CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 97889|Reply: 793

Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza pulak Dikecam

  [Copy link]
Post time 3-5-2021 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Penyanyi nombor satu negara dihujani kecaman netizen selepas didakwa menjemput beberapa pendakwa bebas dari negeri lain ke majlis tahnik anak lelakinya, Muhammad Afwa baru-baru ini.

Pertikaian tersebut timbul selepas beberapa keping foto memaparkan seorang menteri dan pendakwah bebas terkenal dilihat hadir ke majlis berkenaan yang diadakan di kediamannya pada Khamis lalu.

Difahamkan acara aqiqah sempena kelahiran bayi serta sambutan maulid nabi turut diadakan pada majlis sama.

Susulan daripada foto tular berkenaan, netizen  mempersoalkan bagaimana salah seorang pendakwah yang dipercayai menetap di Terengganu dibenarkan merentas negeri untuk hadir ke majlis berkenaan.

Malah, terdapat juga netizen yang melahirkan rasa terkilan terhadap penganjuran majlis berkenaan disaat semua rakyat Malaysia dilarang merentas negeri selain tujuan kecemasan.

“Itu majlis tahnik sahaja, mengapa dia (pendakwah) dibenarkan merentas negeri?

“Agak terkilan dengan apa yang dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara. Harap ada penjelasan,” tulis netizen dipercayai merujuk kepada Ustaz Azhar Idrus yang turut hadir pada majlis berkenaan.

Rata-rata netizen menganggap pelantun lagu Kuasa Cintamu itu kurang sensitif dengan keluhan orang ramai berkaitan isu rentas negeri. Majlis berkenaan disempurnakan dengan kehadiran ilmuan agama termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

Untuk rekod, pada 18 April lalu, Siti selamat melahirkan Muhammad Afwa di sebuah pusat perubatan di ibu negara. -K! ONLINE

Sumber kosmo









  


  


  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak komen kat ig dia....x leh komen dah..takpe la..dah byk.komen kat porom
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:18 AM | Show all posts
dia ni nak kena learn lesson through hard way kot.. baru nak dok diam2.
mcm dulu2 pakai tutup rambut separuh.. tokK eksiden baru nak pakai tudung penuh...

mentang2 ramai sayang.. fanatik yg obses buta tuli dok bekap..
rilek je dah 2x dia langgar SOP terang terangan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
AshkieLa replied at 3-5-2021 11:18 AM
dia ni nak kena learn lesson through hard way kot.. baru nak dok diam2.
mcm dulu2 pakai tutup rambu ...

Ada peminat yg celik. Ada peminat yg masih setia membekap. Bodoh tak bertepi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:24 AM | Show all posts
tertunggu2 jugak orang hencap pasal event ni dari harituh. akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:25 AM | Show all posts
wow... memang double standard betul la kalau laguni...

minta maaf tok ti, salah tetap salah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Jom kita plak try jemput dr zul tu majlis kita. Tgk dia dtg ke x. Majlis lopak n ct dia dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
masuk sbb nak baca komen backup peminat susahmati acik ni sbb komen2 deme selalunya defensive yg kelakar+cringe

kecewa setakat ni.. hahaha c'mon zoners!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg panggil agamawan beramai ramai ni nak buat ala2 Aurora didoakan pari2 ke apa.. Kalau jemput imam masjid terdekat anak tu tak membesor jadi laki berguna ke? Ke tak makbul kalau imam masjid cabuk je, pebende sehhh perangai... Kt spital dah kena kecam pun nak buat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok t dah karang sekajang penjelasan kat ig dia..mohon jgn #dengkike
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 3-5-2021 12:11 PM
Tok t dah karang sekajang penjelasan kat ig dia..mohon jgn #dengkike

I baca sambil menguap tu pun ambik perenggan first and last je...nasib takde nampak perkataan maaf sbb takut termuntah baca.. Untuk minta maaf dalam situasi yg dah lebih 1 tahun dgn covid ni sangat la sampah ok mcm statement si bimbo nurin ke apa kt thread instafemes n artis langgar sop tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 12:24 PM | Show all posts
bawaku_terbang replied at 3-5-2021 11:31 AM
Jom kita plak try jemput dr zul tu majlis kita. Tgk dia dtg ke x. Majlis lopak n ct dia dtg.

bacakat memes_puaka ada yg reply dia takkan dtg nya pass kat org lain jah


ko sape level dia nk dtg huhh gtu kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri agama ni tak serik2 eh..dah pernah bercovid pun padahal...dia sbg menteri dan org berpengaruh mcm penyanyi bernombor ni tak boleh ke tunjuk contoh yg elok2 kat public???
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni kita semua cuma dilarang miskin.. Kalau ko kaya, ko boleh langgar semua.. Covid pon x ingin dgn org yg kaya.. Dia attack org yg miskin hina..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 pegang baby tu langsung tak pakai glove ke hapa. Lantak la ye, konfident takde covid so boleh la terbangkan SOP.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 01:12 PM | Show all posts
miszclassique replied at 3-5-2021 12:11 PM
Yg panggil agamawan beramai ramai ni nak buat ala2 Aurora didoakan pari2 ke apa.. Kalau jemput imam  ...

Sebab tu nak masuk syurga mesti kaya. Mampu pegi Haji berulang kali.
Pegi Umrah macam balik kampung.
Tiap tahun mampu korban berekor ekor kambing, lembu , unta.
Buat kenduri panggil ahli agamawan yang power2....baby dapat berkat bertingkat2 berlapis2. Bakal jadi manusia luar biasha.






Yang miskin.... nak pegi haji kena tunggu duit pencen.
Hotel di Mekah jauhhhhh dari kaabah. Tak dapat lah sholat 5 kali tiap hari di masjid haram.
Tak mampu nak bina surau atau wakaf masjid....sekadar derma 2 ringgit bila sholat jumaat.
Hanya mampu buat majlis cukur jambul .... itu pun panggil atuk jiran sebelah bacakan doa.



#canyouseethelight



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ctdk dh jawab
Terkesan ler tu

  
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri agama paling tak guna..saat agama islam dihina dia diam membisu. saat artis kayangan kawen dia kemain gigih lg membaca doa, saat artis pencaras teragung beranak dia dtg tahnik kan anak si pencaras..yela takkan datang saja, tentu ada manis2 tu...datang free of charge takla..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecewa sgt dgn ct
Tak kisah ler apa reasons sheols
Benda2 mcm ni skrg amat sensitip
Patut tunjuk empty
Simpan untuk diri sendiri dh ler
Ni nak jugak tunjuk kat socmed
So mendapat ler
Kalau marhein semua nak haram
Golongan kayangan semua halal dan makruh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 01:28 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 3-5-2021 01:12 PM
Sebab tu nak masuk syurga mesti kaya. Mampu pegi Haji berulang kali.
Pegi Umrah macam balik kampu ...

I cannot see the light, the light only untuk golongan kaya raya vvip artist-artist royalties aali politik & keluarga mereka
Anyway, artis-artis ni memang minta dikecam and tak sensitive dengan rakyat marhean ya.
Kot pon dia rasa majlis dia dah ikut SOP sangat (which btw pakai shield bukan SOP ya, still kena pakai mask - correct me if I'm wrong sebab kat tempat aku kena pakai mask juga), kenapa la dia still nak upload kat social media? diam2 dulu kasi reda, 5 tahun lagi baru upload tak leh? Atau beli album old sckool, cuci and simpan gambar dalam album elok2. Orang tak tau, orang tak kecam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.106959 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list