CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4210|Reply: 20

[Sarawak] Konstabel polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala

[Copy link]
Post time 7-5-2021 02:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 7-5-2021 02:28 AM
SIBU: Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewa rakannya di Lorong 9, Permai hari ini (6 Mei).

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, 25, bertugas di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

"Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa dalam rumah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Laporan mengenai kejadian diterima sekitar pukul 7:00 malam.

Menurutnya lagi, tempat kejadian merupakan rumah sewa lima rakannya, manakala dia tinggal di rumah transit di IPD Sibu.

Dia yang berasal dari Pahang baharu sahaja bekerja lebih kurang satu bulan setengah di sini.

"Sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah sewa untuk bermain permainan komputer iaitu sebelum waktu berbuka puasa," jelas Stanley lagi.

Konstabel berkenaan mempunyai isteri dan seorang anak berusia setahun.

Tambah beliau kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Utusan borneo

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2021 02:29 AM | Show all posts
erm... ada 2 orang polis lain dalam rumah tu ...

antara sedutan dari BH
Dua anggota lain difahamkan turut berada di rumah sewa tersebut ketika kejadian kira-kira jam 7 malam itu.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 02:34 AM | Show all posts
baca dari posting kengkawan arwah ..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 02:36 AM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 7-5-2021 03:00 AM
tertembak kata nya ...

*MAKLUMAN AWAL ANGGOTA TERTEMBAK RAKAN SERUMAH*

*FAKTA RINGKAS*

Pada 06.05.2021 jam lebih kurang 1920hrs, telah dimaklumkan oleh anggota bilik gerakan IPD Sibu 1 anggota URB dari JPJKK IPD Sibu telah terkena tembakan dialamat: *No.8A Lorong Permai Timur 9, Sibu, Sarawak*

*Butir-butir mangsa*:
Nama: Norhalim
Umur: 24 tahun.
Bangsa: Melayu

*Suspek*:
Nama:  xxx
Umur: 28 tahun.
Bangsa: Melayu

*Saksi*:
Nama: xxx
Umur: 21 tahun

*Team siasatan ke tempat kejadian*

Siasatan Awal
----------------------
1. Saspek dikatakan bergurau dengan mengacukan pistol ke arah Simati sebelum tertekan picu dan tertembak ke arah sebelah kanan kepala Simati.

2. Ketika kejadian, saksi sedang mencuci motorsikalnya di luar rumah manakala Simati sedang duduk bermain game di ruang tamu.

3. Saspek pula berada di dalam biliknya dan keluar ke ruang tamu sambil  bergurau mengacukan pistolnya kearah Simati sebelum tertembak Simati.

Simati, meninggal di tempat kejadian.

Perkembangan lanjut akan dimaklum kemudian.

Sekian, untuk makluman awal YDH Tuan.

T/kasih Tn.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 02:43 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 02:43 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2021 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Inna lilahi wa inna ilahi rojiun
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 07:15 AM | Show all posts
Inalillahi... Takziah kepada kawan mangsa
Bergurau jangan guna senjata bahaya. huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 07:49 AM | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 08:06 AM | Show all posts
Allahuakhbar. Bergurau apa la guna pistol... Al Fatihah dan takziah keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 09:33 AM | Show all posts
Dah ajal di bulan Ramadhan yg mulia ni. Alhamdulillah mula2 ingat bunuh diri.
Semoga Allah ampunkan segala dosa dia dan tempatkan dia dikalangan orang2 yg beriman. Aaamiin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 12:42 PM | Show all posts
tompie replied at 7-5-2021 09:33 AM
Dah ajal di bulan Ramadhan yg mulia ni. Alhamdulillah mula2 ingat bunuh diri.
Semoga Allah ampunkan ...
awal kes pun macam bunuh diri ...
pistol dekat dengan mangsa / dalam tangan ke gtu ...

tapi tu la ... nasib baik ada saksi ...

gambar ni jer jadi kenangan buat isteri




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 12:43 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2021 12:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2021 03:25 AM | Show all posts
Kes tertembak rakan: Tiga anggota polis direman tujuh hari

Oleh ALICIA JOHNY KUEH
7 Mei 2021, 3:23 pm

SIBU – Tiga orang lelaki telah direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini untuk membantu siasatan kes seorang anggota polis yang maut ditembak di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9A di sini semalam.

Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian tersebut berkata kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 21 ke 27 tahun itu berasal dari Semenanjung Malaysia.

“Perintah reman dikeluarkan mulai hari ini bagi membantu pihak polis untuk menyiasat kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa, Norhalim Tumiran, 25, yang berasal dari Pahang dilaporkan maut setelah disyaki terkena tembakan di sebelah kanan kepala dalam kejadian sekitar pukul 7.20 malam itu.

Ketika kejadian, salah seorang suspek difahamkan sedang bergurau dengan mengacukan pistol sebelum tertekan picu dan melepaskan tembakan ke arah si mati yang sedang bermain permainan video di ruang tamu rumah.

Aidi turut memberitahu bahawa pihak patologi dari Kuching akan dihantar ke Sibu untuk melakukan bedah siasat esok sebelum jenazah dibenarkan untuk dihantar pulang ke Pahang.

Norhalim adalah pegawai polis yang baru sahaja dipindahkan ke Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di sini sebulan setengah yang lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan bayi yang berusia satu tahun. – K! ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2021 03:40 AM | Show all posts
Tiga rakan Norhalim yang mati tertembak direman.

Tiga konstabel polis ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kematian rakan mereka yang juga seorang konstabel di sini, malam tadi.
Ketiga-tiga mereka, berusia 21 hingga 27 tahun dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini dan diperintah direman tujuh hari berhubung kes tertembak pistol menyebabkan kematian Norhalim Tumiran.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Syukri Mokhtar hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7:00 malam Khamis di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata Norhalim, 25, yang berasal dari Rancang, Pahang maut di tempat kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7:00 malam Khamis di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9.

Jenazah mangsa akan dihantar pulang ke kampung halamannya di Pahang selepas semua urusan selesai.

"Arwah kena tembakan oleh rakannya secara tidak sengaja semasa bermain permainan komputer di ruang tamu rumah," katanya.

Rumah sewa tersebut dihuni oleh lima rakan mangsa dan hanya empat orang termasuk mangsa berada di rumah semasa kejadian.

Arwah yang merupakan rakan karib mereka berlima, tinggal di rumah transit IPD Sibu dikatakan datang ke rumah sewa tersebut untuk bermain permainan komputer sebelum waktu berbuka puasa.

Norhalim meninggalkan isteri dan seorang anak berusia satu tahun.

Sumber berita : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2021 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap semoga ada keadilan untuk arwah dn hukuman yg setimpal kpada pelaku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2021 02:18 AM | Show all posts
Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan ...

JENAZAH KONST. NORHALIM DIHANTAR PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

Sibu, 08 Mei 2021 -  Jenazah Konst. Norhalim Tumiran, anggota polis yang maut tertembak pada Khamis lalu tiba di Lapangan Terbang Sibu petang tadi.


Dengan menggunakan pesawat ihsan TUDM, jenazah Allahyarham akan terbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang bagi dibawa pulang ke kampung halamannya di Felda Bukit Damar, Lanchang, Pahang bagi disemadikan di pada malam ini.

Hadir sama dalam memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham YAB Dato’ Seri Hj Ismail bin Hj Mohd Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri, ACP Norashikin, ACP Belanjawan/Kebajikan/PERKEP Bukit Aman, ACP Mohd Yusri bin Othman, KPD Temerloh, Supt Sabri, Supt Kebajikan Bukit Aman, Supt. Mohd Azahar bin Mohd Yusoff, Timb KPD Temerloh, ASP Siti Hawa Bt Iberahim,ASP Kebajikan/PERKEP IPK Sarawak dan seorang anggota Cawangan Kebajikan IPK Sarawak serta ASP Zawiyah IPK Selangor dan juga wakil pegawai dan anggota IPK Pahang dan IPD Temerloh

Seluruh warga PDRM turut berdukacita di atas kejadian yang berlaku serta mendoakan agar isteri serta keluarga Allahyarham terus tabah dan redha atas ujian ini.










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2021 02:39 AM | Show all posts
dah pulak...

aritu baca kata dah ada suspek...

nasib baik la edit nama tertuduh...

Kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, polis menahan tiga anggotanya di Sibu hari ini bagi membantu siasatan terhadap rakan serumah mereka yang ditemui mati dengan kesan tembakan semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mengesahkan tangkapan tersebut.

“Ya, kita buat tangkapan tiga orang yang berada di rumah itu. Tiga orang anggota (polis) yang sama tinggal, ada di rumah tersebut. Kita reman dan lakukan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kita tidak tahu yang mana satu suspek jadi kita reman ketiga-tiga untuk siasatan. Kita sedang buat siasatan dan berdasarkan tangkapan itu kita akan rekod (keterangan) dan juga buat siasatan siapa yang menembak,” katanya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2021 02:44 AM | Show all posts
Balu Konst. Norhalim terkilan suami tidak sempat rasa kuih raya kirimannya
By Zalinah
Crime, Malaysia, Sarawak

KUCHING: Harapan seorang isteri untuk suaminya merasa kuih raya yang dikirim melalui pos sebagai satu bentuk kejutan punah apabila mendapat tahu suaminya itu meninggal dunia akibat tembakan.

Sepatutnya Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran yang bertugas di Ibupejabat Polis Sibu yang ditemukan mati dengan kesan tembakan semalam bakal menerima kuih dan biskut raya yang dikirim isterinya, Nor Fitrah Ramli, 25 dari Pahang tetapi siapa yang boleh melawan ketentuan takdir.

Nor Fitrah ketika dihubungi TVS berkata arwah suaminya sangat menggemari biskut dan kuih raya buatannya seperti cornflakes madu, semperit dan rempeyek ibu mertuanya dan ada memintanya membuat kuih-muih tersebut.

Sebenarnya saya tak beritahu suami yang saya sudahkan siapkan semua kuih raya itu dan dikirim melalui pos sebagai kejutan buatnya tapi apakan daya, dia tak sempat merasa semua itu.

“Baju raya pun sudah saya pos sekali tapi tak sempat arwah pakai,” kata Nor Fitrah yang tidak dapat menahan sebak.

Nor Fitrah juga memberitahu, beberapa jam selepas dia ke pejabat pos untuk mengirim semua kejutan itu untuk suamniya semalam, beliau dikejutkan dengan panggilan telefon dari rakan suaminya yang memaklumkan suaminya telah pergi buat selama-lamanya.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah ialah di KLIA bulan lepas sebelum arwah berangkat ke Sarawak untuk bertugas di sana selepas tamat latihan polis dan saya tak sangka itu kali terakhir kami berjumpa sebelum dia pergi selama-lamanya.

Tengahari semalam arwah ada hubungi saya dan memaklumkan sudahpun membayar zakat untuk saya dan anak kami,” kata Nor Fitrah.

Nor Fitrah dan arwah suaminya baru dua tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahayamata berusia setahun dua bulan.

Tambah pilu apabila beliau yang kini berada di kampungnya di Felda Bukit Damar, Lanchang, Pahang di  tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menunggu ketibaan jenazah suaminya selepas proses bedah siasat di Hospital Sibu.

Beliau juga melahirkan rasa terkilan kerana mendakwa lewat  dimaklumkan tentang kejadian.

Saya baru sahaja selesai berbuka puasa ketika dihubungi rakan arwah suami yang memaklumkan saya tentang kejadian padahal kejadian berlaku lebih awal.

“Saya berharap siasatan penuh dapat dilakukan demi keadilan,” tambahnya lagi.

Mayat Konstabel Norhalim Tumiran, 25, ditemukan tersandar atas sofa dengan kesan tembakan di bahagian telinga lebih kurang jam 7.20 petang Khamis.

Anggota polis itu ditemukan mati dipercayai akibat tembakan di sebuah rumah di Jalan Permai Timur di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, mangsa yang berasal dari Pahang itu baru sahaja menyertai pasukan polis dan bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.089361 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list