Edited by JohnyEnglish at 8-5-2021 10:56 AM
“Nabi Yang Cakap, Ustaz!”- Suhaimi Saad Pertahankan Siti Nurhaliza , Tegur Ridhuan Tee
Semalam heboh apabila Prof Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah memuatnaik sebuah hantaran di Facebooknya,merujuk kepada kenyataan Datuk Sri Siti Nurhaliza di IG Storiesnya. Siti menulis bahawa seorang ustaz memberitahu bahawa dia mengumpul “pahala percuma”, setelah dikritik teruk kerana melanggar SOP semasa upacara tahnik untuk anaknya awal minggu ini.
Katanya, tindakan memetik nama orang beragama untuk melindungi diri dari kesalahan mereka sendiri juga dianggap tidak wajar.
Terkini, penyanyi nasyid Suhaimi Saad menyuarakan sokongannya terhadap kenyataan penyanyi nombor satu negara itu. Katanya, kenyataan yang dibuat oleh Siti bukan dari ustaz namun Nabi yang mengutarakan tentang pahala yang dirai dalam bulan Ramadan ini.
Sementara itu, Suhami juga menasihati Ridhuan Tee supaya tidak mecari pasal dengan isu yang tiada kaitan dengan dirinya. Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Suhaimi.
https://murai.my
|