CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2164|Reply: 10

[Tempatan] Jakel Mall patuh SOP ketat. Nama ada dlm HIDE

[Copy link]
Post time 9-5-2021 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 9-5-2021 02:17 PM

Jakel laksana SOP ketat sambut pengunjung
Kumara Sabapatty -
9 May 2021


KUALA LUMPUR – Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 6 hingga 20 Mei ini di seluruh ibu negara  mengubah suasana persiapan 1 Syawal yang bakal menjelma Khamis ini.

Malah tumpuan pematuhan SOP sudah semestinya akan beralih ke arah tempat tumpuan orang ramai terutama sekali pusat membeli belah yang terlibat dalam promosi pakaian sempena Aidilfitri di ibu negara.

Gedung pakaian fesyen dan baju raya, Jakel Mall misalnya melaksanakan SOP yang ketat tanpa sebarang kompromi kepada pengunjung.

Suasana di dalam premis gergasi di Jalan Munshi Abdullah itu menyaksikan setiap pengunjung ke Jakel perlu melakukan imbasan MySejahtera daripada kanak-kanak hingga warga emas dan sentiasa dipantau pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sepanjang membeli belah di dalam premis itu dengan menggunakan sistem bernombor di kaunter khas di pintu masuk utama.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel Holdings, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel berkata, pihaknya amat menitiberatkan mengenai SOP sejak kerajaan mengumumkan penguatkuasaan PKP 3.0 di ibu negara sehingga 20 Mei ini.

Katanya, untuk memastikan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengunjung sentiasa terjamin, petugas dan kakitangan Jakel Mall memeriksa suhu badan dan imbasan MySejahtera setiap pengunjung dari kanak-kanak hingga ke warga emas di pintu masuk utama.

“Dalam Jakel sendiri kita sentiasa membuat pengumuman, setiap lima ke 10 minit kita akan membuat pengumuman memastikan pelitup muka dipakai secara sempurna tanpa di bawah hidung termasuk kanak-kanak dan juga penjarakan fizikal di dalam termasuk di tempat kaunter menunggu pembayaran.

“Cuma di sini kelihatan mereka berdiri rapat dan sesak bersama ahli keluarganya, sebenarnya mereka juga dipastikan patuh kepada SOP juga, kita sentiasa menitikberatkan perkara penting ini bukan sahaja di Jakel Mall, malah di cawangan kami di seluruh negara.

“Jakel juga sebelum ini telah dinasihati oleh Kementerian Kesihatan supaya lebih prihatin dan menetikberatkan SOP dan kita tak mahu didenda dan sebagainya,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurutnya, di Kuala Lumpur, Jakel Mall hanya membenarkan sebanyak 2,000 pengunjung dalam satu masa kerana premis ini mempunyai keluasan lantai seluas 300,000 kaki persegi dengan 50,000 hingga 60,000 kaki persegi setiap tingkat di bangunan enam tingkat itu.

Untuk mengelak pengunjung tertumpu dan fokus di satu ruang secara beramai-ramai sehingga membawa risiko suasana sesak dan perlanggaran SOP, pusat beli-belah itu sudah menyediakan pakaian baju raya di setiap tingkat secara berasingan di empat tingkat dalam usaha memastikan pengunjung tidak berdiri rapat tanpa penjarakan fizikal.

Ditanya sama ada kehadiran dan pemantauan anggota ke premis berkenaan, Mohammed Nizam berkata, sememangnya Kementerian Kesihatan telah beberapa kali menghantar anggota penguatkuasa pemantau SOP di Jakel Mall.

Malah, polis dan juga pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut turun padang meninjau dalam premis dan berpuas hati tahap dengan pematuhannya.

Mohamed Nizam berjanji akan mengambil segala inisiatif untuk memastikan pematuhan SOP dalam Jakel Mall dilaksanakan 100 peratus seperti disyaratkan kerajaan.

“Walaupun kita rugi sedikit, kita tetap akan membantu rakyat sebab tanpa sokongan dan dokongan pelanggan kami tidak boleh mencapai tahap sebegini dan menjadi tanggungjawab kami untuk menghargai mereka sewaktu sambutan lebaran,” ujarnya.-MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2021 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
So bazar semua dah tutup
Mall raya bila nak tutup????
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Iye ke? Tak prnh tak sesak jakel tu..

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bazaar dah habis ke..amlm ingat bazar dah tamat rupanya ada lg..ke kat tmpt pkp je kena tutup bazar ramdan
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:13 AM | Show all posts
jalfa replied at 9-5-2021 10:11 AM
Bazaar dah habis ke..amlm ingat bazar dah tamat rupanya ada lg..ke kat tmpt pkp je kena tutup bazar  ...

Besok tak salah..Monday last.

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 9-5-2021 10:11 AM
Bazaar dah habis ke..amlm ingat bazar dah tamat rupanya ada lg..ke kat tmpt pkp je kena tutup bazar  ...

Esok tak boleh dah. Gerai tepi jalan pun tak boleh dah rasanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung jakel pakai kabel masih dpt operasi . Jovian pon untung sbb pak mertua yg duk buat rules. Gerai tepi jalan kena katup, mall rilek2 jah operate
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bukak je bazaar tu bg org melayu berniaga
yg patut tutup mall besar2 tu
tahu nk menyalak je soh tutup bazaar
takut persaingan la tu
dasar hati busuk takut persaingan la tu
puak2 tu kt fb kemain salah kn bazaar
skrg puas la hati puak tu.dasar sialan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru je dpt gambo dlm group kwn adik Aku BG  ..rakyat berpusu takde sop kat Jakel kl kul 10 tadi ...tk reti nak tepek...aje gile dia org ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 02:34 PM | Show all posts
Perk77 replied at 9-5-2021 01:26 PM
Aku baru je dpt gambo dlm group kwn adik Aku BG  ..rakyat berpusu takde sop kat Jakel kl kul 10 tadi ...

konfem cina Komunis dengan keling tiger elam punya kaum ni sibuk nak beraya jugak. Kalau Melayu tak mungkin depa tak peduli SOP mcm ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2021 04:26 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.395936 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list