|
Kredit foto : Instagram
Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau Fida, 35, kini sah bergelar isteri bekas pengurusnya Shahzemir Shahzulkarib, 37, selepas melangsungkan pernikahan jam 3.30 petang, kelmarin.
Majlis pernikahan sederhana diadakan di Masjid Jamek Kampung Baru dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.
Fida yang pernah popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012 memohon maaf kerana tidak dapat menjemput semua ahli keluarga dan sahabat namun tetap bersyukur kerana semua urusan berjalan lancar.
"Maaf saudara mara, sahabat & semua, majlis dibuat sangat ringkas & mengikut S.O.P serta jumlah jemputan yang sangat terhad," tulisnya di status Instagram.
Alhamdulillah, semoga pernikahan Fida dan pasangannya di bulan Ramadan yang mulia ini mendapat barakah dan berkekalan sehingga ke Jannah.
|
|