Thank you Allah sebuah lagu yang menggabungkan tiga figura berbeza citarasa. Datin Alyah seorang penyanyi, Cat Farish seorang ‘rapper’ dan Ustaz Haris seorang pelakon/pendakwah bebas yang lebih dikenali dengan panggilan PU Riz.
Thank you Allah diilhamkan oleh Datin Alyah di kala pandemik coronavirus melanda negara. Setahun yang lalu, industri seni kreatif amat sendu, tanpa acara, kurang persembahan dan ramai hilang punca pendapatan.
Namun Datin Alyah merasa amat bersyukur kerana terus diberikan rezeki dan semangat untuk berkarya. Thank you Allah dizahirkan sempena kedatangan bulan mulia, Ramadhan Al Mubarak 1442H.
Semoga lagu istimewa ini menerima respon positif daripada pencinta seni."Ucaplah thank you Allah ketika kau sedang sarat diuji , ucaplah thank you Allah ketika hatimu berbunga gembira" - DATIN ALYAH
tak nampak langkawi pun video clip tu. takyah buat kat langkawi pun takpe. boleh je pegi gold coast morib tu ke. tepi pantai gak. ni beria ke langkawi merentas negeri tapi taknampak pun kecantikan langkawi tu.
anyways laki lopa ni legit ustaz ke. boleh ke dipanggil ustaz? tengok qualification mcm tak mencapai piawaian nak jadi ustaz je.
Post time 6-5-2021 08:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dudaberhias at 6-5-2021 08:53 AM
Tak shedap sebab ada PU yang tak reti jaga binj, kalau takde confirm sedap dah..
Btw lagi sedap yang ni hokkeh siapa rasa nostalgia maka uols muda lagi dan tak perlu pakai La Mer atau Estee Lauder advanced night repair. Yang takde rasa nostalgia dan ada rasa lagu hinnie tak sedap boleh start sapu anti aging yach orang kata taste orang2 tua ni lain2..