kehidupan sekarang isteri memang berbayar sejak nak kahwin sampai nak masuk kubur
kalau laki miskin dikata biawak
so offer wanita ni takde beza pun cuma dia lebih jujur
|
|
|
|
|
|
|
|
... bayar gaji ? hmmm .. lain macam dah bunyinya ..
apapun saya faham perasaan ZZ ni ...
those yg ada anak istimewa je faham .... |
|
|
|
|
|
|
|
anak beliau helok2 yach takde yang nak offer diri jadi menantu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kahwin dtg dgn tanggungjawab..bukan seks semata2..apakah kebahagiaan yg menanti atau penyiksaan zahir dan batin? |
|
|
|
|
|
|
| |
|