CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2042|Reply: 15

[Tempatan] Video pengunjung tak patuh SOP bukan di GM Klang

  [Copy link]
Post time 9-5-2021 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Video tak patuh SOP bukan di GM Klang
Ruwaida Md Zain

Klang: Video puluhan pengunjung bersesak-sesak tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk membeli-belah bukan di GM Klang seperti didakwa dan tular di media sosial, semalam.

Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang dalam satu kenyataan malam tadi menafikan lokasi dalam video yang tular itu berlaku di pusat pemborong terbabit.

"Pihak pengurusan GM Klang menegaskan gambar dan video terbabit bukanlah diambil di GM Klang seperti diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial semalam berhubung tiada pematuhan SOP di sebuah tempat beli-belah yang penuh dengan orang ramai.

"Bagi mereka yang pernah berkunjung ke GM Klang, sudah pastinya mereka tahu tempat dan keadaan itu bukan di GM Klang.

"Pihak pengurusan memandang serius perkara ini dan sedang mengumpul beberapa maklumat dan bukti mengenai penyebaran berita palsu ini untuk dilaporkan kepada pihak polis dengan kadar segera," katanya dalam satu kenyataan.

Pihaknya juga meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan mana-mana berita sebelum menyebarkannya tanpa memeriksa kesahihan berita berkenaan terlebih dulu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menafikan kejadian itu berlaku di dalam daerah Klang Selatan.

"Pihak GM Klang juga sudah membuat penafian berkaitan perkara ini dalam satu kenyataan melalui Facebook rasmi GM Klang.

"Masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang bentuk berita yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan kegusaran dan suasana yang tidak tenteram kepada masyarakat.

"Sekiranya didapati bersalah, individu terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998," katanya.

Beliau juga meminta orang awam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33719999 atau di balai polis berhampiran.

Semalam, tular di laman sosial berkaitan satu klip video berdurasi 0.19 saat yang menunjukkan tiada pematuhan SOP di sebuah pusat beli-belah yang dipenuhi dengan pengunjung.

Pada video itu juga terdapat perkataan yang menyatakan situasi berkenaan adalah di Pusat Pemborong GM Klang.

Disiarkan pada: Mei 9, 2021 @ 8:46am

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana videonya
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru balik dari kotaraya. Tepi mydin ade kedai2 bangla. Sesak dgn bangla melepak jumpa kawan kat sana. SOP kelaut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:03 AM | Show all posts
kat mana2 pun, memang takdanya apply sop bagai ni, bila ada penguat kuasa je baru gigih orang acah patuh sop. Yang penguat kuasa pon 2x5 jugak. Nama pun manusia kan...bagi meols, sop ni tak berapa relevan pon
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
tokchik replied at 9-5-2021 09:19 AM
Mana videonya

Ada je bertebaran di whatsapp tapi akak tak reti nak letak dalam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bukan GM Klang..abis lokasi mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2021 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Silap kat penguatkuasaan.....ke mana 'menghilangnya' pihak yang menguatkuasakan undang2 negara ini.....???????
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 9-5-2021 10:39 AM
Kalau bukan GM Klang..abis lokasi mana?

I pun rasa bukan gm.klang....sbb gm klang tak seluas tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 9-5-2021 10:39 AM
Kalau bukan GM Klang..abis lokasi mana?

Tanabang, indonesia katanya. Di you tube dari minggu lepas dah ada dah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak silap aku tu video dari Indon kan? Macam pernah tengok di thread pasal Indon kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 9-5-2021 10:39 AM
Kalau bukan GM Klang..abis lokasi mana?

Tanah Abang tuh. Tengok color hijau kuning.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2021 04:28 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
orgsepang replied at 9-5-2021 11:12 AM
Tanabang, indonesia katanya. Di you tube dari minggu lepas dah ada dah.

Lor...kesian GM..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2021 05:57 PM | Show all posts
GM Klang sentiasa patuhi SOP MKN, akui ramai pengunjung keliru
Nizam Zain -
9 May 2021


Notis penutupan sementara pusat membeli belah ditampal di setiap premis kedai selama 3 hari bermula hari ini selepas premis itu disenaraikan sebagai lokasi berisiko penularan wabak COVID-19 menerusi sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di GM Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 09 MEI 2021.

KLANG – Tindakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membuat pengumuman berdasarkan sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) pada saat akhir hingga membawa kepada penutupan pasar raya dan pusat beli-belah telah mengelirukan orang ramai.

Tinjauan MalaysiaGazette hari ini mendapati kekeliruan itu dapat dilihat apabila orang ramai masih lagi mengunjungi pasar raya yang disenarai pendek dalam HIDE, ia termasuk Pusat Borong GM Klang, Bandar Botanik, di sini.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang, Norsuhaida Othman, pihaknya terpaksa berhempas-pulas memaklumkan perkara itu melalui hantaran di laman web dan media sosial rasmi.

“Lewat malam tadi kami terpaksa memberitahu kepada semua kakitangan dan orang ramai bahawa GM KLang akan ditutup bermula 9 hingga 11 Mei 2021.

“Sekarang kalau kita tengok pun masih ramai orang datang ke GM Klang untuk membeli-belah malah pihak keselamatan bersedia untuk maklum kepada pengunjung.

“Kita pun baru dimaklumkan malam tadi, tapi kita cuba termampu untuk beritahu semua pengunjung yang datang pada hari ini,” katanya kepada MalaysiaGazette di Pasar Borong GM Klang, hari ini.

Dalam pada itu, GM Klang sentiasa mematuhi arahan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk tidak membenarkan kanak-kanak mengunjungi pasar raya itu.

“Kita sendiri bertanyakan isu kanak-kanak ini kepada pihak berkuasa tempatan dan kita sentiasa tengok kepada SOP MKN, boleh atau tidak, malah kita sentiasa ikut SOP MKN.

“Kita sebenarnya tidak menggalakkan pengunjung membawa kanak-kanak ke pasar raya kerana kita tahu mana-mana pasar raya pun dalam keadaan begini nak raya, keadaan agak ramai.

“Kalau boleh memang kita tidak galakkan pengunjung membawa kanak-kanak ke dalam GM Klang,” jelasnya.

Ditanya tentang keperluan untuk semua kakitangan GM Klang menjalani ujian saringan Covid-19, Norsuhaida berkata, perkara itu menjadi kewajipan kepada setiap kakitangan yang bekerja di situ.

“Jika terdapat kes terpencil, kita akan menyuruh pihak kedai menutup kedai serta-merta dan buat sanitasi kedai sebelum dibenarkan beroperasi kembali,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa merujuk kepada laman sesawang dan media sosial rasmi GM Klang untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung penutupan sementara operasi pasaraya berkenaan.

“Kepada pengunjung-pengujung, GM Klang minta maaf arahan yang telah diterima sangat di saat akhir, jadi apa yang boleh kita buat kita telah umumkan di media sosial kami

“Apa-apa perkembangan GM Klang tolong rujuk kepada lawan web rasmi dan media sosial kami untuk tahu kesahihannya jangan dengar khabar angin,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung yang ditemui di pasar borong itu memberitahu, dia tidak menyedari operasi GM Klang mula ditutup untuk proses sanitasi bermula hari ini.

Menurut Hamzani Wahid, 57, dari Johan Setia, dia hanya dimaklumkan perkara itu apabila pengawal keselamatan melarangnya memasuki bangunan pasar borong itu pada tengah hari ini.

“Saya pun tak tahu GM Klang tersenarai dalam HIDE, saya datang sini nak buat kaca mata, saya tak tahu pun GM KLang ditutup.

“Kalau dah tersenarai elok juga tutup takut kes tinggi kan, lebih baik tutup daripada orang datang sini bersesak-sesak,” katanya.

Bagi Nor Fatihah Azmai, 30, dari Bandar Botanik pula, dia hanya mengikuti perkembangan itu melalui aplikasi WhatsApp sahaja dan maklumat awal diberitahu penutupan itu berkuat kuasa esok, bukan hari ini.

“Saya tak tahu GM Klang tutup hari ini, kita orang tengok dekat WhatsApp kata mula esok, dengar tiga hari tutup. Memang datang nak beli barang satu sahaja, tapi dah tutup nak buat macam mana, balik saja lah.

“Langkah kerajaan tutup GM Klang tiga hari memang bagus, sudahlah tak boleh rentas negeri dan daerah, lebih bagus tutup saja kawasan wabak,” katanya. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2021 06:34 PM | Show all posts
Polis Selangor nafi video tular tidak patuh SOP di GM Klang, Kompleks PKNS
Bernama
Mei 9, 2021 18:24 MYT

SHAH ALAM: Polis Selangor hari ini menafikan video yang tular, memaparkan kegagalan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kononnya berlaku di Pusat Pemborong GM Klang (GM Klang) atau Kompleks PKNS Shah Alam.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, hasil penelitian yang dibuat terhadap video berdurasi 19 saat itu mendapati, wujudnya perbezaan bentuk fizikal kedua-dua premis yang didakwa dengan fizikal premis yang ditularkan.

"Pemantauan yang dibuat oleh pihak polis juga mendapati tiada berlaku sebarang pelanggaran pematuhan SOP PKP oleh orang ramai di kedua-dua premis itu.
"Orang ramai juga diminta agar tidak membuat kesimpulan sendiri berkaitan sesuatu isu yang ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan hari ini.
Arjunaidi turut menasihati semua pihak supaya tidak membuat sebarang perkongsian berita dari sumber yang tidak tepat, kerana boleh mengakibatkan kekeliruan.

Terdahulu tular sebuah video di media sosial yang didakwa berlaku sama ada di GM Klang atau Kompleks PKNS Shah Alam, menunjukkan orang ramai berpusu-pusu serta tidak mematuhi SOP PKP di dalam sebuah premis membeli-belah yang memaparkan tarikh semalam.
-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 9-5-2021 10:39 AM
Kalau bukan GM Klang..abis lokasi mana?

Thamrin plaza, jakarta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.151902 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list