CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8861|Reply: 72

[Tempatan] Selepas hadiri majlis tadarus al-Quran, satu pekan kecil di Kedah dijangkiti Cov

[Copy link]
Post time 6-5-2021 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 6-5-2021 12:32 PM



Selepas hadiri majlis tadarus al-Quran, satu pekan kecil di Kedah dibadai Covid-19
Oleh MALAYSIA DATELINE / May 5, 2021


Lebih 200 penduduk di pekan kecil Relau di Bandar Baharu disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke Hospital Kulim manakala bakinya diarah kuarantin di rumah.

Wabak berbahaya itu tercetus selepas seorang penduduk wanita yang positif Covid-19 menghadiri majlis tadarus al-Quran sebelum ia merebak kepada jemaah masjid dan ahli keluarga.




Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah ketika ini masih meneruskan ujian saringan kontak rapat yang hadir pada majlis yang dihadiri wanita berkenaan baru-baru ini.

“Ada antara mereka dibawa ke hospital menggunakan bas dan van Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi menjalani ujian saringan dan kebanyakan mereka adalah warga emas,” lapor BH semalam.



Untuk rekod, jangkitan Covid-19 di Relau membentuk Kluster Pintu Air Relau yang telah dikenal pasti pada 28 April lalu melibatkan daerah Bandar Baharu dan Kota Setar.

Mengikut Kementerian Kesihatan (KKM), kes indeks bagi kluster tersebut (iaitu kes ke-395,626) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 April lalu hasil saringan individu bergejala.

Setakat semalam, Kluster Pintu Air Relau mencatatkan jumlah 218 kes dengan 33 daripadanya adalah kes baharu.




Penduduk di Relau dibawa menaiki bas dan van ke hospital bagi tujuan saringan Covid-19.

Bersalaman dan berpelukan

Menurut Dr Mohd Hayati lagi, pihak JKN turut membawa penduduk yang mengalami gejala ke hospital bagi mengelak mereka berhubung bersama ahli keluarga yang sihat di rumah.

“Saya tidak pasti berapa jumlah mereka yang dibawa untuk lakukan saringan, tetapi memang ramai kerana yang bergejala turut dibawa kerana bimbang mereka akan positif dalam tempoh dua minggu.

“Cuma sekarang kita bimbang sudah ramai yang dijangkiti namun tidak mempunyai gejala dan setakat ini hospital masih lagi mampu tampung jumlah mereka,” katanya.


Berikutan itu, Dr Mohd Hayati meminta individu yang mempunyai kontak rapat atau mempunyai gejala agar tampil melakukan saringan selain bersikap jujur mengenai keadaan kesihatan mereka.

“Mungkin ramai penduduk tidak perasan sudah dijangkiti kerana tidak mempunyai gejala, tetapi apabila ada majlis agama dan sebagainya, mereka bersembang rapat dan tidak pakai pelitup muka termasuk bersalaman dan berpelukan.

“Kita bimbang kerana banyak kes sekarang tidak bergejala, jadi sila ambil perhatian dan kita tidak mahu wabak ini terus berjangkit kepada golongan yang berisiko,” ujarnya lagi.



Masalah air

Sementara itu, wakil penduduk kampung mukim Relau, Helmi dan Sufian memohon sumbangan orang ramai untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk terjejas.

“Setakat sekarang ini jumlah yang positif hampir 200 orang. Rata-rata yang positif adalah warga emas. Kami terima saja apa apa jenis bantuan yang sudi dihulurkan.

“Terutamanya air mineral kerana di kampung kami ini masalah air adalah masalah utama. Jadi keperluan utama adalah air mineral dan di samping lain-lain keperluan juga.

“Kem PLKN Sri Impian Relau dijadikan pusat utk mengumpul barang-barang keperluan,” kata mereka yang boleh dihubungi menerusi talian 013-6300787 (Helmi) atau 012-4272301 (Sufian).


Sehingga semalam, terdapat 218 kes jangkitan sah berlaku dalam Kluster Air Relau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ada yg tak percaya mintak bukti bagai bukan takliq membuta tuli
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya dorang, majlis agama bersaf saf kan boleh hindar kobit. Xperlu jarak2..rapatkan saf. Ini semua konbit tidak butul punya
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Percaya aje. Surau rumah aku ni org pompuan paling degil nak pakai mask masih tarawih. Last2 aku tarawih kat rumah aje
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik baca kat rumah je la..sama jah dapat pahala jugak...degil
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:31 PM | Show all posts
kalu cmni, penganjur majlis tadarus ni mmg ptut kene saman rm50k
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2021 12:31 PM | Show all posts
SOP tu org kg. ramai anggap tk penting.,

klu dh kene kt diri sndiri, famili mati, barula nk pkir balik psl SOP..

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Org skarng buat tadarus online aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2021 12:36 PM | Show all posts
Kesian..biasa majlis2 mcm ni Bnyk warga emas yg join..semoga sembuh semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:41 PM | Show all posts
batmana replied at 6-5-2021 12:31 PM
SOP tu org kg. ramai anggap tk penting.,

klu dh kene kt diri sndiri, famili mati, barula nk pkir  ...


Dua gambar nih memperlihatkan SOP jarak tidak dipatuhi dan tidak DIPEDULI kan oleh org2 KKM sundrik

ketika membawa penduduk dlm bas ke tempat swab, dlm bas tu dah sama macam mass gathering yg dok rapat2 tarak jarak dlm ruang yg sempit .... dan ketika mereka disuruh duduk di kerusi sebelah menyebelah ramai2 berderetan DEPAN2 frontliners plak tuuuu


Tak ke pelik frontliners sibuk tutup sampai ke tapak kaki tup tup para penduduk di SURUH dekat2 duduk ramai2 gitu tanpa jarak langsung ....


lepas tu yg dikecam kerana tak patuh SOp adalah para penduduk tuuu lah plakkk ...apa ke bangang sundrik buat SOP sundrik tak reti implement lepas tu dok saman rakyat ramai2 lah plakkkk


Pi la saman semua frontliners tu yg MEMAKSA para penduduk langgar SOP gitu .






Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:46 PM | Show all posts
bukan saja menteri2 , golongan kayangan dan artis tapi jugak frontliners sundrik terang2 buat acara yg langgar SOP jarak ittewww .......yg peliknyaaa dan bangangnyaaa semua acara agama SOP jarak PERLU patuh KAW KAW tup tup apa saja acara selain tu boleh plak langgar SOP jarak kaw kaw camtu ...errr virus awat dok pulun kena kan org yg nak buat acara keagamaan je haaa ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik yg mencetuskan kluster relau ni tau tak dia ada covid.kalau dah tau positif tp still pegi tadarus jgk wajar dikecam.

Kalau taktau maybe boleh dimaafkan tp kekdahhya tadarus tu mesti tak amalkan sop. Ssh skit ckp dgn org tua ni. Kdg ada yg b*ebal tak mau dgr arahan.

Ayah iols pun caya tak caya je covid ni..terpengaruh dgn dakyah member2. Ssh nk berckp dgn org tua spesies2 tertentu ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:57 PM | Show all posts
nini_azmi replied at 6-5-2021 12:50 PM
Acik yg mencetuskan kluster relau ni tau tak dia ada covid.kalau dah tau positif tp still pegi tadar ...

yg frontliners meletakkan semua penduduk tu duduk tak berjarak kau tak nak kecam ke frontliners tu ? Adakah tahap minda frontliners sama dng para penduduk tu ? Sama2 tak faham SOP ?

Elok dihentikan lah SOP yg tak mahu di amalkan oleh golongan atasan camtu kannn ..kalau bahaya sgt sampai ramai sgt yg positif awat frontliners tu tak nampak cemas kok mana pun hinggakan tak peduli jarak ketika mengatur kedudukan para penduduk ....

Nak kata kat tempat test tu tarak virus pasai apa plak frontliners sampai ke tapak kaki sanggup bertutup kannn ...

Kenapa nak trus buat gakk SOP yg double standard gitu ?


Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum jadi gomen..




Lepas jadi gomen.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 01:02 PM | Show all posts
mereka2 ini boleh dikategori sebagai manusia2 degil...sejak tahun 2020 kerajaan suruh jaga SOP...tapi umat islam degil...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 01:06 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 6-5-2021 01:09 PM
ifanonline replied at 6-5-2021 01:02 PM
mereka2 ini boleh dikategori sebagai manusia2 degil...sejak tahun 2020 kerajaan suruh jaga SOP...tap ...

itu lah yg di ingin oleh pembuat SOP nih ...agar umat Islam di kecam di keji agar mereka di halang dari buat apa saja acara keagamaan luar rumah ...maka jadilah negara ni sama mcm negara china komunis yg hanya membenarkan agama di amalkan DALAM rumah sundrik je  ...virus start dari china last last amalan komunis yg menghalang agama diamalkan luar rumah yg di adopt jadi cara hidup .... hmmm memang agenda mengkomuniskan seluruh dunia melalui SOP terlaksana dgn jayanya laaa di malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2021 01:10 PM | Show all posts
blastoff replied at 6-5-2021 01:06 PM
itu lah yg di ingin oleh pembuat SOP nih ...agar umat Islam di kecam di keji agar mereka di halang ...

umat islam kena paham, sekarang ni pandemik covid semakin menular...adakah umat islam ingin kejadian yg sama berlaku seperti di India? Dalam islam pun ada bagitau, sekiranya kita tau keadaan bahaya di luar, kita wajib berada di dalam perlindungan di mana2...ayat quran ckp, jgn campak diri ke dlm kebinasaan...

umat islam perlu lebih mengkaji keadaan semasa di seluruh dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 01:25 PM | Show all posts
ifanonline replied at 6-5-2021 01:10 PM
umat islam kena paham, sekarang ni pandemik covid semakin menular...adakah umat islam ingin kejadi ...

umat Islam perlu faham kat negara china dah beratus hari tak pakai mask tak buat jarak tapi boleh free virus kat wuhan tu tarak kalut berSOP bagai nak rak haihhh  ....malah boleh anjurkan pesta muzik style konsert dgn penonton ramai2 terkenja2 rapat2 berdiri terloncat2 tanpa pakai mask tanpa buat jarak .....

Itu lah tunjukkan SOP adalah agenda Komunis yg nak memaksa umat Islam di malaysia tunduk pada sistem komunis aje sedangkan di negaranya dah beratus hari tak berSOP aman2 je tanpa virus lagikkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedah ada masalah air kaa?haritu beriya nak bagi org air selut ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 6-5-2021 12:24 PM
Percaya aje. Surau rumah aku ni org pompuan paling degil nak pakai mask masih tarawih. Last2 aku tar ...

Mmg ye...rase cam nak lempang je seko2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.377103 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list