CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5412|Reply: 52

[Tempatan] HIDE: Bila didedahkan nama lokasi shopping complex, persatuan dakwa tak tepat (c

  [Copy link]
Post time 9-5-2021 07:21 AM | Show all posts |Read mode
MOSTI diminta tangguh umum maklumat yang diperoleh daripada HIDE
Bernama
Mei 9, 2021 05:17 MYT

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) digesa menangguhkan segera pengumuman mengenai maklumat yang diperoleh daripada sistem Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE) sehingga asas yang jelas, tepat dan terperinci betul disertakan dengan maklumat yang dikeluarkan.
Gesaan itu dibuat oleh tiga persatuan yang mewakili pusat beli-belah dan industri peruncitan di seluruh negara dalam kenyataan bersama semalam iaitu Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) dan Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA).

"Kami percaya bahawa memandangkan terdapat maklumat tidak tepat dalam senarai 'hotspot,' cadangan penutupan untuk sanitasi adalah sesuatu yang pramatang dan akan mendatangkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan terhadap persepsi serta pemulihan dan kelangsungan perniagaan.
"Cadangan penutupan ini sepatutnya ditangguhkan sehingga data yang digunakan dalam HIDE telah disahkan tepat dan lokasi hotspot dikenal pasti dengan tepat," kata ketiga-tiga persatuan.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata premis termasuk bazar Ramadan yang disenaraikan di bawah sistem HIDE sebagai lokasi berisiko COVID dalam penularan virus itu akan diarahkan tutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum itu, kerajaan mengeluarkan senarai pertama premis perniagaan dalam sistem HIDE yang dikenal pasti sebagai hotspot COVID-19 yang berpotensi menularkan pandemik tersebut.
Ketiga-tiga persatuan turut menekankan dan mengulangi bahawa keselamatan pelanggan adalah keutamaan di pusat beli-belah dan dengan kewujudan semua SOP yang diperlukan termasuk langkah meningkatkan pembersihan serta pembersihan berkala, pusat beli-belah adalah tempat yang selamat dikunjungi.
-- BERNAMA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2021 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tokey tokey cina sudah marah maa, @totokreturn tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 07:37 AM | Show all posts
Tutup je untuk sanitasi, bertegas skit untuk kebaikkan bersama.

Bila dah ada ketegasan dalam perlaksaan, mesti mereka up kan tahap SOP, apa yang patut bagi mengelakkan premis mereka ditutup.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketiga-tiga persatuan turut menekankan dan mengulangi bahawa keselamatan pelanggan adalah keutamaan di pusat beli-belah

Ye ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Aeon, midvaley dh kuar notis tutup 3 hari...ikut jelah arahan 3 hari je pn
Pagi raya nnt buka blk kn
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 9-5-2021 08:08 AM

Bila kena gertak macam ni GOMEN dah mula goyah lepas tu turuttttt ajerrr kehendak pihak2 ittewww
Kalau macam ni lah peel GOMEN yang tak teguh pendirian so sampai 'Abang Jamil Mampos' lah masalah tak ada penghujungnya
Kenapa GOMEN ni tak sudah2 nak amalkan sikap DOUBLE STANDARD contoh bila ada kes yang melibatkan Bazar Ramahan so cepat2 di arahkan tutup tapi bila melibatkan shopping2 complex kena tangguh pula arah penutupan
Nampak sangat KELEMAHAN GOMEN yang amat ketara
Ini semua adalah penyebab utama penyumbang terbesar kes2 Covid mencanak naik tinggi semula dek kerana GOMEN yang tak competent serta lemah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2021 08:06 AM | Show all posts
pu3_rania replied at 9-5-2021 08:02 AM
Bila kena gertak macam ni GOMEN dah mula goyah lepas tu turuttttt ajerrr kehendak pihak2 ittewww
Ka ...

Itulah kan. Takut sangat dengan gesaan peniaga-peniaga / bos besar macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 9-5-2021 08:48 AM
Far replied at 9-5-2021 08:06 AM
Itulah kan. Takut sangat dengan gesaan peniaga-peniaga / bos besar macam ni.


Aku kesian sangat kepada peniaga2 di Bazar Ramadhan yang telah terjejas pedapatan akibat penututupan dek kerana perangai HAUK & HAMJADAH pengunjung2 yang tak patuhi SOP
Sedangkan Jerung2 besar iaitu tokey2 shopping complex baru jentik sikit GOMEN dah mulah GOYAH
Kalau nak ikutkan kat shopping mall ramai para pengunjung yang tak patuh SOP dengan berpusu-pusu dan berasak-asak macam yang di viralkan di JAKEL mall so apa tindakan yang GOMEN dah ambil pada JAKEL???

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2021 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 9-5-2021 08:02 AM
Bila kena gertak macam ni GOMEN dah mula goyah lepas tu turuttttt ajerrr kehendak pihak2 ittewww
Ka ...

dah depa dakwa..penyumbang terbesar cukai...kalo penyebar penyakit sekali pon....depa tak rasa bersalah..konsep depa...' semuanya dibayar dgn wang ringgit'.....dgn tidak ada rasa bersalah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2021 08:50 AM | Show all posts
HIDE: Premis dalam senarai bukan kluster penyebaran
| | 08 Mei 2021

KUALA LUMPUR - Semua premis atau lokasi yang disenaraikan dalam sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bukanlah suatu kluster yang telah disahkan sebagai kluster penyebaran Covid-19.

Sebaliknya, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata semua premis yang disenaraikan itu adalah premis berpotensi menjadi kluster sekiranya tiada tindakan awalan diambil.

"Premis yang tersenarai di bawah HIDE adalah berbeza daripada senarai kluster yang dilaporkan setiap hari oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Premis yang tersenarai dalam HIDE tidak perlu ditutup kecuali jika diarahkan pihak berkuasa.

"Penyenaraian lokasi dan premis ini membolehkan intervensi awalan (preemptive) dan tindakan wajar diambil oleh pihak berkuasa, pemilik premis serta orang ramai bagi mengelakkan berlakunya kluster baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Khairy mengumumkan kerajaan bersetuju menyenaraikan semua premis yang mempunyai risiko penularan Covid-19 dalam sistem HIDE bermula semalam.

Sistem HIDE, dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan, bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah peningkatan jangkitan Covid-19 dengan menggunakan data daripada aplikasi MySejahtera.

Khairy, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata tempoh tujuh hari pertama bagi premis yang disenaraikan dalam HIDE adalah penting kerana kluster boleh terbentuk dalam tempoh itu sekiranya tiada langkah-langkah pencegahan dilaksanakan.

Menurutnya, tindakan awalan seperti kawalan pergerakan orang ramai dan ujian saringan Covid-19 ke atas pekerja adalah langkah terbaik bagi menghalang penularan Covid-19.

"Sekiranya tiada titik panas terbentuk di premis hasil tindakan awalan yang dilaksanakan, premis akan dikeluarkan daripada senarai HIDE dalam tempoh tujuh hari selepas disenaraikan. Senarai premis yang telah dikeluarkan daripada HIDE akan diterbitkan secara harian.

"Bagaimanapun, sesebuah premis berkemungkinan akan disenaraikan dalam HIDE lebih daripada sekali. Ini menandakan tindakan kawalan di premis itu adalah tidak mencukupi. Premis yang sentiasa dikunjungi ramai, sesak serta tanpa sistem pengudaraan yang baik adalah berisiko tinggi untuk tersenarai lebih daripada sekali," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan kunjungan ke lokasi atau premis yang telah disenaraikan, namun sekiranya masih perlu mengunjungi premis tersebut, patuhi garis panduan yang telah ditetapkan serta sentiasa mengamalkan budaya normal baharu.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, jumlah premis tertinggi yang diletakkan sebagai 'hotspot' adalah di Kuala Lumpur, diikuti Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Putrajaya, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Senarai penuh boleh didapati menerusi laman sesawang Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Facebook Public Health Malaysia. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
asermullen replied at 9-5-2021 07:40 AM
Ketiga-tiga persatuan turut menekankan dan mengulangi bahawa keselamatan pelanggan adalah keutamaan  ...

tapi kalau hotspot sini yg masuk dlm senarai hide iaitu tesco/lotus tu betul weh. nak masuk  bangunan tu sendiri ada had dan no giliran. aku pon shopping guna scan n shop jd takde isu sangat soal penjarakan melainkan yg duk serbu satu rak yg sama amik barang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 09:20 AM | Show all posts
Smlm p tesco..eww ramai nya..buat pa beremut kat tesco tu..aku amik brg terus blah..masuk gaya x sampai 5min pun dah risau
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tutup jela nok, kekdg rengsa ak nengok mak ayah bwk budak2 jln musim ni. baby dlm stroller lg. nk kata mak, ibu tunggal xde sape jaga anak kt umah x mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aeon dekat dgn rumah elok je today tutup 3 hari. Tadi nak pergi beli ubat kat pharmacy, ada polis jaga kat entrance ambil tiket tu cakap tutup 3 hari kecuali untik pekerja. Maybe ada kerja2 sanitasi lah kot.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 01:13 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-5-2021 01:15 PM

alahai budaya berlembut

dulu PKP1.0  - kedai 8 am - 8 pm
then PKPB, PKPP - lanjut sampai 10 pm , then ada desak boleh lah dine in , bagi jugak sebab PKPB , PKPP.

now PKP 3.0 semua desak desak...
alahai sebenarnya  Bank Negara atau pihak yg berwajib especially bab bab ekonomi MOF sila buat kajian - online shopping banyak lah dapat untung

i cuba beli baju raya last minutes ( padan lah muka ) semua sold out oline

dalam insta siap tunjuk lag pakej pakej parcel yg sedia untuk diposkan


hey banyak lah depa nyer untung jugak


sebab problemnya Government kita tak tegas  suka buat u turn kan?

contoh jelas - tak leh rentas - tapi ...ada juga cubaan rentas negeri  etc.


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 02:16 PM | Show all posts
Jangan pula buat u-turn ya senarai ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Org keja Mall gaji hari kan
Klu tutup takde gaji
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dgn bazar ramadhan gomen abahcow Bertegas sbb yg berniaga situ hanya rakyat marhaen je
tapi bila dgn tokey shoping mall, kemain menikus jah sbb kene deal dgn big tycoon
babinya la stok2 dlm gomen abahcow ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 03:39 PM | Show all posts
aechae replied at 9-5-2021 07:49 AM
Aeon, midvaley dh kuar notis tutup 3 hari...ikut jelah arahan 3 hari je pn
Pagi raya nnt buka blk k ...

Jauh uols menyoping barang dapur
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
buka.. tutup.. buka.. tutup
camtu je lah sampai AJM...
pastu salahkan rakyat tak ikut SOP..
padahal u allow this thing to happen..
gertak sikit dah takut... kecut telo
pastu number mencanak...
sampai bila2 KKM dgn gomen tetap bodo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.466507 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list