CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haruslah

[Tempatan] Edisi SIBU: Polis Tertembak

  [Copy link]
Post time 17-5-2021 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada apa2 update?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 17-5-2021 02:29 AM
Ada apa2 update?

Dlm reman lg kot
Senyap jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 02:46 PM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 19-5-2021 02:48 PM

Konstabel dituduh bunuh rakan

SIBU: Seorang konstabel polis didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh rakannya, 6 Mei lalu.
Muhamad Nur Alif Mazlan, 28, dituduh membunuh Konstabel Norhalim Tumiran, 24, di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9 antara jam 5.45 petang hingga 6.30 petang pada hari berkenaan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hazwani Hanim Ramli.

Siti Hazwani kemudian menetapkan 6 Julai sebagai tarikh untuk sebutan semula kes berkenaan.
Dua lagi konstabel yang berusia 21 dan 23 tahun, dibebaskan dan akan dipanggil sebagai saksi bagi kes itu.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Zulfadhli Tuah dan Rex Heng Yi Min, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam kejadian pada 6 Mei lalu, Norhalim ditemui tersandar di sofa rumah sewa rakannya dengan kesan kecederaan akibat tembakan di kepala.

Mangsa yang tinggal di rumah transit di ibu Pejabat Polis Daerah Sibu pergi ke rumah sewa rakan-rakannya di Lorong Permai Timur 9, untuk bermain permainan video sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Allahyarham baru sebulan bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Sibu selepas menamatkan latihan asas Konstabel polis.
Jenazah Norhalim dikebumikan di kampung halamannya di Felda Bukit Damar di Lanchang, Temerloh, Pahang pada 9 Mei lalu.

Allahyarham meninggalkan balu, Nor Fitrah Ramli, 25, dan anak perempuan mereka, Nur Asyfa Alisha yang berusia 14 bulan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur lg 2org tu x kena dakwa subahat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.048423 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list