CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7657|Reply: 107

[Tempatan] ..peniaga daging mahu harga lebih tinggi

  [Copy link]
Post time 9-5-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
UALA LUMPUR: Penternak dan peniaga daging mahu menjual daging tempatan pada harga siling lebih tinggi daripada yang ditetapkan kerajaan mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 (SHMMP).

Ia kerana mereka mendakwa harga siling RM34 sekilogram yang ditetapkan dalam SHMMP adalah harga kos yang menyebabkan kerugian.


Sambil mendesak kerajaan menaikkan harga siling berkenaan, Pengerusi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR), Nordin Mat, berkata harga siling yang sesuai pada masa ini ialah antara RM38 hingga RM42 sekilogram.

"Harga kos adalah lagi tinggi daripada harga yang ditetapkan. Sehubungan itu kita minta kerajaan naikkan harga siling pada kadar sepatutnya kerana ia memberi masalah besar buat kami," katanya ketika dihubungi BH, di sini hari ini.

Pada masa sama, Nordin berkata pihaknya juga sudah menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung perkara itu.

Beliau berkata, bagi penternakan lembu, kos paling tinggi adalah membabitkan makanan yang merangkumi sebanyak 75 peratus.

Sehubungan itu, katanya ramai peniaga daging kini terpaksa menjual pada harga melebihi SHMMP bagi menampung kerugian.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya dimaklumkan ada peniaga yang sudah dikenakan amaran oleh kerajaan kerana melanggar harga siling ditetapkan.

Namun katanya, ramai peniaga tetap bertekad untuk menjual berdasarkan harga pasaran dan bukannya yang ditetapkan melalui SHMMP.

"Kami juga nekad kali ini tidak akan ikut harga RM34 sebab memang tidak boleh tampung dan jika kami dikenakan tindakan, kami akan bawa ke muka pengadilan.

"Malah kami juga ada menubuhkan Sekretariat Bangsa Penternak untuk membantu golongan peniaga dan penternak jika terdapatnya tindakan diambil oleh KPDNHEP," katanya.

Sementara itu, Nordin berkata, bagi penggunaan sepanjang Ramadan, penghasilan terhadap bekalan daging lembu melonjak kepada 10,000 tan metrik.

Beliau berkata, secara keseluruhan GTR menghasilkan bekalan daging tempatan sekitar 30 hingga 40 metrik tan setahun

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2021 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan kata rugi...cakap la untung tak banyak.kang betul2 Allah bagi rugi baru ada akai..lembu kena petir,mati kena baham rimau..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 12:49 AM | Show all posts
Harga daging nak kawal.tapi harga makanan lembu kerajaan tak nak kawal
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
bela sendiri makan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Pg semalam, beli daging batang pinang rm38 sekilo..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Undi pas,harga barang akn turun..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2021 02:14 AM | Show all posts
Pegi mampos la peniaga sial macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
boikot la beramai2
tengok sapa yg gigit jari nanti

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2021 03:15 AM | Show all posts
ultra78 replied at 9-5-2021 12:49 AM
Harga daging nak kawal.tapi harga makanan lembu kerajaan tak nak kawal

setuju, harga dedak lembu dan air coke lembu tu naik masa pkp pertama lagi. kalau ikutkan demand sentiasa ada? tapi kenapa tetiba pengilang naikkan harga tanpa sebab??

lembu makan rumput susah gemuk kena campur air coke + mentos + dan air gula.


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada subsidi tak untuk makanan lembu ni? Kesian juga peniaga terpaksa tanggung kos, tapi kesian juga jika pembeli pula tak mampu beli local produce, biasanya daging import jauh lebih murah. Nak raya ni sedapnya buat sup tulang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 05:31 AM | Show all posts
tulang sekilo rm42
nasib la pkp
else balik kampung minta je ngan ayah sendiri
peniaga daging lembu di musim raya
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Elokla kurangkan makan daging merah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 9-5-2021 05:16 AM
Ada subsidi tak untuk makanan lembu ni? Kesian juga peniaga terpaksa tanggung kos, tapi kesian juga  ...

Org raya makan isi(meriah)...kau makan tulang.....

Nampak sangat budget...

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 9-5-2021 05:31 AM
tulang sekilo rm42
nasib la pkp
else balik kampung minta je ngan ayah sendiri

Tulang yg boleh dikunyah kewww sampai harga macam itewww?

Manusia dah jadi anjing pulak kheunz? Menggongong tulang?


Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah beli siap2 smlm
Xpikir pasal rege nak naik ke apa
Cuma xnak bersesak kalau beli last minute
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermm mahalnya daging, ank nak makan daging dendeng ni nampaknya tunggu raya haji jelaaa

Dahla ayam mahal, daging pun mahal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2021 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg mahal...smlm sb anak aku minta nk rib eye  .. akak pi ke meatxpert beli daging...1 ketul rib eye mentah tu RM 82...adalah sebesar penumbuk akak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika harga daging makin naik harga, kelak permintaan terhadap daging itu sendiri akan turun
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 9-5-2021 06:05 AM
Mmg mahal...smlm sb anak aku minta nk rib eye  .. akak pi ke meatxpert beli daging...1 ketul rib eye ...

Nak kasi anak serta LAKI makan kalau nak berkira sangat...baik kasi makan rumput atau pasir instead.......kau kerja banting tulang kalau bukan untuk anak dan LAKI...then utk siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 9-5-2021 06:09 AM
Jika harga daging makin naik harga, kelak permintaan terhadap daging itu sendiri akan turun

Biorla harga naik skyrocket...supaya golongan marhaen tak beli....semakla kalau cold storage penuh dgn golongan marhaen ni...rimas aku nak shopping hopping for groceries......














Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.093007 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list