CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3379|Reply: 21

[Tempatan] Pasar borong Kuala Lumpur ditutup bermula 9 Mei. Lebih 170 peniaga dan pekerja p

[Copy link]
Post time 6-5-2021 10:31 PM | Show all posts |Read mode
Pasar borong Kuala Lumpur ditutup bermula 9 Mei
Khoo Gek San
Khoo Gek San Dikemas kini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 6 May 2021 9:02PM · 0 Komen


PASAR Borong Kuala Lumpur di Selayang akan ditutup selama sembilan hari bermula 9 Mei selepas 170 peniaga dan pekerja di bahagian makanan laut disahkan positif Covid-19.

Ini merupakan kali ketiga wabak berkenaan dikaitkan dengan penjual makanan laut di pasar berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn malaysia jadi amerika ke-2
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkp 1.0?xmgkn...kes 5k sehari pun masih terkawal katanya..icu overload pun ok lagi..slagi bukan duaorg yg kena kobid
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan dah la. Kluster tempat kerja bersepah2, kilang, pasar borong. Ujung2 rakyat tuduh majlis sosial
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya.belum lg family diorang. Customer lg. Supplier lg. Adoii. Baca status doctor2 pon cite. Variant virus kali ni lg seram. Ramai meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngerinya..mmg la kes melonjak giler ni.berapa pulak customer yg dtg kat pasar borong.majoriti org meniaga juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2021 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Wehh.. dah le iols suka mkn seafood. Buat le pasar borong online...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 11:10 AM | Show all posts
170 peniaga positif Covid-19, Pasar borong KL ditutup bermula 9 Mei
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / May 7, 2021

Seramai 170 peniaga dan pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang didapati positif Covid-19.

Ekoran itu, pasar tersebut dilaporkan akan ditutup selama sembilan hari bermula 9 Mei, menurut laporan The Malaysian Insight.

Ini merupakan kali ketiga wabak berkenaan dikaitkan dengan penjual makanan laut di pasar berkenaan selepas kejadian April tahun lalu dan pertengahan Januari tahun ini.

Dilaporkan, daripada 900 pekerja di pasar itu, 170 didapati positif Covid-19, manakala selebihnya masih menunggu keputusan ujian saringan.

Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Hoi Seong Kuala Lumpur, Sing Kian Hock berkata, para peniaga telah diminta untuk menutup perniagaan Isnin depan kerana mahu menghabiskan stok dan mengelakkan kerugian apabila pasar ditutup.

Sing memberitahu The Malaysian Insight kes positif mula menular pada 29 April, dan ujian saringan yang dijalankan sehingga 3 Mei mendapati lebih banyak kes positif, sehingga lapan atau 10 kes setiap hari.

“Apabila kami sedar situasi agak serius, kami meminta semua penjual ikan dan pekerja menjalani ujian, dan mereka yang ada kontak rapat dengan kes yang disahkan menjalani kuarantin,” katanya.

Tambahnya, situasi di pasar berkenaan telah dilaporkan kepada pegawai dari Kementerian Kesihatan semalam.

Pasar Borong Kuala Lumpur mempunyai 448 gerai dan lebih 4,000 pekerja termasuk peniaga.

Daripada jumlah itu, 168 adalah gerai makanan laut, 216 gerai sayuran dan 64 gerai menjual buah-buahan.

Wabak berkenaan menular dalam kalangan mereka yang bekerja di gerai makanan laut dan jumlah kes meningkat dalam hanya beberapa hari.

Sing berkata punca jangkitan masih belum diketahui, namun ia dipercayai berasal dari luar, dan menambah ada peniaga yang menghadiri majlis hari jadi dan makan malam.

“Bermula 22 April, kes pertama dikesan, dan kes kedua dikesan pada 23 April. Ia mungkin berpunca daripada mereka yang hadir pada majlis makan dan hari jadi. Kemudian lapan orang turut disahkan daripada gerai yang sama bermula 26 April hingga 27 April,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 01:42 PM | Show all posts
tangkap pendatang haram yg bekerja dan berniaga di situ kemudian hantar balik!

mereka juga penyebar virus dlm negara!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana blh positif covid lepas masuk kt dlm pasar? Sop mask pki x? Suhu check x? Scan QR code x.. Eh pelik sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tempat rohingyuck gak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:48 PM | Show all posts
Tak ambil aktibar masa mula kena dulu macam tu lah jadinya sama tak ada perubahan.  Kabarnya pendatang asing pun makin ramai semula berniaga disitu macam kebal dari dikenakan tindakan.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:50 PM | Show all posts
Pndatang asing adalah sumber pendapatan tepi beberapa pihak...
mana boleh hantarkan mereka pulang terus...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:52 PM | Show all posts
Normabaru replied at 7-5-2021 01:46 PM
Mcm mana blh positif covid lepas masuk kt dlm pasar? Sop mask pki x? Suhu check x? Scan QR code x..  ...

Bak kate forumer sorang, buang je pistol suhu tu...bateri pun kong tembak2 kepala bacaan 35.7
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 7-5-2021 01:52 PM
Bak kate forumer sorang, buang je pistol suhu tu...bateri pun kong tembak2 kepala bacaan 35.7

pastu hujung2 penjarakan rakyat.. Alasan xjaga sop. Pdhl yg xjaga tu dorg... Waklu btol!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:58 PM | Show all posts
anony-mous replied at 6-5-2021 11:23 PM
Bosan dah la. Kluster tempat kerja bersepah2, kilang, pasar borong. Ujung2 rakyat tuduh majlis sosia ...

setujuuuuu..... xpe tgok nnti kes trun ke idokkk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 01:59 PM | Show all posts
Normabaru replied at 7-5-2021 01:55 PM
pastu hujung2 penjarakan rakyat.. Alasan xjaga sop. Pdhl yg xjaga tu dorg... Waklu btol!!!

yg jaga sop pun takut kena saman jew chuols....nk jaga customer mmg tarak le..lambert lgik
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 02:10 PM | Show all posts
takut bawa varian covid dr india je ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 7-5-2021 01:59 PM
yg jaga sop pun takut kena saman jew chuols....nk jaga customer mmg tarak le..lambert lgik

SOP mmg dah lama kelaut..
Kaka pelik bantuan gomen bg xseimbang.. Pastu kerja pon xseimbang.. Elaun keraian elaun travelling sume utk pak mntri jalan even xde benda dibuat.. YB2 pon xde turun padang hulur bantuan kat kaw masing2.. Hujung2 nk pru nnt baru tunjuk muka.. Ehhhh geram plak tgk makan gji buta di kal covid ni.. Hmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 04:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.324439 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list