CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22445|Reply: 203

[Tempatan] Edisi SIBU: Polis Tertembak

  [Copy link]
Post time 7-5-2021 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUCHING : Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewanya di Lorong Permai Timur 9, Sibu, petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa berusia 24 tahun dan berasal dari Pahang.



Beliau berkata, mangsa baru sebulan bertugas di Sibu selepas tamat latihan asas Konstabel.

"Ibu Pejabat Daerah Sibu sedang menyiasat kejadian petang tadi dengan terperinci," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 7 malam itu, dua anggota lain turut berada di rumah sewa berkenaan.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Seram. Tertembak diri sendiri atau org tertbak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 7-5-2021 12:22 AM
Seram. Tertembak diri sendiri atau org tertbak?

Mula2 baca tertembak sendri
Edisi baru: kwn polis dia tertembak
Teori netizen: kena siasat sbb kaw tu panas
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 7-5-2021 12:29 AM
Mula2 baca tertembak sendri
Edisi baru: kwn polis dia tertembak
Teori netizen: kena siasat sbb k ...

Owh mcmtu pulak. Takpe tunggu netizen korek lagi. Takziah kpd keluarga simati
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kawan polis i kata memain pistol sampai tertembak.. kalau betul, harap lepas ni berhati2 la dengan pistol tu.. kalau nak bergurau sila guna pistol air.. da jadi macam ni, menangis tak berlagu la mak pak kat kampung..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 02:40 AM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 7-5-2021 03:00 AM
allshares replied at 7-5-2021 12:22 AM
Seram. Tertembak diri sendiri atau org tertbak?

kawan serumah ... tertembak kata nya ...

*MAKLUMAN AWAL ANGGOTA TERTEMBAK RAKAN SERUMAH*

*FAKTA RINGKAS*

Pada 06.05.2021 jam lebih kurang 1920hrs, telah dimaklumkan oleh anggota bilik gerakan IPD Sibu 1 anggota URB dari JPJKK IPD Sibu telah terkena tembakan dialamat: *No.8A Lorong Permai Timur 9, Sibu, Sarawak*

*Butir-butir mangsa*:
Nama: Norhalim
Umur: 24 tahun.
Bangsa: Melayu

*Suspek*:
Nama:  xxx
Umur: 28 tahun.
Bangsa: Melayu

*Saksi*:
Nama: xxx
Umur: 21 tahun

*Team siasatan ke tempat kejadian*

Siasatan Awal
----------------------
1. Saspek dikatakan bergurau dengan mengacukan pistol ke arah Simati sebelum tertekan picu dan tertembak ke arah sebelah kanan kepala Simati.

2. Ketika kejadian, saksi sedang mencuci motorsikalnya di luar rumah manakala Simati sedang duduk bermain game di ruang tamu.

3. Saspek pula berada di dalam biliknya dan keluar ke ruang tamu sambil  bergurau mengacukan pistolnya kearah Simati sebelum tertembak Simati.

Simati, meninggal di tempat kejadian.

Perkembangan lanjut akan dimaklum kemudian.

Sekian, untuk makluman awal YDH Tuan.

T/kasih Tn.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2021 02:46 AM | Show all posts
gurauan tak bertempat dan tak sepatut nya d buat gurauan walaupun pistol kosong ...

kesian ada anak kecik..

Al-Fatihah ..
moga d permudahkan semua urusan ...


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 02:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 02:51 AM | Show all posts
SIBU: Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewa rakannya di Lorong 9, Permai hari ini (6 Mei).
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, 25, bertugas di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

"Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa dalam rumah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Laporan mengenai kejadian diterima sekitar pukul 7:00 malam.

Menurutnya lagi, tempat kejadian merupakan rumah sewa lima rakannya, manakala dia tinggal di rumah transit di IPD Sibu.

Dia yang berasal dari Pahang baharu sahaja bekerja lebih kurang satu bulan setengah di sini.

"Sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah sewa untuk bermain permainan komputer iaitu sebelum waktu berbuka puasa," jelas Stanley lagi.

Konstabel berkenaan mempunyai isteri dan seorang anak berusia setahun.

Tambah beliau kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Utusan borneo

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah kpd allahyarham dan takziah kpd kluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
X percaya lah gurau...x kan sebodoh tu nk bergurau dgn pistol yg ada peluru....mesti gaduh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 04:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahhiwainnailaihirojiun..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca report katenye housemate bergurau acu pistol skali tertembak eh. Kesian,  ade ank kecik lg tu haih.. Semoga mendapat keadilan sewajarnya lah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 7-5-2021 02:40 AM
kawan serumah ... tertembak kata nya ...

*MAKLUMAN AWAL ANGGOTA TERTEMBAK RAKAN SERUMAH*

Semalam dah kecoh kat group sekolah sbb arwah ni org kg iols kenal dia gitu2 je tp kakak dia kenal sgt la sbb sebaya iols.

Mulanya iols igtkan dia meninggal sbb vaksin sbb gambar kat fb dia baru lepas vaksin beberapa hari lepas.
Pastu kawan ckp tertembak, ada gmbar konon pistol diletakkan kat tgn dia seolah2 dia tembak diri sendiri tp menda bkn boleh tipu sapa2 yg pegang pistol akan ade kesan peluru tu kan so tunggula hasil siasatan.

Arwah muda lagi baru je bulan 3 aritu masuk bertugas ke sibu lepas habis pulapol.
Bulan 3 tu kan ada masuk berita anggota polis baru abis pulapol just dapat jumpa famili kat klia ja pastu terus  kena melaporkan diri kat sibu
Sian gila lama tu terpisah anak bini belum sempat nak bawak sama2 tinggal kat sana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Haishh kenapa senjata dibuat bahan guarauan?
Kalaupun kosong, jangan biasakan gurau dgn senjata. Ni kan pula ada peluru.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
C&P komen kat fb

Begini ceritanya. Yg sy korek dr Team di MPV di lokasi. Sebab budak2 MPV ni setia dgn saya.  Sy pun x tanya dgn SIO/IO kes. Tak kacau.

Mereka ni tinggal menyewa bertiga di Permai. Mula2 MPV sampai, belum ada buka cerita.

Lepas KPD/TIM KPD & Team SIO sampai, di gasak2, last2 seorang lagi rakannya pun buka cerita.

Saksi ni nampak saspek main2 acu pistol dgn si Mati. Mungkin bergurau. Sekali acu2, tiba pistol meletup.

Si saspek ni pun mungkin ada tingok cerita GERAK KHAS atau cerita Polis Hong Kong, jd saspek kasi lap pistol tu & letakkan di tangan Si Mati bg mencipta satu Situasi YG Si Mati Tertembak Kepala Sendiri.

Nasib baik lah, rakannya seorang iaitu saksi dibuka kan HATI oleh TUHAN agar buka cerita yg sebenar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 05:37 AM | Show all posts
noor2 replied at 7-5-2021 03:19 AM
X percaya lah gurau...x kan sebodoh tu nk bergurau dgn pistol yg ada peluru....mesti gaduh...

mama pun tak cayalah @noor2


Tak kan tak de hujan tak de ribut keluar bilik tiba-tiba acu pistol kat kepala kawan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
polis baru posting agaknya teruja pegang pistol, umur dh 28 tapi masih mcm budak2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Org tua2 slalu kata
Senjata jgn dibuat gurau2
Nanti makan diri

X sempat lg bbuka
Magrib2 main gurau2
Kalau betul lah gurau
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mamarock replied at 7-5-2021 05:37 AM
mama pun tak cayalah @noor2



Betul mama...bulan posa ni setan adalah diri kita...bulan ni ramai orang lapar ..bila lapar cepat marah...bila marah semua keluar...x caya tengok nitizen menghentam artis kat medsosial mcm mana...hehe..

Balik kes ni...noor yakin x denya mereka gurau acu pistol...ni kes gaduh...lama terpendam ni dah satu rumah kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.358057 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list