CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7627|Reply: 57

Ini Jawapan Aziz M. Osman Tentang filemnya yang tidak berKUALITI

  [Copy link]
Post time 7-5-2021 12:29 PM | Show all posts |Read mode


‘Filem ‘kualiti’ tak boleh tampung belanja saya sekeluarga’


Aziz membalas pertanyaan pengikutnya di laman Twitter.

PETALING JAYA – Pengarah berkaliber yang pernah melahirkan banyak filem menggamit memori, Aziz M. Osman mempunyai alasan mengapa dirinya tidak lagi mengarahkan filem-filem berkualiti seperti dahulu.

Aziz atau nama lengkapnya, Abdul Aziz Mohd. Osman, 59, menjawab pertanyaan beberapa pengguna Twitter yang mempersoalkan mengapa tiada lagi filem-filem berkualiti lahir dari kerusi arahannya.

“Sebab filem ‘kualiti’ tidak boleh tampung belanja saya sekeluarga.

“Soal selera kita tak boleh paksa. Tapi kita boleh didik generasi depan untuk ‘berselera tinggi’,” ciapnya menerusi Twitter.

Disoal seorang netizen yang menyarankan dirinya agar membikin filem seperti Korea Selatan, Aziz menjawab ringkas: “Cuba tgk filem kualiti macam One Two Jaga. Tak perlu sedih. Saya masih bekerja, cuma tidak ‘berkarya’.”

Sehubungan itu, ramai yang membongkar filem-filem berkualiti arahannya yang bukan sahaja berjaya pecah panggung suatu ketika dahulu tetapi penuh nostalgia. Antara filem hebat arahannya Puteri Impian, Fenomena, siri filem Senario dan XX Ray.

Untuk rekod, Aziz pernah beberapa kali menang trofi di Festival Filem Malaysia (Festival Filem Malaysia) termasuk kategori Pengarah Baru Berbakat pada FFM9 menerusi filem Fenomena dan Pengarah Baru Harapan pada FFM10 (XX Ray). – K! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 01:35 PM | Show all posts
Puteri Impian 1 & 2 agaknya seratus kali aku tgk
Trauma pun best.. Bintang Hati, XX Ray 1 & 2
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 03:45 PM | Show all posts
Betul.  Buat filem bagus, tapi tak ada org tonton.  Ingat buat filem/drama ni guna air liur je ke.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 03:53 PM | Show all posts
citer One Two Jaga tu memang bagus. aku pun tak sangka citer melayu berkualiti mcmtu. berani. tp sayang sambutan takde. penonton tak suka citer mcmtu agaknya.

btw, minah tu memang gigi dia rosak mcmtu ke? bukan make up la yek?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
movie berkualiti tak semestinya movie tema berat modal besar je.. cuba belajar dari Iranian movie children of heaven.. plot simple sangat tapi antara movie terbaik la yg pernah ai tonton.. tapi movie2 lama dia ok apa.. xxray puteri impian tu not bad
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 04:10 PM | Show all posts
Sori, kalau suruh saya pilih antara drama/film/karya indo  atau malaysia, saya pilih malaysia. Tak pernah minat karya indo sbb bagi saya terlalu byk mengambil idea dari film2 barat dan terlalu ingin jadi kebaratan, padahal in reality, kebanyakan rakyatnya masih hidup susah. Dorang menang dari segi cinematograpghy, tapi content byk ciplak dari film2 barat. Karya malaysia byk cliche byk depict kehidupan dato datin2, but it's the truth, ramai jer dato'2datin2 di Malaysia. Saya suka sbb masih di selitkan suasana dan hidup org2 kampung dan bandar.  Watak baik dan jahat seimbang, tak exaggerate mcm watak2 drama sinetron indo.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 7-5-2021 03:53 PM
citer One Two Jaga tu memang bagus. aku pun tak sangka citer melayu berkualiti mcmtu. berani. tp say ...

Onetwo jaga tu mcm promosi kurang

Btw, filem bagus ade je
Tp netizen xmo tengok
Kurang sambutan

Betul la kata aziz...filem kualiti xleh bagi makan
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
1 2 jaga terbhoek ghuper nye

tp kurang promosi

last month br tgk setelah bertahun keluar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 7-5-2021 03:53 PM
citer One Two Jaga tu memang bagus. aku pun tak sangka citer melayu berkualiti mcmtu. berani. tp say ...

Gigi mekap je tuh real elok je gigi si yah kuchai tu.

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
buragazz replied at 7-5-2021 01:35 PM
Puteri Impian 1 & 2 agaknya seratus kali aku tgk
Trauma pun best.. Bintang Hati, XX Ray 1 & 2

Suka sgt puteri impian, buat kita berangan2 je
Time tu rasa suka je watak chico tu huhuhu rasa nak tgk balik laaa cite tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kita gedegang2 nak yg kualiti,  tapi bila dah keluar,  drama pukul tujuh tu jugak yg dihadap.

#tak semua
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 10:24 PM | Show all posts
Suchi replied at 7-5-2021 08:13 PM
Suka sgt puteri impian, buat kita berangan2 je
Time tu rasa suka je watak chico tu huhuhu rasa na ...

bebaru ni ada tayang kat astro, aiyoo dengan suara dubbing nya lari bagai, terus rasa turn off...padehal dulu rasa vass sangat dah malas nak tengok lagi...lakonan pon boleh tahan kayu memasing...tapi maza zaman tu dah kira meletop la kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel lah yah kuchai ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tgh tengok Senario Lagi kat Netflix ni, kebetulan pulak baca forum ni.

Dlm byk2 filem Senario, cerita ni yg iols paling suka.


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
skg ni survival lebih penting
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 10:56 PM | Show all posts
suka semua filem dia... even yang sendu pun iols suka... ombak rindu... yang fazura tu pun best...
kecuali langsuir dan xxx yang baru tu....

cerita macamni bukan tak laku... tapi tapi.... JALAN CERITA JANGAN BERAT SANGAT...
macam filem pulang... best je kot tapi jalan cerita terlampau panjang dan berat...

orang suka pendek2 je ala2 movie marvel tu...

cut potong je la babak2 yang tak patut...

contoh filem hit jalan cerita tak meleret2 atau terlampau berat dan panjang :

Munafik
Hantu kak limah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Korea punya drama & movie pun bagus
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Puteri impian and senario best
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Yer ker aziz? Ke dah takde modal...senario movie, senario lagi, lagi2 senario, xx ray 1 & 2, fenomena semua tu berkualiti tapi box office jugak kan?...tak semestinya kena tema berat macam one two jaga...

Tak dak idea cakap jerla...kitaorang paham

Pendapat dari peminat setia dolu2
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kena cari balance between karya dan duit lah mcm dulu balik. Kalau Puteri Impian dan Senario boleh je box office, kenapa tidak sekarang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.067246 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list