CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Pasar borong Kuala Lumpur ditutup bermula 9 Mei. Lebih 170 peniaga dan pekerja p

[Copy link]
Post time 7-5-2021 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 7-5-2021 04:27 PM

Tertggi kita 4,800++ ke? Xingat dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2021 10:37 PM | Show all posts
COVID-19: Bahagian ikan Pasar Borong KL ditutup
Sinar Harian
Mei 7, 2021 18:49 MYT


Ia adalah penutupan terbaharu membabitkan pasar awam itu selepas beberapa kali ditutup sebelum ini akibat COVID-19. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan untuk menutup operasi di bahagian ikan Pasar Borong Kuala Lumpur bermula Ahad hingga 16 Mei ini.
Jurucakap DBKL berkata, penutupan itu adalah selaras dengan permintaan persatuan peniaga di pasar terbabit dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan terdapat beberapa kes positif Covid-19 direkodkan melibatkan operator dan pekerja bahagian terlibat, lapor Sinar Harian hari ini.
Katanya, operator dan pekerja di bahagian buah dan sayur pasar berkenaan juga akan menjalani ujian saringan Covid-19 pada Ahad ini.

"Operasi di bahagian buah dan sayur bergantung kepada keputusan ujian saringan itu dan saranan KKM.
"Jika tiada masalah, mereka boleh beroperasi semula seperti biasa," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Tambahnya, pasar terbabit sebelum ini turut menjalani proses sanitasi secara mingguan iaitu pada setiap Ahad dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Pasar Borong Kuala Lumpur pernah menutup operasi pada April tahun lalu bagi memberi laluan kepada proses saringan besar-besaran selepas kawasan sekitarnya berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.253943 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list